Saturday 15 October 2011

KISAH SEORANG PENULIS

Kisah Seorang Penulis...
  bermula dengan memerhati
  apa yang terjadi
  ditambah isi hati
  bersama cerita diri...

Kisah Seorang Penulis...
  menulis tentang hati
  menulis tentang realiti
  bukan mahu mengeji
  niat mahu berkongsi...

Kisah Seorang Penulis...
  kisah ditulis mungkin bermanfaat
  ada tersurat ada tersirat
  kata hikmat waktu penamat
  moga ada yang berminat...

Kisah Seorang Penulis...
  cerita ditulis cerita realiti
  tokok tambah jadi penyeri
  mudahan tiada terguris hati
  pada yang hidup
  dan yang mati...

   TAMAT

No comments:

Post a Comment