Friday 19 April 2013

PINK FLOYD THE WALL




Salam Semua!!
Kebelakangan ini aku selalu pulak mendengor lagu-lagu Pink Floyd ni. Tambahan siang tadi baru lepas download album The Wall dan Wish You Were Here. Beberapa hari yang lepas pulak aku dapat tengok movie The Wall sampai habis walaupun ada masa aku tersengguk-sengguk. Movie ni pada aku ada masenya best dan ada pulak masenye bosan. Bukan apa ada beberapa babak tu macam slow sangat, aku pun penat nak tunggu hehe.. Jalan ceritanya kalau tak baca sinopsis mungkin susah nak faham kot. Nak cakap banyak fasal movie ni pun tak boleh sebab aku bukan sama zaman dengan movie ni, jadi kalau nak tahu fasal movie ni kome cari ler sendiri ya. Aku syorkan kepada kome semua untuk menonton filem yang artistik ni, dan satu lagi ada beberapa babak dalam filem ini kurang sesuai untuk kanak-kanak ya.

Wednesday 17 April 2013

BICARA HATI

Salam Semua!!
Pada saat ini diriku berada ditahap yang penuh dengan konflik yang sedikit sebanyak menjejaskan kehidupanku, walaupun diriku masih mampu tersenyum dan tertawa. Namun apa yang mendukacitakan apabila ada pula lagi satu pihak yang berduka dengan keputusanku. Jujur pada diriku, sayang itu masih dan kekal ada cuma setelah apa yang berlaku membuatkan diriku serba salah dengan semua orang, dan juga padaNya. Ku cuba mencari penyelesaian, namun sukar untuknya menerima. Diriku juga sukar untuk melakukan keputusan drastik ini, namun untuk kepentingan bersama terpaksaku korbankannya.Ku pergi hanya sementara, jika sudah suratan takdir kita bersatu semula. Sukar bagiku melihatnya kecewa sekarang, namunku juga tidak mahu kita kecewa kemudian. Semoga apa yang berlaku menjadi pedoman bagi kita. Amin.


DARK BOTANI






 Salam Semua!!
Gambar-gambar yang terpapar ni semua aku tangkap masa pergi ke Taman Botani bersama kawan aku. Cuaca masa tu okay ja, takdala mendung sangat. Konsep hitam putih digunakan untuk memberikan gambaran suasana yang muram dan agak "dark"...Hehe tapi tak taulaa menjadi ke tak.....  =D





















Kredit : Mr Muharo ( Muhammad Hafiz Rodzuan )

Tuesday 16 April 2013

PINK FLOYD COMFORTABLY NUMB


Hello?
Is there anybody in there?
Just nod if you can hear me.
Is there anyone at home?
Come on, now,
I hear you're feeling down.
Well I can ease your pain
And get you on your feet again.
Relax.
I need some information first.
Just the basic facts
Can you show me where it hurts?

There is no pain you are receding
A distant ship, smoke on the horizon.
You are only coming through in waves.
Your lips move but I can't hear what you're saying.
When I was a child I had a fever
My hands felt just like two balloons.
Now I've got that feeling once again
I can't explain you would not understand
This is not how I am.
I have become comfortably numb.

(solo)

I have become comfortably numb.

O. K.
Just a little pin prick.
There'll be no more AHHHHHHHHHHHHH!
But you may feel a little sick.
Can you stand up?
I do believe its working. Good.
That'll keep you going through the show
Come on it's time to go.

There is no pain you are receding
A distant ship, smoke on the horizon.
You are only coming through in waves.
Your lips move but I can't hear what you're saying.
When I was a child
I caught a fleeting glimpse
Out of the corner of my eye
I turned to look but it was gone
I cannot put my finger on it now
The child is grown,
The dream is gone.
I have become comfortably numb.


Music by : Pink Floyd

Saturday 13 April 2013

LAMB OF GOD AS THE PALACE BURN

Salam Semua!!
Pagi-pagi ini aku nak berkongsi dengan kalian sebuah musik video daripada salah satu band yang aku minati, iaitu Lamb Of God. Lagu ini berjudul " As The Palace Burn " dari album mana aku tak pastilah. Apa yang masyuk tentang video ini ialah, walaupun muzik mereka ini ganaslah jugak, dan selalunya kalau band metal punya video orang akan anggap mesti nak "dark" atau "kejam" saja kan macam Cradle Of Filth. Tapi video ini tidak memerlukan perkara-perkara tersebut. Berlatarbelakangkan warna putih, dan dimana kesemua ahli band ini berpakaian serba hitam, aku tertarik takkala menonton video ini. Gaya depa jangan cakaplah, lagi-lagi si Randy dengan gaya rambut ala-ala geng emo ja. Dahla.. papehal enjoy!!  =D