Saturday 26 January 2013

D.D ( DEAD DRAGONFLY )

Hype Semua!!
Sudah sekian lama telah saya perapkan blog kebanggaan saya ini dari sebarang  cerita terkini.Tetapi hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian koleksi fotografi saya yang saya gelarkan " D.D a.k.a Dead Dragonfly "
Pepatung atau dalam bahasa orang Perak cicikbo ini saya temui dalam keadaan tidak bernyawa lagi semasa mencuci kereta.Kemudian datanglah ilham untuk melakukan sesuatu yang belum pernah saya lakukan dan disamping mahu mencuba sejauh mana kebolehan kamera Sony W620 saya.Di akhir sesi fotografi ini,cicikbo tersebut telah berjaya disambar oleh kucing saya,Tompok.Disini saya hanya memaparkan sebahagian dari gambar-gambar tersebut namun kalian boleh melihat lebih lagi di link yang saya sediakan.Semoga kalian dapat menghayati seni saya dan memberi komen dan kritikan yang membina.Sekian.









Lagi di : 
Foto Kredit : Muharos
Semua gambar yang dipaparkan tidak dibenarkan untuk digunapakai untuk tujuan lain kecuali dengan kebenaran!!