Tuesday 25 October 2011

BAN-DAGE STUDIO : CANCERILUSION

    Hype semua!!Kalau nak di ikutkan saya nak post ulasan saya tentang album Linkin Park,tapi masih lagi dalam pembikinan.Jadi untuk mengisi ruang kosong ini,saya hanya dapat memaparkan hasil kerja saya lagi yang baru sebentar tadi saya teringatkannya.Hasil kerja ini semua sebenarnya hasil kerja lama saya kerana saya sudah lama tidak memegang kamera mungkin sudah setahun sejak handfon saya rosak.Semua hasil kerja ini saya buat hanya menggunakan kamera handfon sahaja.Nak beli DSRL terlalu mahal.Jadi saya hanya dapat berimaginasi menggunakan DSRL...









Semua hasil kerja ini di hasilkan menggunakan kamera handfon Sony Ericsson dan di dalam mood negatif.








Sebenarnya masih terdapat banyak lagi,cuma hanya ini sahaja yang dapat saya paparkan buat masa ini.Ada juga sebahagiannya telah dibuang oleh adik saya kerana hasil kerja ini saya simpan di dalam handfon dia.. =D.Sekian.

Saturday 22 October 2011

SIDE PROJECT : BAN-DAGE STUDIO

....Kali ini saya akan mempamerkan sebahagian daripada hasil kerja saya dalam bidang fotografi.Sebahagian gambar-gambar ini hanya diambil di sekitar kawasan rumah saya.Fotografi adalah salah satu minat dan hobi saya malah saya amat berharap dapat berjaya dalam bidang ini.Insya Allah....


Bonzai

Mainan Lama



 
Mesin Taip

Comot & Keluarga

2 Warna

Comot

Pegaga Tua



 
Tenang Air

   P.S : Maaf tentang tarikh yang menganggu gambar-gambar ini...Sekian.


Friday 21 October 2011

GIVE ME A B! U! N! K! F.A.C.E NOW!!!

    Hype semua!!....Hari ni aku nak lari sikit dari kebiasaan...Nak jadi normal sikit,tak nak nak dramatik sangat..haha...Minggu lepas adik aku ada beli cd Bunkface,Phobia Phoney...Jadi aku pun tergerak hati nak cerita sikit pasal Bunkface dan aku.....Ceh.. 

Nampak apa sampai muka jadi macam ni???
    Kalau di ikutkan aku ni dulu bukanlah peminat rasmi Bunkface ni,malah aku  benci bila tengok Bunkface..Sebab apa?..sebab aku menyampah tengok rupa yang kadang-kadang poyo la jugak...Haha tapi last-last aku register jugak jadi peminat Bunkface..

    Album Phobia Phoney adalah album yang tak rugi untuk di beli.Semua lagu yang terkandung di dalamnya sangat menarik dan sedap untuk santapan telinga...Album yang memuatkan 6 lagu inggeris dan 4 melayu ternyata berjaya menambat hati aku untuk mendengarnya berulang kali..Jika pendengar radio sering didendangkan dengan Revolusi atau Situasi mahupun Prom Queen,apa kata cuba dengarkan Escape Dance,You And Me atau pun Bunk Anthem...

Phobia Phoney
    Bunk Anthem
    Prom Queen
    Revolusi
    Soldier
    Escape Dance
    Dunia
    Ekstravaganza
    Situasi
    You And Me
    Minute To The End

    Erm perhatian,aku masih belum lagi dengar 1 album Bunkface sebelum ni..jadi Silly Lilly belum mendapat tempat di hatiku..haha tapi single baru Bunkface,Panik pun best jugak...macam lagu Ultraman pun ada rasanya...haha..Satu lagi aku suka dengan lirik lagu Bunkface sebab taklah melalut sangat macam sesetengah band melayu yang suka sangat buat lagu cintan jer...

  P.S : Hmm..kalau ada kesempatan nak sembang pasal Linkin Park 'A Thousand Suns' pulak...=D




Saturday 15 October 2011

KISAH SEORANG PENULIS

Kisah Seorang Penulis...
  bermula dengan memerhati
  apa yang terjadi
  ditambah isi hati
  bersama cerita diri...

Kisah Seorang Penulis...
  menulis tentang hati
  menulis tentang realiti
  bukan mahu mengeji
  niat mahu berkongsi...

Kisah Seorang Penulis...
  kisah ditulis mungkin bermanfaat
  ada tersurat ada tersirat
  kata hikmat waktu penamat
  moga ada yang berminat...

Kisah Seorang Penulis...
  cerita ditulis cerita realiti
  tokok tambah jadi penyeri
  mudahan tiada terguris hati
  pada yang hidup
  dan yang mati...

   TAMAT

Thursday 13 October 2011

MESEJ UNTUK ANDA

...Hype!!!...
...Kepada sesiapa yang sudi singgah di blog saya ini, saya amat berterima kasih kepada anda semua walaupun saya tidak mengenali diri anda semua sama ada lelaki atau pun perempuan...

...Saya amat berharap blog ini dapat dimajukan dari masa ke semasa untuk tatapan umum.Saya juga mengalu-alukan komen dan cadangan yang membina sekali gus memantapkan lagi cara penulisan saya ini...

...Apa-apa pun,blog saya ini bukanlah blog yang bertujuan menghina atau memperli sesiapa,blog ini hanyalah aktiviti masa lapang saya disamping meluahkan isi hati.Segala kisah dalam blog ini adalah hasil "kreatif" mungkin,dari buah fikiran ditambah dengan pengalaman saya dan sedikit unsur tokok tambah...

...Sekali lagi terima kasih kepada yang membaca blog saya walaupun tidak ramai "follower"...
...Owhk!!!...

Sunday 9 October 2011

KISAH SEORANG PENCINTA (INDAH SILAMKU)

...Aku masih tidak mampu melupakanmu...
   Walau terus ku cuba...
   Namun memori terus mencuba...
   Mengingatkan aku pada waktu dulu...
   Waktu cinta masih mekar...
   Waktu manis dalam hidupku...

...Semua peristiwa,masih segar dalam ingatanku...
   Ku tak lupa,tidak pernah dapatku lupakan...
   Walau sekuat mana aku mencuba...

...Dikau gadis pertama yang memanah hatiku...
   Dikau gadis biasa,tetapi aku telah buta...
   Dimataku,dikaulah penawar deritaku...
   Aku bosan kau menghiburku...
   Aku marah kau menenangkanku...
   Aku menangis kau memujukku...

...Mungkin tidak dapatku lupuskan memori ini...
   Memori indah silamku...
   Kepadamu,terima kasih...
   Kerana sudi menjadi sejarah cintaku...
  

KISAH SEORANG PENDUSTA (HITAM DIBALIK PUTIH)

"...Oh Tuhan ku..mengapa Kau turunkan kepadaku ujian sebegini teruk??...  
    Apa salahku? Apa dosaku?
    Setiap hari aku bersujud padamu,
    berdoa meminta keredaan..."
"...Oh Tuhan,
     tak terdaya untuk aku menanggung bebanan ini...
     hidup ku rasa tidak bererti lagi...
     disana menghina,disini mengeji....
     Dimana silap ku??..."

"...Adakah benar kau tidak tahu salahmu?
    Adakah benar kau tidak nampak dosamu?
    Jika benar,mari ku bisikkan padamu..."

 Masihkah kau ingat lagi kisah manusia bermulut dusta?
 Ke sana ke sini di jajanya cerita...
 Aib saudara tajuk utama...
 Ditambah dengan perasa dusta...ciptaannya....
 Agar pendengarnya asyik...

 Masihkah kau ingat?
 Tentang kisah manusia si pelaga saudara...
 Kerjanya sibuk..mencari mangsa...
 Dialah penghasut,dialah jarum halus...
 Menusuk jiwa mangsanya...
 Dengan lidah bercabangnya...
 Yang sahabat jadi musuh..
 Yang bersayang jadi berbunuh..

Dia ketawa sewaktu yang lain menangis...
Dia senyum sewaktu yang lain tersungkur...

"...Masihkah kau ingat?
    Tahukah kau siapa itu?
    Itulah kau!!
    Syaitan bertopeng manusia..."

"...Kini jangan kau mengeluh menanggung sukar
           jangan kau menangis menanggung hina
           jangan kau lupa dosamu...
    Nantikan pembalasan untukmu..."
   
"SETIAP PERKARA SAMA ADA BAIK ATAU BURUK YANG PERNAH KITA LAKUKAN
 AKAN DIKEMBALIKAN SEMULA KEPADA KITA"