Thursday, 10 May 2012

UNTUK SAHABAT

11/5/2012
   Assalamualaikum sahabatku sekalian...
Warkah ini inginku sampaikan khas untuk semua sahabat tak kira rapat atau tidak yang pernah muncul dalam hidupku.

   Pertama sekali,ingin aku ucapkan jutaan tahniah kepada sahabat-sahabat sebayaku yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Dapat juga kalian merantau ke negeri orang ya.Kepada yang tidak berjaya,tidak mengapa dan janganlah bersedih kerana setiap orang ada jalan ceritanya sendiri.Jika sekarang kita kecundang,esok belum tentu lagi.Apa-apa pun aku berharap kalian yang bakal merantau ke negeri  orang nanti pandai-pandailah membawa diri.

   Selepas 5 tahun kita bersama,kini masa untuk kita membawa haluan masing-masing.Selepas ini mungkin jarang untuk kita duduk berbual bersama melainkan hanya di laman sosial.Selepas ini ada di antara kita yang akan menjalani kehidupan sebagai pelajar universiti,kolej,matrik,dan lain-lain.Dan pasti selepas ini di antara kita akan bertemu dengan sahabat baharu,dan mungkin kekasih baharu juga.Aku juga ada bertemu sahabat baharu sepanjang masa aku bekerja.

   Apa yang aku sayangi disini adalah memori yang telah terpahat sepanjang 5 tahun atau mungkin lebih,aku mengenali kalian,sahabat-sahabatku.Aku akan cuba menyimpan memori-memori ini agar jika ada masa nanti kita berkumpul,dapat kita kongsi memori itu bersama-sama.Akhir sekali,aku berharap semua sahabatku termasuk diriku,akan berjaya dalam hidup masing-masing.Terima kasih kepada kalian yang sudi untuk menjadi sahabatku walaupun ada masanya aku menyakiti hati kalian.Terima kasih kerana menjadi corak di dalam hidupku.Dan aku juga berharap,kita akan kekal bersahabat selamanya
                                                                                  
Dalam kenangan...

2 comments:

  1. atototo.. rindu lah tu kat sahabat dia. haha. papepon. goodluck for ur life. ^^

    ReplyDelete