Tuesday 12 February 2013

MOONWALKER


Hype Semua!!
Malam ini dengan secara tidak sengaja minda saya tergerak untuk menulis tentang sebuah filem yang saya agak kurang dikenali oleh generasi Ipad dan juga Galaxy Note.Filem yang saya sebutkan adalah filem "Moonwalker" yang dibintangi oleh raja pop dunia,Michael Jacksons.

   Untuk pengetahuan kalian,filem ini adalah antara material terawal yang memperkenalkan saya dengan individu yang terkenal dengan tarian Moonwalk.Filem ini yang diterbitkan untuk mempromosikan album 'Bad' mempunyai dua bahagian dimana pada bahagian pertama filem kalian akan disajikan dengan klip-klip video perjalanan muzik MJ dan juga seleksi video muzik single dari album 'Bad'


   Manakala pada bahagian kedua filem ini penonton akan disajikan dengan sebuah filem pendek 'Smooth Criminal' yang menampilkan MJ & Joe Pesci.Sedikit perihal tentang filem pendek ini yang mengisahkan Joe Pesci sebagai Mr Big mahu membunuh MJ kerana MJ mengetahui rahsianya.Dalam filem pendek ini,MJ kononnya mempunyai kuasa untuk berubah bentuk apabila komet muncul.Antaranya adalah sebuah kereta sport,kapal angkasa dan juga robot!!Haha betul,saya tidak berbohong.Dan juga jika kalian mahu menonton videoklip 'Smooth Criminal' versi yang lebih menarik,kalian perlu menonton filem ini.

   Berbalik kepada bahagian pertama,babak pertama filem ini adalah lagu Man In The Mirror secara live kemudiannya beralih kepada zaman The Jacksons 5,The Jacksons dan karier solonya ketika kecil.Apa yang menarik apabila tiba babak 'Bad',semua pelakonnya adalah kanak-kanak!!Mereka meniru semula babak dari videoklip tersebut mengikut gaya mereka.Selesai dengan 'Bad',tumpuan penonton dialihkan pula kepada animasi stopmotion yang menandakan mulanya babak kejar-mengejar antara MJ dengan watak-watak stopmotion tersebut sambil dilatari lagu 'Speed Demon'.Akhirnya video 'Leave Me Alone' menjadi titik penamat bahagian pertama.


   Filem ini agak sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata ataupun penulisan.Begitu juga bukan semua komen yang diberikan kepada filem ini sama pada setiap orang.Walaubagaimana pun, saya menyukai filem ini kerana kekreatifan MJ untuk menterjemahkan video-videonya dalam bentuk sebuah seni yang mengagumkan.Kepada para peminat MJ,'Moonwalker' adalah koleksi yang perlu kalian miliki.Sekian.

  

No comments:

Post a Comment