Thursday, 23 February 2012

LETS POP THE SHUVIT!!


Hype semua!!
Di pagi Jumaat yang mendung ini,saya ingin bercerita sedikit tentang band indie 1Malaysia iaitu Pop Shuvit.Mengapa saya berkata 1Malaysia?Kerana dalam band ini ada 3 bangsa iaitu Melayu,Cina dan India yang teguh selama sedekad membawa nama Malaysia hingga ke negara matahari terbit.Sudah lama saya mahu menulis tentang mereka ini,cuma saya tunggu hingga dapat mendengar buah tangan terbaharu mereka,"Cherry Blossom Love Affair".

   Serba sedikit tentang Pop Shuvit,dianggotai oleh 5 anak Malaysia iaitu Moots!(vokal),Rudy(dram),AJ(bass),JD(guitar) dan Uno(turntable).Mengeluarkan material pertama mereka "Take It & Shuvit" pada penghujung 2002,mereka mendapat tamparan hebat kerana dilabel meniru Linkin Park dan Limp Bizkit.Bermula dari bawah yang dihujani kutukan,mereka terus bangkit tanpa menghiraukan kata-kata masyarakat.Skaters Anthem,salah satu lagu dari album sulung telah melonjakkan nama mereka sedikit demi sedikit.Mereka juga merilis kembali album ini dengan nama "Take It & Shuvit Again..." yang menampilkan satu lagu bonus duet bersama Ramli Sarip,Masih Ada Cahaya(Slip Away).

   Berlainan dengan sambutan di kampung halaman,"Take It & Shuvit" telah terpilih oleh satu label Jepun untuk dipasarkan di sana.Sambutan juga amat memberangsangkan hingga mereka menerbitkan album remix"The Shuvit Remix".Selepas itu,mereka melahirkan pula album kedua pada 2004 berjudul "Here & Now".Antara lagu hits adalah Old Skool Rocka dan Journey yang turut menampilkan Zain Ruffedge dan Vandal MC underground dari Kanada.

   "Amped & Dangerous" menyusul pula pada 2006 dan telah dirilis di Jepun terlebih dahulu.Menampilkan single Let Sleeping Dog Lie yang agak ganas bunyiannya.Kata mereka,untuk Jepun mereka lebihkan lagu rock manakala untuk Malaysia,lebih kepada hip-hop.Pada tahun 2007 pula,mereka tampil dengan "Freak Show:Vol 1:The Tales Of The Travelling Tunes".Bermula dari album ini,mereka mula menampilkan lagu Melayu sepenuhnya iaitu Marabahaya yang menjadi lagu tema filem Impak Maksima.Di Malaysia,masyarakat hanya mengetahui mereka melalui lagu ini sahaja.

   Setelah lama tanpa album baharu,pada tahun 2011 "Cherry Blossom Love Affair" dikeluarkan.Dari album ini mereka menampilkan 6 lagu Melayu dan 5 lagu Inggeris.Antara kelainan dalam album ini adalah sebuah lagu yang pada korusnya dalam bahasa Jepun,Story Of A(Lonely Girl) dan sebuah lagu lama yang diberi nafas baharu,Aci Aci Buka Pintu.Pop Shuvit turut berduet dengan Man Bai menerusi lagu Seperti Syurgamu.Album ini cukup berbaloi untuk dimiliki kerana lagu-lagu yang terkandung betul-betul menarik dari segi bunyian dan liriknya.Sekali lagi Pop Shuvit berjaya melahirkan material yang berkualiti kepada peminat.

Markah:4/5
1.Nebula 11
2.Running Away
3.Mimpi Terakhir Dunia
4.Getting Away With Murder
5.Oh! Shizuka
6.Seperti Syurgamu
7.Liar Lara
8.Story Of A(Lonely Girl)
9.Aci Aci Buka Pintu
10.Magic Man
11.Hold On(This Is The Only Way)
12.Marabahaya(Project E.A.R)

p.s:Maaf kepada abang-abang Pop Shuvit sekalian kerana album "Cherry Blossom Love Affair" ini saya dengar selepas terjumpa di laman web AudioMalaya.Saya tidak dapat membeli yang original kerana album kalian sangat-sangat-sangat-sangat sukar untuk dicari di kedai-kedai cd.Hanya satu sahaja album kalian yang saya ada iaitu kaset "Take It & Shuvit Again...",itu pun terjumpa di tempat jualan murah.(>-<)....

No comments:

Post a Comment