Jika bercakap tentang Sil Khannaz,pasti ramai yang mengenali band otai metal ini.Siang tadi baru saya menonton dokumentari mereka.Mereka yang berasal dari Perlis antara band-band metal terawal yang saya dengar lantaran ayah yang sering memasang kasetnya semasa memandu.Lagu mereka yang pertama saya dengar adalah Santapan Terakhir Raja Bersiong dan kemudian album Bara Pawaka.Antara lagu-lagu yang saya minat dalam album Bara Pawaka adalah Bara Pawaka,One's Mind,Candle dan lagu cover bersama kawan ayah saya Roshdan dari band Bloodshed iaitu Samakand.
Sunday, 5 February 2012
ROCKUMENTARI SIL KHANNAZ
Hype semua!!
Jika bercakap tentang Sil Khannaz,pasti ramai yang mengenali band otai metal ini.Siang tadi baru saya menonton dokumentari mereka.Mereka yang berasal dari Perlis antara band-band metal terawal yang saya dengar lantaran ayah yang sering memasang kasetnya semasa memandu.Lagu mereka yang pertama saya dengar adalah Santapan Terakhir Raja Bersiong dan kemudian album Bara Pawaka.Antara lagu-lagu yang saya minat dalam album Bara Pawaka adalah Bara Pawaka,One's Mind,Candle dan lagu cover bersama kawan ayah saya Roshdan dari band Bloodshed iaitu Samakand.
Saya belum layak digelar peminat tegar mereka kerana belum semua album mereka saya miliki dan dengari.Bercerita tentang dokumentari mereka yang digelar "Rockumentari:Sil Khannaz" menceritakan temu bual bersama anggota-anggotanya tentang sejarah band ini.Saya tidak pasti durasi dokumentari yang turut memuatkan beberapa klip pendek lagu-lagu hits mereka seperti Santapan Terakhir Raja Bersiong,One's Mind,Kiss Of The Whisper dan dua video esklusif Purnamarjuna versi CD Khanzab dan Gerbang Kayangan.Saya tidak pasti sama ada masih ada dijual atau tidak,tetapi kalian boleh mendapatkannya dengar harga yang cukup berpatutan iaitu RM19.90.Mungkin anda boleh mencarinya di kedai muzik milik vokalistnya,Jaie.Sekian.
Jika bercakap tentang Sil Khannaz,pasti ramai yang mengenali band otai metal ini.Siang tadi baru saya menonton dokumentari mereka.Mereka yang berasal dari Perlis antara band-band metal terawal yang saya dengar lantaran ayah yang sering memasang kasetnya semasa memandu.Lagu mereka yang pertama saya dengar adalah Santapan Terakhir Raja Bersiong dan kemudian album Bara Pawaka.Antara lagu-lagu yang saya minat dalam album Bara Pawaka adalah Bara Pawaka,One's Mind,Candle dan lagu cover bersama kawan ayah saya Roshdan dari band Bloodshed iaitu Samakand.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment