Thursday 31 October 2013

LINKIN PARK & ME PART 2

   
   Melihatkan kelainan yang terkandung dalam  album A Thousand Suns, aku menjadi yakin yang rilisan seterusnya bakal membuat kejutan kepada semua. Malah selepas melihat cover album dan snipet Burn It Down di laman sesawang mereka menambahkan kepercayaanku. Akan tetapi, rasa itu kian goyah apabila aku mendengarkan keseluruhan lagu Burn It Down itu. Tidakku nafikan yang lagu tersebut memang menarik dan sesuai dimainkan di pentas tarian, tetapi aku gagal mencari kelainan di situ. Idea muziknya seakan-akan sama seperti A Thousand Suns. Kemudiannya aku dikejutkan pula dengan khabar yang mengatakan album terbaharu ini hanya berdurasi dalam 30 minit lebih. Dan pada waktu itu jugalah baru aku sedar yang album Hybrid Theory dan Meteora juga punya durasi yang hampir sama. 

   Di laman sosial hangat memperkatakan album terbaharu yang jangka masanya hanya mungkin 2 tahun dari album sebelumnya. Maka tibalah tarikh keramat album berjudul Living Things dipasarkan. Aku membelinya pada tarikh rasmi rilisnya album tersebut. Memang teruja semasa membelinya kerana aku ingin merasai “feel” yang sama seperti pertama kali aku mendengar A Thousand Suns. Bukan dari segi muzikal tetapi kelainan yang dibawanya. Lost In The Echo membuka bicara. Keterujaanku hanyalah pada intronya. Apabila masuk rapping Mike, semua rasa itu sedikit demi sedikit jatuh sama seperti gambar cover album ini. Pada sesetengah lagu wujud juga kelainan seperti Castle Of Glass, Victimized, Until Its Break(Brad Delson menyanyi disini) dan mungkin Skin To Bone tetapi aku dapat merasa kehilangan, tetapi tidak tahu apakah ia. Mungkin album sebelum ini adalah album konsep dan lagunya bersambung-sambung manakala album baharu ini pula lebih kepada individu maka itu yang membuatkan aku berasa janggal.  Akhirnya, aku gagal merasai pengalaman yang sama seperti mana pertama kali mendengar A Thousand Suns. 


   Akan tetapi seperti biasa, sedikit demi sedikit aku hadam album ini, tambahan pula rakan-rakan sekelasku juga menyukai album ini. Ayahku juga memberi komen yang bunyian dalam album ini adalah recycle sahaja. Entahlah, tetapi menurut Linkin Park sendiri mereka menyatakan yang album ini adalah gabungan semua muzik yang berkaitan dengan Linkin Park tetapi dengan cara yang baharu. Bertambah kecewa apabila tiada dvd pembikinan dan pakej cdnya juga kurang menarik. Pada saat ini aku mula risau akan masa depan Linkin Park.

   Di laman sosial Facebook, You Tube, ada yang mencintai dan tidak kurang juga yang membenci. Aku berada di tengah-tengah, antara suka dan tidak suka. Sebagai seorang yang sudah lama mendengar muzik mereka malah sejak kecil mereka menjadi inspirasiku menerusi muzik mereka, walau bagaimanapun muzik mereka berevolusi aku akan tetap menyukainya walau mengambil sedikit masa. Sukar bagiku untuk terus membenci mereka kerana lagu-lagu mereka banyak memberi inspirasi dan juga “radiofriendly”. 


   Terkini Linkin Park melakukan kolaborasi dengan dj Stevie Aoki menghasilkan single A Light That Never Comes. Seperti yang ku alami ketika mendengar snipet Burn It Down, keterujaan itu hanyalah seketika. Apabila mendengarkan lagu yang penuh ia bukan seperti yangku bayangkan. Single baharu ini memang menarik, tetapi dimana kelainannya ?? Adakah menerapkan bunyian dupstep atau beat tekno yang biasa kita dengar dalam lagu-lagu Stevie Aoki atau David Guetta itu suatu pembaharuan ?? Bagi sesetengah peminat mungkin ya tetapi bagiku jawapannya tidak. Sesuatu yangku takuti akhirnya berlaku. Muzik Linkin Park menjadi semakin tepu, seakan-akan mereka mahu mengekori genre muzik dupstep dan tekno bukannya muzik Linkin Park itu sendiri.



   Akhir sekali, berkaitan album Recharged. Walaupun masih belum mendapatkan album tersebut, aku ada mendengar beberapa lagu remix yang ada dalam album ini. Teruk. Itu sajalah yang dapat aku ungkapkan ketika mendengarkan beberapa lagu di You Tube. Aku fikirkan A Light That Never Comes merupakan sesuatu yang teruk namun ada lagi yang lebih teruk. Dj-dj dubstep telah merosakkan lagu-lagu mereka dan menjadikan sebuah album. Adakah ini berbaloi ?? Kini tanggapanku makin goyah dan berubah. Wujud persoalan di kotak fikiranku, mampukah Linkin Park mencipta keajaiban sekali lagi ?? Ada aku terbaca yang album seterusnya iaitu pada tahun hadapan tidak akan berbunyi seperti Living Things mahupun Recharged. Sejauh manakah janji itu ?? Hanya album terbaharu itu nanti dapat menjawab sama ada Linkin Park masih mampu mencipta kelainan ataupun terus hanyut dengan muzik yang bersifat komersial. Sekian.

LINKIN PARK & ME PART 1


Assalam Semua !!
Linkin Park, sebuah entiti yang pernah mengegar dunia hiburan dengan  muzik yang diperjuangkan mereka. Bagi para peminat, mereka pencetus inspirasi melalui lagu-lagu yang didendangkan  mereka dari awal kemunculan pada tahun 2000 hinggalah pada waktu ini juga, 2013. Bagi aku, mereka merupakan teman yang menemaniku sepanjang perkenalan kami dari usiaku darjah tiga. Kini usiaku mencecah 19, dan aku masih mendengar lagu-lagu mereka. Membeli setiap album daripada kaset ke cd, dari yang cetak rompak ke original.

   Aku terkenang tika pertama kali ayah membelikan aku kaset Live In Texas di kedai cd di UO Greentownmall. Walaupun itu hanya sebuah album live, tetapi aku semakin tertarik dengan muzik mereka kerana album ini. Aku juga ingat dahulu di TV3 pernah menayangkan dokumentari pembikinan video muzik Breaking The Habit. Terujanya aku tidak kepalang. Jugaku ingat detik perkenalan dengan album Reanimation, yang pada dulunya aku keliru mengapa terdapat suara yang berlainan dalam album ini(rupa-rupanya ia sebuah album remix dimana terdapat kolaborasi bersama artis lain).


   Aku bukanlah seorang peminat yang mula mengenali mereka sejak kemunculan mereka dengan Hybrid Theory kerana pada masa itu aku masih di darjah satu dan masih belum mengerti akan muzik sebegini. Yangku kenal adalah Westlife dan Backstreet Boys. Tidak dinafikan yang semangat Linkin Park banyak meresap dalam diriku. Kekagumanku terhadap individu-individu disebalik nama Linkin Park terutamanya Mike Shinoda membuatkan aku pernah menulis sebuah karangan bahasa Inggeris mengenainya yang bertajuk “Orang Yang Saya Kagumi” semasa tingkatan 5. Gaya rapping dan fesyennya aku gemari, terbayang diriku sepertinya. Vokal dan jeritan Chester yang menjadi trademark bagi Linkin Park cukup aku sanjungi.


   Melihat perkembangan dan revolusi muzik mereka adalah suatu pengalaman yang mendebarkan kerana pada setiap album mahupun single mereka pasti menghasilkan kelainan, terutama selepas munculnya album Minutes To Midnight. Walau bagaimanapun bukan semua yang menyukainya. Aku juga tidak terkecuali, tetapi lama-kelamaan dapat jugaku hadam. Seperti pertama kali mendengarkan album Minutes To Midnight, tanggapanku adalah Linkin Park menjadi semakin perlahan dan tidak heavy seperti dahulu. Chester juga banyak menyanyi dengan vokal harmoni dan kurang jeritan mautnya. 

