Salam Semua!!
Pada saat ini diriku berada ditahap yang penuh dengan konflik yang sedikit sebanyak menjejaskan kehidupanku, walaupun diriku masih mampu tersenyum dan tertawa. Namun apa yang mendukacitakan apabila ada pula lagi satu pihak yang berduka dengan keputusanku. Jujur pada diriku, sayang itu masih dan kekal ada cuma setelah apa yang berlaku membuatkan diriku serba salah dengan semua orang, dan juga padaNya. Ku cuba mencari penyelesaian, namun sukar untuknya menerima. Diriku juga sukar untuk melakukan keputusan drastik ini, namun untuk kepentingan bersama terpaksaku korbankannya.Ku pergi hanya sementara, jika sudah suratan takdir kita bersatu semula. Sukar bagiku melihatnya kecewa sekarang, namunku juga tidak mahu kita kecewa kemudian. Semoga apa yang berlaku menjadi pedoman bagi kita. Amin.
No comments:
Post a Comment