Wednesday 30 May 2012

LINKIN PARK/LIVING THINGS


Pada 26/6/12 nanti,Linkin Park bakal mengeluarkan album terbaharu mereka yang berjudul "Living Things".Berita ini semestinya akan menjadi perkhabaran gembira bagi para peminat yang ternanti-nanti album selepas "A Thousand Suns".Single pertama,"Burn It Down" memberi tanya tanya sama ada album ini akan menjadi ATS kedua ataupun seperti album terdahulu mereka.Tetapi mendengar kepada lagu kedua yang diperdengarkan,seolah-olah menafikan konsep muzik lama mereka.Itulah LP,mereka mahu menjadi seperti pisang yang tidak berbuah 2 kali.Dan itulah yang menjadikan mereka istimewa.Namun ada sedikit ralat apabila melihat durasi lagu-lagunya yang dirasakan agak pendek.Namun begitu saya agak teruja dengan cover dan konsep seni pada album baharu ini .Tetapi kita nantikan sahaja album ini nanti.

Single pertama Living Things,"Burn It Down".



                              

Thursday 24 May 2012

MASIH SENDIRI

Ku katakan pada diriku
Mengapa mesti cemburu
Melihat pada mereka
Pasangan sedang bercinta...

Manakan tidak ku cemburu
Ku juga mahu begitu
Bermanja bergurau senda
Bersama orang tercinta...

Ku tahu diriku tak laku
Harta pun bukan beribu
Rupa yang tak seberapa
Ada hati mahu bercinta...

Namun tak ku kisah
Bukan mudah mencari cinta
Kasih cinta sejati
Sumpah sehidup semati...

Thursday 10 May 2012

UNTUK SAHABAT

11/5/2012
   Assalamualaikum sahabatku sekalian...
Warkah ini inginku sampaikan khas untuk semua sahabat tak kira rapat atau tidak yang pernah muncul dalam hidupku.

   Pertama sekali,ingin aku ucapkan jutaan tahniah kepada sahabat-sahabat sebayaku yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Dapat juga kalian merantau ke negeri orang ya.Kepada yang tidak berjaya,tidak mengapa dan janganlah bersedih kerana setiap orang ada jalan ceritanya sendiri.Jika sekarang kita kecundang,esok belum tentu lagi.Apa-apa pun aku berharap kalian yang bakal merantau ke negeri  orang nanti pandai-pandailah membawa diri.

   Selepas 5 tahun kita bersama,kini masa untuk kita membawa haluan masing-masing.Selepas ini mungkin jarang untuk kita duduk berbual bersama melainkan hanya di laman sosial.Selepas ini ada di antara kita yang akan menjalani kehidupan sebagai pelajar universiti,kolej,matrik,dan lain-lain.Dan pasti selepas ini di antara kita akan bertemu dengan sahabat baharu,dan mungkin kekasih baharu juga.Aku juga ada bertemu sahabat baharu sepanjang masa aku bekerja.

   Apa yang aku sayangi disini adalah memori yang telah terpahat sepanjang 5 tahun atau mungkin lebih,aku mengenali kalian,sahabat-sahabatku.Aku akan cuba menyimpan memori-memori ini agar jika ada masa nanti kita berkumpul,dapat kita kongsi memori itu bersama-sama.Akhir sekali,aku berharap semua sahabatku termasuk diriku,akan berjaya dalam hidup masing-masing.Terima kasih kepada kalian yang sudi untuk menjadi sahabatku walaupun ada masanya aku menyakiti hati kalian.Terima kasih kerana menjadi corak di dalam hidupku.Dan aku juga berharap,kita akan kekal bersahabat selamanya
                                                                                  
Dalam kenangan...

Saturday 5 May 2012

EKSPRESI GERARD WAY

Beberapa hari yang lepas saya telah ke Yik Foong untuk membeli dvd konsert My Chemical Romance era The Black Parade iaitu 'The Black Parade Is Dead!'.Sebelum itu saya terkandas di bangunan PERKESO akibat hujan secara tiba-tiba.

   Kualiti dvd tersebut bukanlah pada kualiti yang terbaik berikutan dirilis dari produk lanun.Namun apa yang bagusnya,dvd versi lanun ini turut datang bersama video klip MCR dan konsert Live Earth Linkin Park.Macam tahu-tahu saja saya kipas-susah-mati LP.Jadi untuk memujuk hati dan mood saya hanya menonton video dan konsert LP sahaja dahulu.

   Tetapi apa yang ingin saya ketengahkan hari ini adalah tentang vokalist MCR,Gerard Way.Kemerduan suaranya tak perlu lagi disangkal kerana masakan album mereka boleh laku bukan.Apa yang menarik perhatian saya apabila menonton video klip MCR adalah ekspresi yang ditunjukkan oleh Gerard.

   Lihat saja pada video mereka yang kebanyakkan bertema kesedihan seperti dalam 'I Don't Love You','Famous Last Worlds' dan 'Helena'.Gerard bijak bermain dengan ekspresi wajah bagi memberi mood kepada penonton.Semua ini adalah pendapat saya sahaja,tetapi terpulang kepada kalian untuk menilainya.

Emosi kegilaan ditunjukkan Gerard dalam 'Famous Last Worlds'


Kesedihan jelas terpancar dari muka Gerard akibat cinta.