   Pada waktu itu sukar bagi aku untuk menerimanya, tetapi selepas aku menyelami album ini baruku sedar akan keindahan yang terselit di dalam rilisan tersebut. Antara kelebihan album tersebut yang aku kagumi adalah Brad Delson berani meneroka permainan gitarnya dengan memainkan solo-solo mengancam seperti dalam lagu Shadow Of The Day, In Pieces dan Little Things Give You Away. Chester juga membuat jeritan panjang yang kini rasanya tidak dapat diulanginya dalam lagu Given Up, malahan Mike mula menunjukkan bakat nyanyiannya tanpa rapping. Ayahku juga menyukai album ini kerana wujudnya bunyi gitar yang ketara sebelum munculnya album seterusnya. Aku tertanya-tanya akan bentuk album seterusnya, pasti wujud lebih banyak gitar solo mungkin.

   Sangkaanku meleset. Mendengarkan single The Catalyst membuatkan aku menjadi binggung seketika. Sudah gilakah mereka apabila memasukkan sample elektronik yang seakan-akan lagu dance seperti yang didengari dalam single pertama album seterusnya ini. Dengan bunyi gitar yang semakin hilang, aku terfikir : adakah Linkin Park akan menjadi band elektronik seperti mana banyak band-band dan artis lain yang semakin galak memainkan music dance dan tekno. Seperti biasa, lama-kelamaan dapatku hadam lagu tersebut. 


   Maka keluarnya cover album berjudul A Thousand Suns, dimana rekaan paling ringkas yang pernah mereka paparkan. Beberapa hari selepas rilisnya dipasaran, aku mendapatkan edisi deluxe album tersebut. Kali kedua mereka menyertakan dvd pembikinan selepas album Minutes To Midnight, keterujaanku memuncak walaupun kurang berpuas hati dengan durasi dan babak lagu The Catalyst yang rasanya tidak perlu. Maka esoknya aku mendengarkan album ini buat pertama kali. Intro The Requiem benar-benar menaikkan adrenalinku. Tika mulanya lagu Burning In The Skies aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Mike Shinoda menyanyi vokal harmoni, malah lebih hebat dari In Between. Kemudian menjelajah ke lagu When They Come For Me yang mana aku salute akan rapping Mike dan kelainan lagu ini sama ada versi studio mahupun versi live. 

   Terus terang aku katakan, album A Thousand Suns berjaya membuka mata dan mindaku untuk terus focus meneliti setiap perinci bunyian yang dimainkan. Fikiranku mengatakan yang pengalaman mendengar album ini sama seperti menonton sebuah filem atau menjelajah ke sebuah demensi yang lain. Tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. Walau ramai yang kurang mengemarinya dan aku akui album ini lebih perlahan berbanding Minutes To Midnight namun ia berjaya menyuntik kelainan, membuatkan aku tidak mampu mengaitkan album ini dengan album sebelumnya. The Messenger, lagu akustik pertama mereka yang pada mulanya paling tidakku gemari tetapi selepasku amati lirik-lirik yang terkandung, barulah dapat aku rasai semangat setiap lagu-lagu ini. Tak lupa juga pakej album ini dan hasil seninya yang sangat hebat. 

   Pada waktu itu aku percaya Linkin Park telah berjaya menemui apa yang mereka mahukan, sebuah kelainan dalam setiap album. Malah dari sudut muzik video Linkin Park sudah makin kehadapan dengan pengunaan teknologi CGI. Mike juga mengejutkan aku dengan rambut ala “Justin Bieber”nya. Bersambung...

SEVEN COLLAR T-SHIRT : THE GREAT BATTLE



Assalam Semua !!
Wow...dah lama jugak rupanya aku tinggalkan halaman luahan perasaan aku nie, hal maklumlah sibuk katakan. Heheh Tapi takpalah tanpa membuang masa hari nie aku nak berkongsi dengan kome tentang cd yang paling baru dalam koleksi 2013 aku. Pernah dengar band SevenCollar T-Shirt ?? Band yang dibarisi oleh Saiful Ridzuan(vokal+gitar), Muhammad(gitar), Adil Ali(dram) dan Keng Lee di posisi bass. Telah menerbitkan 3 album selama lebih 10 tahun mungkin dalam industri, iaitu Freeway, Dreaming & Broke, Drones dan yang paling terkini iaitu The Great Battle. Nak kata baru pun taklah sangat sebab album nie dah rilis pada 5 November 2009, sehari selepas hari jadi aku. Aku mula dengar lagu depa dari filem KIL, dimana dalam satu babak ada guna lagu Lights sebagai muzik latar.

