Thursday 23 February 2012

LETS POP THE SHUVIT!!


Hype semua!!
Di pagi Jumaat yang mendung ini,saya ingin bercerita sedikit tentang band indie 1Malaysia iaitu Pop Shuvit.Mengapa saya berkata 1Malaysia?Kerana dalam band ini ada 3 bangsa iaitu Melayu,Cina dan India yang teguh selama sedekad membawa nama Malaysia hingga ke negara matahari terbit.Sudah lama saya mahu menulis tentang mereka ini,cuma saya tunggu hingga dapat mendengar buah tangan terbaharu mereka,"Cherry Blossom Love Affair".

   Serba sedikit tentang Pop Shuvit,dianggotai oleh 5 anak Malaysia iaitu Moots!(vokal),Rudy(dram),AJ(bass),JD(guitar) dan Uno(turntable).Mengeluarkan material pertama mereka "Take It & Shuvit" pada penghujung 2002,mereka mendapat tamparan hebat kerana dilabel meniru Linkin Park dan Limp Bizkit.Bermula dari bawah yang dihujani kutukan,mereka terus bangkit tanpa menghiraukan kata-kata masyarakat.Skaters Anthem,salah satu lagu dari album sulung telah melonjakkan nama mereka sedikit demi sedikit.Mereka juga merilis kembali album ini dengan nama "Take It & Shuvit Again..." yang menampilkan satu lagu bonus duet bersama Ramli Sarip,Masih Ada Cahaya(Slip Away).

   Berlainan dengan sambutan di kampung halaman,"Take It & Shuvit" telah terpilih oleh satu label Jepun untuk dipasarkan di sana.Sambutan juga amat memberangsangkan hingga mereka menerbitkan album remix"The Shuvit Remix".Selepas itu,mereka melahirkan pula album kedua pada 2004 berjudul "Here & Now".Antara lagu hits adalah Old Skool Rocka dan Journey yang turut menampilkan Zain Ruffedge dan Vandal MC underground dari Kanada.

   "Amped & Dangerous" menyusul pula pada 2006 dan telah dirilis di Jepun terlebih dahulu.Menampilkan single Let Sleeping Dog Lie yang agak ganas bunyiannya.Kata mereka,untuk Jepun mereka lebihkan lagu rock manakala untuk Malaysia,lebih kepada hip-hop.Pada tahun 2007 pula,mereka tampil dengan "Freak Show:Vol 1:The Tales Of The Travelling Tunes".Bermula dari album ini,mereka mula menampilkan lagu Melayu sepenuhnya iaitu Marabahaya yang menjadi lagu tema filem Impak Maksima.Di Malaysia,masyarakat hanya mengetahui mereka melalui lagu ini sahaja.

   Setelah lama tanpa album baharu,pada tahun 2011 "Cherry Blossom Love Affair" dikeluarkan.Dari album ini mereka menampilkan 6 lagu Melayu dan 5 lagu Inggeris.Antara kelainan dalam album ini adalah sebuah lagu yang pada korusnya dalam bahasa Jepun,Story Of A(Lonely Girl) dan sebuah lagu lama yang diberi nafas baharu,Aci Aci Buka Pintu.Pop Shuvit turut berduet dengan Man Bai menerusi lagu Seperti Syurgamu.Album ini cukup berbaloi untuk dimiliki kerana lagu-lagu yang terkandung betul-betul menarik dari segi bunyian dan liriknya.Sekali lagi Pop Shuvit berjaya melahirkan material yang berkualiti kepada peminat.

Markah:4/5
1.Nebula 11
2.Running Away
3.Mimpi Terakhir Dunia
4.Getting Away With Murder
5.Oh! Shizuka
6.Seperti Syurgamu
7.Liar Lara
8.Story Of A(Lonely Girl)
9.Aci Aci Buka Pintu
10.Magic Man
11.Hold On(This Is The Only Way)
12.Marabahaya(Project E.A.R)

p.s:Maaf kepada abang-abang Pop Shuvit sekalian kerana album "Cherry Blossom Love Affair" ini saya dengar selepas terjumpa di laman web AudioMalaya.Saya tidak dapat membeli yang original kerana album kalian sangat-sangat-sangat-sangat sukar untuk dicari di kedai-kedai cd.Hanya satu sahaja album kalian yang saya ada iaitu kaset "Take It & Shuvit Again...",itu pun terjumpa di tempat jualan murah.(>-<)....

Wednesday 22 February 2012

SUDIRMAN


   Pagi tadi di radio Sinar saya mendengar sedikit celoteh Kencana Devi tentang Sudirman.Pada mulanya saya berasa biasa sahaja tetapi setelah menonton tv turut disiarkan persembahan Sudirman,barulah saya tahu bahawa hari ini adalah ulang tahun pemergian arwah Sudirman Hj. Arshad.

   Bercerita tentang penghibur no 1 Malaysia ini,pasti ramai yang akan teringatkan lagu-lagu seperti Pelangi Petang,Salam Terakhir,Balik Kampung atau Chow Kit Road.Saya juga tidak terkecuali.Sepanjang saya membesar,ada terselit sedikit ruangan tentang arwah.Mula mengenali arwah apabila melihat kaset-kaset lama kepunyaan ayah,antaranya Aku Penghiburmu,Nilai Cintamu dan Orang Baru.



   Jika dahulu apabila dalam perjalanan ke kampung,kaset-kaset inilah yang menghilangkan kebosanan.Sesuatu yang saya kagumi adalah bibit lirik lagu yang di nyanyikan arwah.Lirik-liriknya tidak tertumpu kepada satu perkara sahaja,tetapi meliputi setiap perkara yang ada di sekeliling kita seperti lagu Kul It dan Ku Pandu Laju.Lagu cintanya juga bagus-bagus belaka seperti Maya,Nilai Cintamu  dan Milik Siapakah Gadis Ini.

   Pernah sekali,saya sekeluarga menumpang ke rumah jiran yang merupakan kawan ayah saya sejak bujang untuk menonton dokumentari Sudirman yang disiarkan di Astro.Heheh.Kebanyakkan lagu-lagu arwah sangat berkualiti dan tersendiri disamping vokalnya yang mantap.

   Arwah pernah membintangi sebuah filem berjudul Kami,tetapi bukan Kami The Movie yang lagu temanya lagu Meet Uncle Hussien ok.Lagu Pelangi Petang menjadi lagu tema untuk filem ini.Berkisarkan Tookoo lakonan arwah yang lari ke Kuala Lumpur akibat tidak tahan dengan leteran ibu tirinya.Di Kuala Lumpur dia bekerja mengutip barangan-barangan yang boleh dijual dan membersihkan laman.Dia telah berjumpa dengan Din yang juga lari dari rumah ibu saudaranya untuk mencari ibunya.Maka bersahabatlah mereka hingga ke penamat filem.Jika hendak mengetahui dengan lebih lanjut,carilah sendiri ya.

   Walaupun arwah telah tiada tetapi jejaknya masih kelihatan hingga ke hari ini.Lagu-lagunya masih lagi didengari masyarakat tanpa mengenal kaum.Lagu-lagunya yang penuh dengan makna tersendiri.Semoga arwah Sudirman Hj. Arshad aman di dunia sana.Amin.


Sebuah lagu berunsur humor.Videonya sangat menarik walaupun hanya didalam studio dan tidak memerlukan baget yang tinggi.

Tuesday 21 February 2012

HILANG IDEA

Hype semua!!
Maaflah sebab blog saya ini sudah bersawang kerana sudah lama tidak dikemas kini.Sejak kebelakangan ini idea untuk menulis sudah berkurangan disamping saya yang sibuk jugalah walaupun masih menganggur.Hmm..Saya tidak dapat menjangka bila waktunya idea itu akan sampai.Harap-harap cepatlah datang.Amin.Sekian.

FORT MINOR:PETRIFIED


Lagu ini sangat sesuai kepada pengemar-pengemar muzik hip-hop dan rap terutamanya yang meminati Linkin Park.Lagu yang berjudul Petrified ini adalah dari sebuah band projek yang diketuai oleh Mike Shinoda dari Linkin Park.Beliau mahu lari sebentar dari muzik Linkin Park dan mahu menubuhkan band yang hip-hop sepenuhnya.Maka terciptalah Fort Minor yang turut menampilkan Styles Of Beyond yang bertindak seperti "Robin" dan beberapa artis lain.Lagu ini merupakan single ketiga yang dipetik dari album sulung mereka iaitu "The Rising Tied".Dan antara single lain adalah Believe Me,Remember the Name dan Where'd You Go.Fort Minor juga mempunyai sebuah album remix atau sample agaknya berjudul "We Major".

Video ini menampilkan Mike bersama Styles Of Beyond sedang ber"hip-hop" di kawasan lapang dan di dalam kereta api.Berlatarkan hitam putih,sisi hip-hop yang kurang menonjol dalam diri Mike semasa dalam Linkin Park jelas terserlah di sini.Jika anda seorang hip-hoppers,saya cadangkan Fort Minor.

Sunday 12 February 2012

GERHANA SKA CINTA:TERPESONA

Kau selalu di hatiku
Tiap detik dan waktu
Engkau masih di hatiku
Walaupun kau tak tahu

Kaulah yang terindah
Seindah taman kota Babylon
Bagai bidadari
Ayu wajahmu tiada terperi
Inginku bersamamu selalu

Kau selalu di hatiku
Kau bertakhta di jiwaku
Cintaku hanya untukmu
Walaupun kau tak tahu

Tapi apa yang kupasti
Kau tak akan kumiliki
Telah kucuba berkali
Kau tak pernah pun peduli


Saya cukup tertarik dengan band dan lagu yang berasaskan muzik ska ini.Liriknya sangat dekat dengan situasi diri saya.Mungkin dengan lagu ini dapat menjelaskan isi hati saya kepada si dia yang telah berubah arah.Tetapi saya tetap bahagia melihat si dia gembira.Muzik ska adalah muzik yang senang untuk dihadam oleh setiap peringkat umur.Lagu yang dipetik dari album "The New Authetic" ini memberi pendengar seleksi lagu-lagu yang berunsur cinta.Terdapat beberapa lagu cover dan salah satu yang menjadi kegemaran saya ialah "Asmara".Vokal wanita dalam lagu tersebut sangat merdu dan membuatkan saya cair...

Wednesday 8 February 2012

SESUATU YANG TERTINGGAL


  Beberapa hari yang lepas saya baru sahaja menonton filem seram tempatan yang berjudul "Sesuatu Yang Tertinggal",yang dibintangi para pelakon muda seperti Sara Ali,Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.Filem ini mengisahkan sekumpulan anak-anak yatim yang berpindah ke sebuah rumah lama akibat kebakaran.Semasa Mona(Sara Ali),Arshad(Zahiril Adzim) dan Zakiah(Shera Aiyob) mahu memindahkan sebuah almari lama,mereka secara tidak sengaja telah memecahkah lantai kayu di belakang rumah.Arshad yang telah menemui cermin lama di bawah lantai telah memberikan kepada Mona.

   Selepas daripada itu,Mona mula berkelakuan pelik.Dan setelah rakan-rakan Mona di rumah anak yatim mengetahui bahawa dia dirasuk,mereka cuba memerangkap hantu yang merasuk Mona dengan cermin.Malangnya hantu tersebut telah masuk pula ke dalam badan Ashraf,adik Arshad.Setelah cermin dibawa,hantu tersebut pun masuk ke dalam cermin.Tetapi dengan tiba-tiba Ashraf tertarik masuk ke dalam cermin.Mereka yang cuba menolong akhirnya terperangkap juga dalam cermin tersebut.Begitulah serba sedikit jalan cerita "Sesuatu Yang Tertinggal" dari mulut saya.

