Wednesday, 28 December 2011

JOURNEY TO THE KUALA LUMPUR:DAY 1

   KL.Kuala Lumpur.Setelah lama saya meninggalkan tempat ini sejak beberapa tahun lalu,kini saya kembali lagi ke sini.Selepas dua hari di Melaka,hari ini saya bermalam pula di KL.

   Sebelum berlepas ke KL,kami terlebih dahulu bersarapan di sebuah warung yang hanya berhadapan dengan hotel kami.Pada hari terakhir baru kami mengetahui tentang warung ini setelah di promosikan oleh pemilik hotel.Kemudian kami pun terus bergerak menuju ke highway.Semasa di highway,kami hampir menjadi tajuk muka hadapan surat khabar esok kerana van kami hampir bergesel dengan belakang treler.Mujur ayah sempat menekan brek.Syukur Alhamdulillah,perjalanan kami masih panjang.



   Sesampainya kami di KL,perhentian pertama kami adalah di Bukit Bintang.Perkara pertama yang menarik perhatian saya di sini adalah di ruang legar Pavilion di hadapan kedai Sephora berdirinya patung-patung beruang setinggi 2 meter.Jumlahnya tidak pula saya kira tetapi banyak jugalah,mungkin 20-30 buah patung.




   Patung-patung ini dihasilkan oleh seorang pelukis dari seluruh dunia dalam kempen
United Buddy Bears.Antara negara yang terlibat adalah Amerika Syarikat,Sepanyol dan tidak ketinggalan Malaysia yang diwakili oleh pelawak,pelakon dan pelukis Imuda.Teruja juga saya melihatkan patung-patung yang berwarna-warni yang menjadi tarikan pelancong sehingga 15 Feb.Maka kepada sesiapa yang mahu menikmati kecantikkan beruang-beruang ini,datanglah ke KL sebelum 15 Feb.Satu lagi saya tertarik dengan reka bentuk kedai Sephora yang bersegi-segi.Entah siapalah perekanya.



Karya Imuda.







   Tidak banyak tempat menarik yang kami lawati pada hari ini kerana ayah kelihatan letih lantaran memandu berjam lamanya.Kami hanya melawati kedai-kedai baju yang berdekatan sahaja sebelum mencari tempat penginapan.Berjalan di pekan KL membuatkan saya
berasa di negara orang pula.Manakan tidak,disana pendatang,disini
pendatang.Kebanyakkan yang berpeleseran di tengah-tengah bandar ini bukan warganegara Malaysia.Sedih pula melihat negara sendiri menjadi begini.Kita pula merasa seperti pendatang.

   Bukan itu sahaja,berjalan disini membawa kita berjumpa dengan berbagai jenis manusia yang kadang kalanya jarang untuk kita jumpa.Menarik sungguh.Agak malang sedikit kerana sukar untuk mengunakan Wi-Fi di bilik jadi terpaksalah saya melepak di lobi hotel ini sambil menyiapkan perenggan terakhir blog post saya hari ini.

Pesanan Penaja:Sayangi Negara Kita.

No comments:

Post a Comment