   Aku beli cd nie secara online dari laman web Laguna Music dimana depa ada buat promosi sempena 10 tahun syarikat nie ditubuhkan. Jangan terkejut sebab cd nie aku beli dengan harga hanya RM10, iaitu kurang sebanyak RM19.90 berbanding harga sebenarnya iaitu RM29.90. Cuma tambah RM5 untuk caj penghantaran. Aku dengan terujanya pun orderlah sebab album nie memang aku cari sejak kali pertama dengar lagu Lights dalam filem KIL. Selepas 9 hari menunggu penuh sabar, akhirnya cd The Great Battle berada dalam genggaman aku.


   Secara keseluruhannya, pakej album ini amat berbaloi dengan nilai yang ditawarkan. Dari cover luar hingga ke inlay dalam memang lengkap jugaklah sebab disertakan dengan lirik. Bagus sangat depa sertakan lirik sebab bolehlah aku kaji dan memahami apa yang diungkapkan oleh Duan nie kan. Mengambil tema hitam+putih+biru sebagai warna tema, kualiti pakej bungkusan cd nie memang baguslah sebab walaupun label indie tapi tetap mampu hasilkan suatu pakej yang menyedapkan hati tika menatapnya.


   Kemudian kita beralih pula kepada muziknya. Menurut pembacaan aku dalam majalah ROTTW, muzik depa nie sukar diterima umum sebab terlalu tinggi nilai seninya, senang kata muzik depa nie bukan jenis yang simple dan easy listening, dan mungkin bukan radio friendly bagi sesetengah individu. Tema album ini banyak berkisar tentang kemarahan, kesedihan, suasana kelam atau yang sewaktu dengannya. Bunyi alat muzik yang kedengaran dalam album nie hanyalah 2 gitar, bass, dram dan mungkin sedikit sentuhan synth/keyboard. Rentak keseluruhan album nie boleh aku simpulkan sebagai naik-turun-naik-turun. Sebab pada track TET Offensive, Lucky You, Wild Child, December dan Exiled rentak permainan depa mampu membuatkan kita menganggukkan kepala, menghentakkan kaki mengikuti irama muzik. Manakala bagi track seperti Fibres, The Foreigner, A Dissappearing Act, Lights dan track berhantu Fragile akan membawa kita menuju ke suatu lembah berbelah bahagi jiwanya, sedih, marah dan juga damai. Kekaguman aku terletak pada suara Duan yang tidak statik ataupun ada kelainan berdasarkan setiap lagu-lagu yang dinyanyikan, mungkin disebabkan penghayatannya. Gitar Ham memang terkenal dengan efek-efek menariknya, walaupun takda solo-solo maut. Permainan dram Adil yang kemas dan bunyi bass Keng menglengkapkan melodi yang  wujud dalam album nie.

   Satu yang aku suka dengan muzik depa ialah lirik depa yang sangat mendalam dan tersirat maksudnya. Bukan macam sesetengah pemuzik masa kini yang lebih gemar membuat lirik kisah cinta yang sangat umum maksudnya, sekali baca dah faham. Satu cabaran bagi pendengar yang suka meneliti kontent lirik yang diungkapkan dalam setiap lagu-lagu dalam album nie. Dan aku sangat sukakannya kerna ini akan memberi suatu pengalaman yang menarik untuk mendalami maksud yang tersirat dalam setiap lagu. Jadi perhatian kepada pendengar yang sukakan lagu-lagu easy listening sebab album nie mungkin kurang sesuai untuk kome.


   Pada aku, kesemua lagu aku suka cuma yang paling suka adalah Lucky You, Fragile, The Foreigner, Wild Child, December dan Lights, manakala yang paling kurang minat adalah Exiled. Walau bagaimanapun, aku tetap mampu menghayati keseluruhan album nie sebab pengalaman mendengar seluruh album itu lebih menyeronokkan berbanding hanya mendengar single-singlenya bukan ?? Walaupun agak lambat aku mendapatkan album ini tetapi rasanya masih belum terlambat untuk aku sarankan kepada kome untuk mendapatkan album ini sebagai koleksi dan tanda sokongan terhadap industri muzik tempatan, terutama yang bergerak secara indiependent. Believe me, The Great Battle is The Great Album. Sekian.
 