   Apa yang boleh saya katakan untuk filem ini adalah,sangat menyedihkan.Dan merugikan duit saya.Pada mulanya saya tidak tertarik pun untuk membeli filem ini,tetapi setelah diminta kakak saya,beli jugalah.Jika di lihat dari sudut jalan cerita,masih boleh diterima kerana tidaklah membosankan dan melalut tetapi saya rasa filem ini berakhir terlalu cepat.Kurang padat bagi saya.Selepas itu ada beberapa perkara seperti tidak logik dimana babak seorang lelaki telah terkena renjatan elektrik,badannya meletup tetapi tangan yang menyentuh suis tersebut masih elok tanpa kesan terbakar.Hmm?

   Melihat filem seram tempatan kini tidak lagi menakutkan saya.Pada saya filem terakhir yang berjaya menakutkan saya adalah "Jangan Pandang Belakang",tetapi semasa zamannya sahajalah.Melihat kepada jenis-jenis hantunya,semuanya lebih kurang sama.Hantu dalam filem ini ada masanya saya lihat seperti muka arnab.Lihat pada babak hantu menyerang di tandas sekolah.Dari nak merasa seram habis ketawa pula saya dibuatnya.

   Kita lihat pula dari segi lakonan.Saya bukanlah pelakon yang pro tetapi bolehlah juga menilai jika seseorang itu boleh berlakon atau tidak.Semua pelakon filem ini boleh berlakon,tetapi ada masanya mereka seperti baru mula berlakon.Lakonan sesetengah mereka tidak nampak ke"real"lannya.Tetapi bagi saya Zahiril Adzim dan Sara Ali telah melakonkan watak mereka dengan baik.Satu perkara lagi yang menganggu tumpuan saya ketika menonton adalah babak yang menunjukkan rupa rumah lama tersebut dari luar pada waktu malam.Pengarah telah menggunakan lukisan,bukan gambar sebenar untuk menghidupkan babak tersebut.Kita bukan lagi di zaman era P.Ramlee yang menggunakan lukisan untuk latar belakang,sudah banyak kemajuan dalam industri perfileman.

   Menonton filem ini hanya dapat mengisi masa lapang sahaja tanpa memberi kesan apa-apa kepada saya,dan mungkin ada juga yang lain.Ayah saya berpendapat bahawa filem ini tidak layak digelar filem mahupun drama.Kecewa juga kerana dengan Rm10 itu saya boleh beli filem kartun yang lebih menyenangkan hati.

p.s:"Ulasan diatas adalah komen dari sudut pandangan saya.Saya tidak bermaksud ingin menjatuhkan maruah sesiapa yang terlibat dengan filem ini.Tidak dibenarkan di copy tanpa kebenaran."

Sunday 5 February 2012

ROCKUMENTARI SIL KHANNAZ

Hype semua!!
Jika bercakap tentang Sil Khannaz,pasti ramai yang mengenali band otai metal ini.Siang tadi baru saya menonton dokumentari mereka.Mereka yang berasal dari Perlis antara band-band metal terawal yang saya dengar lantaran ayah yang sering memasang kasetnya semasa memandu.Lagu mereka yang pertama saya dengar adalah Santapan Terakhir Raja Bersiong dan kemudian album Bara Pawaka.Antara lagu-lagu yang saya minat dalam album Bara Pawaka adalah Bara Pawaka,One's Mind,Candle dan lagu cover bersama kawan ayah saya Roshdan dari band Bloodshed iaitu Samakand.



   Saya belum layak digelar peminat tegar mereka kerana belum semua album mereka saya miliki dan dengari.Bercerita tentang dokumentari mereka yang digelar "Rockumentari:Sil Khannaz" menceritakan temu bual bersama anggota-anggotanya tentang sejarah band ini.Saya tidak pasti durasi dokumentari yang turut memuatkan beberapa klip pendek lagu-lagu hits mereka seperti Santapan Terakhir Raja Bersiong,One's Mind,Kiss Of The Whisper dan dua video esklusif Purnamarjuna versi CD Khanzab dan Gerbang Kayangan.Saya tidak pasti sama ada masih ada dijual atau tidak,tetapi kalian boleh mendapatkannya dengar harga yang cukup berpatutan iaitu RM19.90.Mungkin anda boleh mencarinya di kedai muzik milik vokalistnya,Jaie.Sekian.