Sunday 17 February 2013

Segmen Review Blog by Syaza Raihanah

                   


                                                                                Apple Mints
                                                                        

Thursday 14 February 2013

Saya Follow U,U Follow Me By mselim3

                             
                  http://mselim3.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-follow-uu-follow-me-by.html

Hype Semua!!
Jom ikut sekali kalau nak!!Saja-saja nak tambah kenalan di alam blogger.. =D

Tuesday 12 February 2013

MOONWALKER


Hype Semua!!
Malam ini dengan secara tidak sengaja minda saya tergerak untuk menulis tentang sebuah filem yang saya agak kurang dikenali oleh generasi Ipad dan juga Galaxy Note.Filem yang saya sebutkan adalah filem "Moonwalker" yang dibintangi oleh raja pop dunia,Michael Jacksons.

   Untuk pengetahuan kalian,filem ini adalah antara material terawal yang memperkenalkan saya dengan individu yang terkenal dengan tarian Moonwalk.Filem ini yang diterbitkan untuk mempromosikan album 'Bad' mempunyai dua bahagian dimana pada bahagian pertama filem kalian akan disajikan dengan klip-klip video perjalanan muzik MJ dan juga seleksi video muzik single dari album 'Bad'


   Manakala pada bahagian kedua filem ini penonton akan disajikan dengan sebuah filem pendek 'Smooth Criminal' yang menampilkan MJ & Joe Pesci.Sedikit perihal tentang filem pendek ini yang mengisahkan Joe Pesci sebagai Mr Big mahu membunuh MJ kerana MJ mengetahui rahsianya.Dalam filem pendek ini,MJ kononnya mempunyai kuasa untuk berubah bentuk apabila komet muncul.Antaranya adalah sebuah kereta sport,kapal angkasa dan juga robot!!Haha betul,saya tidak berbohong.Dan juga jika kalian mahu menonton videoklip 'Smooth Criminal' versi yang lebih menarik,kalian perlu menonton filem ini.

   Berbalik kepada bahagian pertama,babak pertama filem ini adalah lagu Man In The Mirror secara live kemudiannya beralih kepada zaman The Jacksons 5,The Jacksons dan karier solonya ketika kecil.Apa yang menarik apabila tiba babak 'Bad',semua pelakonnya adalah kanak-kanak!!Mereka meniru semula babak dari videoklip tersebut mengikut gaya mereka.Selesai dengan 'Bad',tumpuan penonton dialihkan pula kepada animasi stopmotion yang menandakan mulanya babak kejar-mengejar antara MJ dengan watak-watak stopmotion tersebut sambil dilatari lagu 'Speed Demon'.Akhirnya video 'Leave Me Alone' menjadi titik penamat bahagian pertama.


   Filem ini agak sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata ataupun penulisan.Begitu juga bukan semua komen yang diberikan kepada filem ini sama pada setiap orang.Walaubagaimana pun, saya menyukai filem ini kerana kekreatifan MJ untuk menterjemahkan video-videonya dalam bentuk sebuah seni yang mengagumkan.Kepada para peminat MJ,'Moonwalker' adalah koleksi yang perlu kalian miliki.Sekian.

  

Segmen Pencarian Bloglist Februari Blog Miss Tiey


    
                            http://tiefiqs34.blogspot.com/2013/02/segmen-pencarian-bloglist-februari.html

Monday 11 February 2013

CLAYCAT'S


Hype Semua!!
Pernahkah kalian mendengar nama LeeHardCastle di You Tube?? Ataupun "Claycat's" ?? ...
Jika tidak teruskan pembacaan kalian kerana saya mahu berkongsi cerita tentang animasi tanah liat yang pada saya sangat "Awesome!!" Walaupun animasi yang dihasilkan produksi LeeHardCastle tidaklah sehebat karya Tim Burton ataupun Aardman Animation namun masih mampu menambat hati sesiapa yang menontonnya.

   Saya mula mengenali nama ini dengan secara tidak sengaja apabila terpandang satu video dengan nama"Claycat's The Raid" iaitu video parodi filem hangat dari Indonesia "The Raid:Redemption".Video ini turut disertakan sebagai bonus dvd filem ini.Apa yang membuatkan animasi ini menarik bukan sahaja kerana semua wataknya adalah kucing,malah aksi-aksi kucing ini sangat ganas!!Ya betul,setiap video yang arahannya dipenuhi dengan darah dan kecederaan.Malah,saya mengagumi dengan efek letupan dan darah yang dihasilkannya.Pada saya jika LeeHardCastle mempunyai modal yang berskala besar mungkin animasi yang dihasilkan akan lebih mantap.Ohh ya,ada beberapa lagi parodi filem yang mereka hasilkan antaranya Evil Dead 2,Hitman dan The Thing.Sekian.

Claycat's The Thing

Claycat's Hitman


Saturday 9 February 2013

PONGAL

Hype Semua!!
Uhuk-uhuk...nampaknya dah banyak habuk dan sesawang di laman blog saya ini.Lama juga telah saya tinggalkan karier sampingan saya sebagai penulis blog dan juga seperti yag dapat kalian lihat wajah blog saya sekali lagi telah mengalami transformasi yang pada kali ini agak suram dengan tema kelabunya.Hehhe

   Walaubagaimana pun,hari ini saya mahu berkongsi cerita dan juga foto-foto yang saya ambil semalam ketika menghadiri sebuah majlis perayaan kaum India iaitu Pongal.Saya bersama beberapa rakan Melayu telah dijemput oleh rakan sekelas saya,Sarawana untuk saja-saja melihat bagaimana perayaan ini disambut.Disamping itu kami dapat mempelajari serba sedikit adat resam kaum India yang tidak pernah kami tahu atau ambil tahu sebelum ini.



   Acara ini yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Tamil bermula agak awal juga kerana semasa saya tiba pada pukul 8.30 pagi,mereka semua telah pun mula bersiap-siap untuk Pongal.Saya tidak mahu bercerita tentang Ponggal dengan lebih mendalam kerana dikhuatiri berlaku kesalahan fakta,tetapi menurut salah seorang guru yang terlibat mengatakan acara ini umpama pesta menuai.




   Bagi saya yang pertama kali melihatnya pastinya berasa sedikit teruja kerana pertama kali melihatnya. Acara ini turut disertakan dengan pertandingan iaitu membuat kolam yang direka mengikut kreativiti setiap kumpulan.Kolam yang mereka buat sangat cantik dan kreatif walaupun hanya dihasilkan oleh pelajar sekolah . Selepas selesai mereka menjamu nasi Pongal yang mereka masak, ada satu lagi acara terakhir iaitu acara memecahkan bekas memasak nasi Pongal tadi.Walaubagaimana pun,bukan mudah untuk memecahkannya kerana orang yang terpilih perlu memecahkannya dengan mata tertutup.Menurut mereka,jika bekas tersebut berjaya dipecahkan menandakan orang itu berjaya untuk fokus.Selepas acara ini,tamatlah aktiviti Pongal pada hari itu.



   Banyak perkara yang diperolehi semalam walaupun tidak ada kena mengena dengan diri saya.Namun begitu,tidak salah sekiranya kita mengetahui adat kaum lain sekadar untuk merapatkan perpaduan kaum kerana apabila kita berada di bumi Malaysia,kita adalah 1Malaysia!!Heheh.Sekian.







Lebih gambar di :
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.475897325791017.106574.100001122619249&type=1