Single Pertama : Wild Child (Here For You)

Single Kedua : Fragile

Tuesday 8 October 2013

MASSACRE CONSPIRACY : LOST HOLOCAUST

Assalam Semua !!
Ingat lagi tak dalam post #TwtUp aku adah bersedia untuk memberi ulasan dari sudut kaca mata aku ini tentang album berjudul Lost Holocaust ini.

    Ditubuhkan pada tahun 2008, mereka yang bermain muzik berpaksikan melodic metalcore ini dianggotai oleh Ash(vokal), Emy(drums), Sonna citer yang aku ada beli satu cd iaitu Massacre Conspiracy/MC16 punya album baharu. Ya, kini aku sudy(guitar/vokal), Achong(bass), Godoy(guitar) dan Ax di posisi keyboard. Pernah meriliskan demo berjudul The Prophecies, kini mereka sedang giat mengegarkan telinga peminat muzik berat dengan rilisan terbaru mereka, Lost Holocaust. Perkenalan pertama aku dengan band nie adalah berdasarkan cerita-cerita dalam majalah ROTTW. Manakala cinta pertama aku dengan muzik depa pulak bila aku tergerak hati untuk memuat turun EP The Prophecies depa di laman 4Shared.com. Masa mula-mula dengar lagu All Hope Remains Dead(versi asal),pada telinga aku mengatakan vokal yang keluar adalah seperti Dani Filth, sebab erm... susah nak cakap, kome pandai-pandai ler cari ok. Muzik pulak okay, menepati piawaian yang aku tetapkan. Huhhu...jadi pada saat itu bermulalah kisah cinta aku dengan muzik Massacre Conspiracy, hinggakan message alert pun aku guna lagu Massacre Prologue.


   Ok, sekarang aku nak merungkai serba sedikit tentang album depa yang masih hangat dalam koleksi aku. Mula-mula sekali aku nak sembang pasal pakejing cd nie. Sekadar pakej yang simple dengan hasil seni cover dihasilkan oleh Sla Muerta dari Indonesia. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apakah maksud yang tersirat pada cover ini yang memaparkan piramid(iluminati ?? Hah!! hehe just kidding =D). Pada covernya juga terdapat stiker parental advisory, dimana pada siapa yang tidak tahu stiker ini menandakan lagu-lagu yang terkandung dalam cd ini mengandungi lirik-lirik yang agak...ganas...

   11 buah lagu terkandung dalam album ini dengan 3 lagu daripadanya dipetik dari EP mereka. Lagu-lagu tersebut ialah All Hope Remains Dead, Bloodless dan Running In Fear. Akan tetapi depa tak ambil jalan mudah dengan ambil bulat-bulat lagu-lagu nie, tetapi depa buat sedikit penambahbaikan pada lagu-lagu ini sebagai contoh lagu All Hope Remains Dead yang mana suara perempuan dalam lagu nie diberikan kepada Yasmin Matthews dari band Maddthelin.

   Keseluruhannya album nie memang akan membuatkan jantung si pendengar berdegup pantas tanpa rehat kerana kesemua lagu-lagunya laju jugaklah temponya. Siapa yang boleh headbanging dari start sampai abis album nie memang aku salute larh..Aku nak headbanging lama-lama karang tercabut kepala aku nie. Semua sedia maklum yang band nie memang tight permainan depa, macam pro, walaupun masih setahun jagung. Jadi tiada pertikaian tentang permainan depa cuma pada pengamatan aku yang masih mentah dalam muzik ini, aku rasa macam bunyi gitarnya seakan-akan sama jer dalam hampir kesemua lagu. Begitu juga bunyi dram, macam ada bunyi yang sama dengan lagu-lagu yang lain. Tapi tak banyak dan ketaralah. Lagipun nie pendapat akulah kan, so suka hati akulah. Heheh..

