Thursday 11 July 2013

CHUCKY DATANG LAGI!!!


Salam Semua!! Dan Salam Ramadan...
Di kesempatan ini aku nak berkongsi dengan kome semua berita terkini tentang filem yang menjadi mimpi ngeri pada waktu aku masih belum baligh lagi, iaitu Chucky. Heeee... ok trailer(Curse of Chucky) kat atas nie adalah filem terbaharu bagi Chucky yang dah lama tak keluar filem nie, sedor-sedor jer dah buat pembedahan plastik buat muka ala-ala K-Pop gitu huhuu... Di fahamkan bahawa filem nie akan terus ke format dvd( merujuk komen-komen peminat di You Tube), maka tak berpeluanglah aku nak merasa tengok Chucky nie kedabak sebesor skrin wayang tu.. Selepas melihat trailer ini, pada akulah.. ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihannya terletak pada wajah baik + comel si Chucky nie..dan keburukannya secara kasar ada beberapa babak dalam trailer nie wajah Chucky nampak hodoh ya amat!! Kalau hodoh yang menyeramkan takpa, nie hodoh menjengkelkan!! Harap-harapnya filem nie dapat mengembalikan kepercayaan aku terhadap filem-filem baharu yang pada aku semakin lama semakin membosankan jalan ceritanya.. Sekian.

No comments:

Post a Comment