THE LADY

Hype semua!!
Sejak akhir-akhir ini saya sering melakukan satu aktiviti yang boleh dikatakan rutin harian bagi saya iaitu menonton filem.Ketagihan ini berpunca dari kebosanan semasa di rumah lantas saya mengambil inisetif untuk mengisi masa lapang.Boleh dikatakan hampir setiap hari dan paling kurang satu filem.Tak kiralah filem lama atau pun yang terkini.

   Saya lebih mengemari filem bercorak 'based on true story' kerana kandungannya lebih menunjukkan realiti dan nilai moral.Dan filem yang paling baru saya tonton adalah filem 'The Lady' lakonan Michelle Yeoh,seorang pelakon Hollywood yang berasal dari Perak.

   Pada mulanya saya agak was-was untuk menontonnya tetapi selepas beberapa minit filem bermula,rasa itu kian pudar.Berkisar tentang hidup Aung San Suu Kyi(cari di wikipedia).








Kepada pengemar filem saya cadangkan filem ini untuk tatapan kalian.=D

Tuesday 1 May 2012

UNTUK RAKYAT DARI RAKYAT

Hype semua!!
Terlebih dahulu saya mahu mengucapkan jutaan lemon terima kasih kepada semua warga bumi yang sudi singgah sebentar di sini,lebih-lebih lagi yang sudah beberapa kali melawat dan meninggalkan jejaknya di Dinding Awam saya walaupun tidak memfollow.Sekali lagi,terima kasih.

   Hari ini saya tertarik untuk menulis perkara yang berlaku baru-baru ini di ibu kota.Walaupun saya tidak mengambil port sangat tentang hal-hal politik ini melainkan hanya membaca berita-berita politik di blog sahaja,tetapi di sini saya mahu berbicara sebagai seorang rakyat Malaysia.Ya,rakyat Malaysia dan bukan dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.

   Walaupun usia saya hanya setahun jagung,epal,rambutan,durian dan lain-lain,mungkin tidak layak untuk bersuara tetapi ini blog saya jadi ikut suka sayalah kan??Owhk,saya dan rasanya sebahagian besar penduduk bumi,walau dimanapun mereka pasti mahu sebuah negara yang aman damai bukan?Siapa yang mahu tinggal di negara yang pada subuhnya dikejutkan dengan peluru senjata,makan tengahari bertemankan mayat bergelimpangan, dan tidur malam berdodoikan bunyi letupan bom.

   Satu perkara yang saya mahu jelaskan kepada mereka yang terlibat pada perhimpunan tempoh hari,kalian tontonlah semula rakaman kejadian tersebut,kemudian lihat diri kalian di depan cermin.Adakah itu rupa yang layak membimbing keluarga kearah kebahagiaan??Dengan mempertaruhkan nyawa anak isteri dengan meletakkan mereka di medan membahaya dan mempergunakan mereka sebagai perisai.Dimana letaknya tanggungjawab kalian yang sepatutnya melindungi mereka??Dimana??

   Saya menulis hari ini dari sudut pandangan seorang rakyat yang cintakan keamanan,saudara yang sedih melihat saudaranya berpecah-belah,bangsa yang malu melihat bangsanya mudah dibonekakan.Tidak terlintaskah di fikiran kalian,bahawa kalian hanya alat untuk menghuru harakan negara  kita ini.Kalian juga boleh berdiri sebaris dengan komunis yang kononya pejuang negara sebenar itu.

   Jika benar orang yang kalian sanjung itu benar-benar fikirkan kalian,kenapa tidak dia sendiri berlawan mempertahankan penyokong-penyokongnya yang diserang?Jika benar dia cintaikan keamanan,kenapa tidak dia menghalang para penyokongnya agar bersabar dan bertindak matang?Kenapa??Kenapa perlu ada pergaduhan,kekecohan,kebencian setiap kali mahu sesuatu keadilan?Sukarkah mahu duduk berunding dalam satu bilik dalam satu sidang di atas satu meja.Kenapa perlu bermusuhan sedangkan satu bangsa dan agama.

   Jika benar dia seorang yang pentingkan rakyatnya,kenapa perlu digadaikan keselamatan penyokongnya?Kenapa perlu diajar penyokongnya berfikiran sempit tahap infiniti untuk bertindak seperti orang yang hilang akal?Kalian yang rakus membelasah anggota polis,tidakkah kalian fikir jika satu hari nanti,anak gadis kalian menjadi mangsa rogol,culik,bunuh dan sebagainya,dimana kalian mengadu jika bukan polis.Siapa lagi yang akan mengerah tenaga dan usaha mencari kebenaran dan keadilan untuk kalian jika bukan polis?Kalian nilai sendiri tindakan kalian yang mendorong anggota polis berkasar dengan kalian.

   Apa yang paling menyedihkan dan memalukan adalah rata-rata yang mengila tempoh hari dikalangan bangsa Melayu dan ada yang cukup dengan kopiah dan tudung di kepala.Tidak ada kerja lainkah mereka ini selain menghuru harakan negara?Serius saya katakan,saya cukup MALU dengan tindak tanduk mereka ini.Kalian patut bersyukur hanya ditembak dengan air dan gas pemedih mata,pada saya kalian ini hanya layak ditembak mati terus agar pupus spesis yang hanya pandai memporak-perandakan negara.

   Akhir kata,bersatulah wahai rakyat Malaysia,bersatulah wahai bangsa ku Melayu,janganlah ditunjuk kebodohanmu itu walaupun ilmu tidak setinggi mana.

p.s: Lain kali jika mahu memBersihkan sesuatu,kalian boleh bermula dengan memBersihkan sungai-sungai yang semakin tercemar sekarang.=D