    Walau bagaimanapun, aku tetap layan semua lagu-lagunya. Tiada filler. Satu kelebihan band nie adalah depa ada selitkan solo dalam beberapa buah lagu, walaupun bukan solo killer, tapi masih mampu membuatkan hati ini terus tertarik untuk mosh!!!. Suara Ash pun best sebab tak mendatar jer. Dia pandai ubah-ubah suara ikut kesesuaian lagu-lagu yang dinyanyikannya. Melihatkan pada sudut lirikal pula, banyak perasaan marah yang disalurkan dan seperti ada kaitan antara satu sama lain. Mungkin sebab dihasilkan oleh minda yang sama iaitu Ash, kecuali lagu All Hope Remains Dead(Ash+Mio).

   Masa 8/6/13 aritu depa ada datang sini main dengan Sil-Khannaz dan lain-lain lagi, ayah aku kalau tak nak pergi jugaklah gig tu sebab nak tengok Sil-Khannaz, tapi sebab dah terlambat so tak jadi. Kalau tak mungkin dari hari itu jugalah ayah aku dah mula dengar MC16 nie kot. Heheh....dengar kata kawan ayah aku yang juga seorang penganjur gig di Ipoh, nak bawak depa datang Ipoh lagi..I will waiting..heheh.. Kome pun ape lagi, pegi lah order satu album nie. Rating : 3.8/5

" In God We Trust, In Metal We Blast "


 

Sunday 6 October 2013

KL GANGSTER 2


WARNING : SPOILER MAYBE !!
Assalam Semua !!
Akhirnya.. detik yang ditunggu-tunggu datang juga. 3/10/13..detik bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia yang belum menonton filem KL Gangster 2 termasuklah aku. Gempar 1 Malaysia dek kontroversi tersebarnya bahagian filem ini yang masih belum diedit sepenuhnya. Aku dan sahabatku mengambil cabaran untuk tidak menonton filem ini dalam bentuk digital sehinggalah waktu tayangannya di pawagam. Disaat rakan-rakan sekelas sedang galak menonton dalam netbuk mereka, kami terus utuh menahan diri daripada menontonnya. Hehehe...

   Maka pada hari kedua tayangan filem ini yang bersamaan dengan hari Jumaat, aku dan sahabatku serta seorang lagi rakan yang telah menonton terlebih dahulu versi digital filem ini namun masih mahu merasai pengalaman menonton dalam versi terakhir. Nak bayar duit Syamsul katanya. Hehe. Secara keseluruhan, aku amat teramat amat berpuas hati dengan hasil buah tangan anak teruna Dato' Yusof Haslam nie. Tak mahu bercerita panjang tentang sinopsis kerana pasti ramai yang dah tau kan jalan ceritanya macam mana. Aku disini berani mengatakan KL Gangster 2 adalah filem terbaik 2013 selepas filem KIL. Sebab apa ?? Meh sini aku jelaskan....


   Perkara yang pasti menarik anak mata kita para penonton untuk terpaku dihadapan skrin adalah aksi-aksi yang ditawarkan, dari sudut pergaduhan, dialog, watak dan juga kemusnahan yang berlaku. Kali ini Syamsul menambah durasi filem ini kepada 1 jam 50 minit bagi memastikan setiap babak berjalan dengan flow yang tenang dan tak tergesa-gesa. Boleh dikatakan hampir setiap babak adalah pergaduhan, hanya beberapa babak je diselangi dengan jenaka, emosi dan babak-babak penting yang mengerakkan filem ini. Syamsul bijak dalam mengolah cerita asal pembabitan Malik dalam kancah gangsterism.


   Aku nak menyentuh tentang tema kekeluargaan yang diketengahkan Syamsul iaitu konflik dalam keluarga Malik yang mana bapanya meninggalkan mereka sekeluarga akibat hutang. Pemilihan pelakon sampingan juga bersesuaian kerana tidak melebih-lebih menangisnya. Sejujurnya aku tersentuh dengan kisah hidup Jai yang menanggung beban hutang bapanya seorangan tanpa pengetahuan Malik dan ibunya sendiri. Babak yang aku rasa sayu melibatkan Jai adalah babak pertama sekali ibunya dimasukkan ke hospital dimana Jai dimarahi Malik hingga Malik mengelarkan Jai anak yang menyusahkan ibunya sahaja. Satu lagi masa Jai cuba nak jelaskan kat ibu dia apa yang dia buat. " Biar Jai je yang jahat. " Dialog Jai kepada ibunya. Sesungguhnya watak Jai kali ini banyak melibatkan emosi dan bukan aksi semata-mata.


