Hype semua..
Hari ini peluh jantan saya keluar agak banyak juga dari kebiasaan kerana pada pagi ini saya telah mendaki puncak Bukit Kledang.Erm..belum sampai puncak lagi.Hanya setengah sahaja.Heheh.Saya ke sana hanya bertemankan kakak saya.
Sebenarnya,Bukit Kledang dan keluarga saya agak sinonim juga kerana sebelum ini kami seringkali pergi ke sana.Namun sejak 2 tahun lepas jika tidak silap,kami tidak lagi ke sana berikutan kesihatan ayah saya yang tidak berapabaik.Jika dahulu,pada pagi Ahad kami sekeluarga akan ke sana kecuali adik-adik saya.Mereka hanya akan mengikuti kami sekiranya di umpan dengan membawa ke Pasar Karat Loken.
Setelah lama tidak menjejakkan kaki di Bukit Kledang,saya menjadi sedikit 'perrak' seperti tidak pernah datang ke sana.Bukan apa,cuma saya terpegun dengan keindahan alam semula jadi yang berada di depan mata saya ini.Terdetik di hati membisik,bertuah sungguh lahir di bumi Malaysia yang aman,sekurang-kurangnya masih berpeluang melihatkeindahan dan kebesaran ciptaan Tuhan.
Pagi ini cuaca agak mendung berikutan hujan pada malam semalamnya.Jadi tidaklah terlalu panas sewaktu mendaki nanti.Baru suku perjalanan kaki saya mula berasa nak longlai.Aduhai,inilah akibatnya jika terlalu lama meninggalkan aktiviti yang menguji kekuatan seperti ini.Walaupun penat,saya masih gagah(ayat macho) mendaki hingga ke satu stesen di atas sana.Di Bukit Klebang ada banyak jalan yang boleh kita gunakan tetapi yang selalu saya gunakan adalah jalan tar dan jalan tangga.Kedua-duanya masih memberikan kepenatan maksimum kepada yang jarang mendaki.
Mungkin disebabkan hari bekerja,pengunjung yang datang tidak ramai.Dan kebanyakkan berbangsa Cina.Mungkin juga mereka adalah penduduk yang tinggal berdekatan bukit tersebut.Cuma ada seorang pengunjung ini yang lain dari yang lain.Ceritanya begini,semasa sedang mendaki datang seorang pak cik berbangsa India menegur saya dan kakak saya.Dia bertanya kepada kami tentang gempa bumi yang berlaku di negara jiran kita.Kami yang pelik juga dengan pertanyaan mengejut ini pun layanlah juga pak cik ini.Tamat cerita tsunami dan gempa bumi,disambung pula dengan cerita Agong kita.Ada juga dia mempersoalkan,adakah Agong itu dari keturunan diraja,darah keturunan diraja dan apa-apa entah lagi yang saya tidak pasti.Ingin juga saya berkata,ada saya kisah ke?Namun disebabkan ingin menghormati satu sama lain kami pun terpaksa melayannya.
Kami ingatkan itu kali terakhir kami akan berjumpa dengan 'pak cik misteri' itu,tetapi semasa perjalanan turun kami bertuah kerana berpeluang berjumpa dengannya lagi.Kali ini dia mengatakan bahawa di depan ada sekumpulan 'gengster monyet' menghalang jalan.Kemudian saya dan kakak saya perlahan-lahan berjalan ke arah monyet tersebut.Tetapi tidak pula kami nampak sekumpulan monyet-monyet tersebut.Yang ada hanya seekor.Hmm..setelah melalui jalan tersebut terdengar laungan "Jalan dah clear ke??"dan"Tunggu saya ya!!"Kami pun tunggulah juga dan melalui jalan tersebut dengan selamat dan jayanya.
'Pak cik Misteri..' |
"Itu ada bunyi ka(earphone)?"
"Haa,ada bunyi",jawab saya
"Dua-dua pun ada bunyi la(earphone saya dan kakak saya)?"
Saya menjawab"Aah,dua-dua bunyi"
Kemudian pak cik bertanya lagi..
"Lu orang sudah kahwin ka belum,ha(merujuk saya dan kakak saya)?"
Segera saya jawab"Haa?Belum lagi la"
Tambah pak cik lagi"Kahwinlah ok ya..Erm,lu orang abang adik ka??"
"Ini kakak saya..(baru nak tanya kakak adik ke apa)"
"Ohh,sorry-sorry ya...Sorry",kata pak cik sambil berlalu pergi.
Hmm.Itulah yang berlaku hari ini di Bukit Kledang,bagus betul pak cik 'misteri' ini..
p.s:Sayangilah alam semula jadi..
No comments:
Post a Comment