Friday 18 November 2011

ASYIK : LANGSUYR BUKAN LANGSUIR

  
 Erm..mula-mula,ini bukanlah post yang bercerita tentang hantu lagenda Melayu ya,jadi tidak perlu berasa takut untuk membacanya kerana Langsuyr ini adalah nama sebuah band underground yang berasal dari Perak,kampung halaman saya.

  Diterajui oleh Azlan,Azmaniac dan Bentara (bukan nama sebenar) pada tahun 1991,band ini memainkan muzik jenis death metal.Saya bukanlah mahu menulis tentang sejarah hidup mereka kerana cerita ini boleh di cari di laman Wikipedia.Saya ingin menulis tentang album sulung mereka yang berjudul "Asyik".

  Album yang 100% menggunakan bahasa Melayu ini menampilkan 6 buah lagu yang nyata berbeza bagi saya.Apa yang uniknya disini lagu pertamanya,Asyik mempunyai 5 bahagian yang disambungkan agar menjadi sebuah lagu.Apa yang saya kagumi disini ialah penulisan liriknya yang sangat bermesej.Dari penyesalan seorang manusia ke isu black metal hinggalah ke isu politik.Sangat terbuka dan telus.

  
 Lagu-lagu yang terkandung dalam "Asyik" :
 1.Asyik
    a)Kelibat
    b)Laila Majnun
    c)Kelam Terang
    d)Seloka Leka Bernyawa
    e)Akhir Tamu
 2.Bedal
 3.Sunut
 4.Kau Racun
 5.Mata Air
 6.Liberalisasi Songsang 
    Markah:8/10

   Saya bukanlah seorang yang pro untuk mengkritik muzik tetapi dari pandangan saya,lagu-lagu yang terkandung dalam album ini ada yang ganas,laju dan mungkin perlahan sedikit tetapi masih ganas.Suara vokalis,Azlan berbeza berbanding penyanyi yang lain.Kata rakan saya,dia tidak memahami apa yang diperkatakan Azlan tetapi tidak bagi saya.

  Untuk pengetahuan anda,ahli band ini ada mengalami pertukaran di mana Bentara telah keluar untuk menumpukan kepada kerjaya dan keluarganya.Langsuyr juga dikatakan akan menrilis album terbaru mereka yang telah lama disimpan yang berjudul "Bullet".Tetapi tidak pula saya tahu bila,harap-harapnya betullah.

   p.s:Teringat semula pertama kali pergi gig dan melihat Langsuyr beraksi di Lost World Tambun.Kenangan yang sukar untuk saya lupakan.

No comments:

Post a Comment