   Penyeri filem ini sudah tentulah watak Fadil a.k.a Abang Long Fadil. Kali nie lawaknya banyak dan ada jugaklah satu babak si Fadil nie berlawan...erm boleh kira lawan ker ?? Dari pengamatan aku, kebanyakan dialog para gangsters dalam filem ini seakan-akan berpantun pun ada, sebab bait kata-kata depa nie berirama. Ini sekali gus menyuntik elemen humor secara tak langsung pada akulah. Nak tau camne tengok sendiri kat wayang.

   Watak Tailong sebagai evillion dalam filem nie amat mengagumkan. Tak sangka Rosyam Nor dalam usia yang semakin menghampiri usia otai masih punya kuderat untuk membawakan watak yang sangat jahat, ganas, keji untuk filem nie. Tak sia-sia Syamsul ambik Rosyam Nor yang memang menghayati wataknya. Penangan orang lama katakan.Sanggup tuu jilat muka orang untuk watak nie. Hehe. Aku suka intro Tailong masa nak pancung orang tu.


   Kali nie watak Shark berambut panjang dan lagi ohwsem dari KL Gangster 1. Taktau kenapa tapi aku suka watak dia nie. Mungkin sebab aku suka watak-watak jahat nie kot, lagi-lagi rambut dia tu. Tapi geram dengan kejahatan dia nie yang mendajalkan si Malik. Malik pulak nampak macam takda perubahan pun dalam KL Gangster 1 dengan KL Gangster 2, cuma aku seronok tengok babak dia mengamuk sebab ada ketua geng lain taknak ikut geng dia. Pastu babak mase Jai bawak ibu depa tengok Malik tengah belasah budak-budak Tailong, dan masa tu pulak si Shark tiba-tiba pergi tembak salah seorang dari depa. Terkejut ibu depa tu...

   Jom sembang jap pasal kemusnahan yang berlaku dalam filem nie lak. Yang paling banyak mestilah kereta-keretanya, tapi takdalah Hummer tu pon diletupkan. Kali ini, banyak jugalah aksi yang tak dijangka boleh dilakukan di Malaysia seperti kereta jatuh bangunan, kontena jatuh (sambil Syamsul lari dari ke timpa lagi) dan kereta polis dipecah dan diterbalikkan. Wow...agak kontroversi jugak babak tu, nasib baik takdalak isu kata menghina polis pulak. Heheh...

   Kesimpulannya adalah, aku tersangat-sangat bangga dengan Syamsul Yusof kerana berani melaburkan kos yang tinggi bagi menghasilkan filem yang sangat-sangat mantap. Rasa-rasanya dapat juga balik modal dan menang anugerah. Aku jugak suka dengan idea kekeluargaan yang dipaparkan, mengingatkan aku filem Scarface lakonan Al Pacino dimana apa persamaan watak Tony Montana yang walau gengster pailang tapi masih ada sifat kemanusiaan dan sayang akan adiknya, sama seperti watak Malik. Begitu juga dalam babak Zeti dirogol Tailong dihadapan Jai, sejahat-jahat Jai masih ingatkan Tuhan hingga dia menyebut kalimah "Allah" kerana terlalu sedih dan marah.


   Inilah kali pertama aku rasa puas hati dan berbaloi tengok wayang filem Melayu. Aku juga berharap legasi KL Gangster tidak akan mati sehingga sini sahaja. Aku juga berharap Syamsul Yusof tabah dan kembali bersemangat semula untuk menghasilkan karya-karya hebat yang dapat menyaingi filem antarabangsa. Bersemangatlah kembali. Serius cakap, bukan bodek tapi aku rasa KL Gangster 2 lagi best jalan cerita dan aksi berbanding Expandables 2 walaupun dari segi prop Hollywood boleh celen kita. Akhir sekali, sokonglah barangan buatan Malaysia. =D