Saturday, 27 July 2013

SHUT UP & LETS GO


Salam Ramadan Semua!!
Pertama sekali aku nak mengumumkan bahawa aku bukanlah peminat tegar+rasmi KPOP!! Namun pada sesetengah situasi aku terpaksa ketepikan ego aku dan menyerah dengan mengatakan aku suka SESETENGAH produk kpop nie. Antaranya satu drama kat tv2 yang waktu tayangannya hanya SEHARI seminggu selama satu jam. Kome tau tak drama kpop ape yang dah berjaya memikat hatiku yang keras ini...huhuuu....

   Ok laa...tiada rahsia lagi. Drama yang aku cakapkan nie ialah drama bertajuk "Shut Up & Lets Go" jika merujuk kepada tv2 laa. Tapi bila aku cari-cari kat internet jalur lebar yang tidak bersempadan menunjukkan tajuk "Shut Up Flower Boy Band". Mana satu lantak ler, sebab aku nak fokuskan pada isi kandungan drama nie yang berteraskan muzik dan persahabatan. 5 sahabat yakni samseng sekolah, Ji-Hyuk, Hyun-Soo, Doo-II, Kim Ha-Jin dan Kyung-Jong yang kehilangan seorang lagi sahabat mereka Byung-Hee atas sebab yang aku sendiri tak pasti(aku mula tengok drama nie first episod tapi dah pertengahan cerita, jadi faham-fahamlah). Bagaimanapun sebelum si Byung-Hee nie mati dia sempat daftar band muzik depa nie dalam satu pertandingan dan lepas blahblahblah tuptup depa pun dapat tawaran jadi artis dengan nama band yang agak jambu "Eye Candy". Lepas tu mulalah konflik bila masing-masing dah besar kepala dan gosip melanda hingga membawa kepada pepecahan band ini(merujuk episod terkini di tv2).

Musuh ketat depa kat sekolah, juga komposer di syarikat rakaman yang sama.

   Pada yang biasa baca ulasan filem aku akan tahu yang aku nie paling menitik beratkan soal jalan cerita dan bagi aku drama nie memenuhi apa yang aku mahukan. Apa yang benar-benar membuatkan aku terpikat adalah tema utamanya iaitu muzik. Muzik band pulak tu, bukan yang macam Big Bang ke apakebendatah lagi. Ada satu ayat dalam drama nie yang menarik perhatian aku iaitu lebih kurang macam nie la " Perempuan dan duit akan memecahbelahkan sebuah band", mendalamkan maksudnya. Teringat pulak dalam filem Rock Oo yang pasal cingay-cingay tu. Namun setelah beberapa episod aku gamati yang aku tengok dan rujuk berdasarkan band nie ialah mereka tidak mempunyai semangat indiependent yang kuat seperti mana sesetengah band-band tempatan buatan Malaysia. Mereka memerlukan wajah macho(kpop, tak heranlakan) dan syarikat rakaman. Mereka terlalu bergantung kepada syarikat rakaman hingga apabila kontrak mereka dibatalkan, perjuangan muzik mereka juga terus berhenti. Aku duk terfikirlah kenapa depa tak buat album secara indie tapi mungkin status pelajar yang menyukarkan depa kot. Berbekalkan sebuah single sewaktu awal kemunculan, nama Eye Candy naik kerana publisiti hasil bantuan syarikat rakaman.

   Subjek kedua iaitu persahabatan ataupun dalam bahasa asing yang kita sering agung-agungkan "friendship" drama ini mempunyai tema persahabatan yang amat kuat. Bagaimana dari kawan baik di sekolah boleh bergaduh hanya kerana perempuan dan populariti. Ji-Hyuk sanggup menipu Hyun-Soo yang dia lebih pentingkan aweknya berbanding band Eye Candy semata-mata mahu Hyun-Soo menerima tawaran syarikat rakaman untuk menjadi artis solo. Kim Ha-Jin yang marah dan salah faham terhadap Hyun-Soo kerana perempuan yang diminatinya meminati Hyun-Soo.


   Aku suka lagu-lagu yang melatari drama nie, terutama lagu-lagu Eye Candy. Tapi tidak kutahui apakah nama lagu-lagu ini..Dan watak yang paling aku suka ialah Do-II yang merupakan anak kepada seorang gangster. Status dia nie juga penyumbang kepada gosip yang melanda Eye Candy. Apa yang aku suka kat mamat muka ala-ala mat salleh nie adalah sikap dia yang tenang dan sederhana. Paling kurang bercakap dan sering memenangkan suasana tegang. Senang citer dia watak paling "coool" lah. Sekarang kat tv2 aku tak pasti dah episod berapa, aku main tengok jaa dan ralat lah sebab seminggu sekali ja!!! Apa nie tv2!! KENAPA!!! Aku sarankanlah drama nie sebab mempunyai nilai-nilai positif dan tidak hanya bergantung kepada rupa paras sahaja. Ok Sekian.


No comments:

Post a Comment