Hmm..akhirnya dapat juga saya menulis sedikit mungkin untuk yang terakhir buat masa sekarang kerana dalam masa lebih kurang sebulan saya akan pergi menikmati satu perjalanan yang penuh dengan dugaan,iaitu SPM.Setelah 2 tahun menunggu,kini bermula pada 14/11 sehingga 13/12 saya dan rakan seperjuangan saya akan berperang di dalam dewan peperiksaan sebaik mungkin.
Inilah penentu kepada siapa kami pada hari yang akan datang sama ada dapat melanjutkan pelajaran ataupun terus ke alam pekerjaan.Jika di tanya kepada saya,semestinya saya mahu menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi,dalam bidang sama ada Seni Lukis ataupun Fotografi.Sungguhpun duduk di kelas sains tidak membawa erti kepada saya malah ada juga terdetik rasa kesal kerana memilih kelas yang saya sendiri tidak berminat untuk meneruskannya.Tetapi apa boleh dibuat,terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan...Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Saya berharap anda yang sedang membaca di blog saya ini dapat mendoakan kejayaan kepada saya serta rakan-rakan saya semoga kami mendapat keputusan yang baik.Sekian,Wassalam.
p.s : Terima kasih kepada sesiapa yang memberi kata semangat kepada saya,tak sangka pula saya dia juga turut menyampaikan,terima kasih.
haha GOODLUCK for SPM. samalah kita. menyesal gak msok kelas SAINS nie. tapi bila pikir balek. bidang dia luas seluas langit. (hiperbola gila*). leh je masok mana2 bidang. and p/sss DSLR pon kena hado kalo nk jd photographer yg berjaya hahahaa.
ReplyDeletehaha senasib ler...2 psal skrang den ngan ngumpol duit nk boli kamera 2..mhal bnor.klau ad yg nk mnderma xper le gak hoho
ReplyDelete