Sunday 16 September 2012

LOST IN THE ECHO

                                                                                                                    


Lost In The Echo - Single kedua dari album Living Things dari Linkin Park.Menampilkan kelainan dari video mereka sebelum ini dimana para peminat yang menonton video ini menerusi laman web rasmi mereka dan bersambung dengan Facebook boleh melihat gambar mereka di Facebook berada di dalam video ini.Jika diteliti dengan baik,ada beberapa keping gambar ahli-ahli Linkin Park turut terselit.Akhir sekali,hayati muzik dan video ini.Sekian.

Sunday 2 September 2012

DERMA DARAH

Buku Rekod Kecil Yang Diberi Kepada Penderma Darah.

Hype semua!!
Pada minggu lepas,lebih tepat lagi pada hari Rabu telah berlangsung satu aktiviti amal yang amat jarang atau sebenarnya pertama kali saya hadiri iaitu aktiviti menderma darah.Ya,betul.Pada hari tersebut wang ringgit bukanlah sasaran utama tetapi darah-darah dari masyarakat yang sihat yang ikhlas mahu menyumbang sedikit darah mereka kepada yang memerlukan.

   Aktiviti ini bermula pada pukul 12 tengah hari bersamaan waktu matapelajaran ekonomi.Agak kasihan kepada cikgu Basrah kerana waktunya terpaksa digunakan untuk aktiviti lain.Sebelum menderma,penderma dikehendaki mengisi sehelai borang untuk apa pun saya tak tahu.Walaupun aktiviti ini dilihat sebagai aktiviti yang menakutkan terutama bagi yang pertama kali,namun bilangan yang ada di klinik tempoh hari cukup untuk menyesakkan persekitaran tersebut.Ada juga beberapa orang luar yang turut serta dalam aktiviti murni ini.

   Disebabkan bilangan yang mahu menderma boleh tahan banyaknya,jadi saya dan rakan sekelas terpaksa menunggu hingga keadaan reda iaitu pada waktu petang.Perkara pertama yang perlu dipatuhi untuk menderma darah adalah berat penderma perlu melebihi 45kg dan berumur 18 tahun keatas.Penderma juga perlu dalam keadaan yang sihat.Dan syukur saya menetapi syarat pertama,malah terlebih pula,tetapi bagi syarat umur saya masih belum 18 lagi tetapi masih boleh menderma tetapi disertakan dengan surat kebenaran.

   Kemudian penderma akan diperiksa tekanan darah dan jenis darahnya.Hasil pemeriksaan menunjukkan saya berada dalam kumpulan darah A,walaupun jarang-jarang mendapat A dalam peperiksaan(ada kaitan ke??)Selepas selesai pemeriksaan,penderma diberi pek mengisi darah berserta air kotak Milo dan biskut Kapten Munch.Jururawat menyuruh para penderma untuk minum terlebih dahulu,mungkin untuk mengisi perut sedikit,untuk mengelakkan pitam dan pening-pening.Dan masa yang ditunggu-tunggu tiba pabila penderma diarah untuk duduk di kerusi malas.Hehheeheh....

   Melihat pada saiz jarum yang digunakan menimbulkan rasa gusar pada mulanya tetapi realitinya kesakitannya tidaklah seteruk mana.Masa yang diambil untuk darah diisi dalam bekas darah adalah tidak menentu kerana ada yang mengambil masa yang lama dan ada yang mengambil masa yang singkat.Mujur saya tidak perlu menunggu lama,mungkin kerana darah saya cair sangat.Sesiapa yang menderma darah dengan jayanya akan diberi sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih.

   Aktiviti ini berjaya membuka mata saya untuk menjadi masyarakat yang prihatin.Ini kerana darah yang di derma akan digunakan untuk orang yang memerlukan dikala kecemasan berlaku.Setiap titisan darah yang mengalir keluar dari badan dapat membantu menyelamatkan berjuta nyawa.Dan jika ada lagi aktiviti ini,dan jika tidak ada aral melintang saya akan sertainya.Bukan untuk bermegah-megah,tetapi mahu menyumbang bakti kepada masyarakat.Saya disini menyaran agar masyarakat diluar sana,dermalah darah untuk generasi.Sekian.