Sunday, 1 September 2013

SCARLET HEROES


Salam Semua!!
Di pagi Ahad nie, sementara tengah buat powerpoint untuk presentation PBS Echo besok aku tergerak jari nak menaip serba sedikit tentang satu EP yang adik aku beli masa gig Bunkface tempoh hari. Dah lama sebenornya aku nak tulis cuma masa dan pelbagai rintangan menyebabkan niat murni aku nie tergendala. Band yang kini sedang hangat mempromosikan EP terbaharu berjudul 'The Heroes Are Coming' ini mengelarkan diri mereka sebagai SCARLET HEROES.




Segan nak taruh gambar nie sebab kabur huhu tibe-tibe lak masa tu, sayang betul... tu adik aku. =D
Aku dan Mr Bizee
   Sejujurnya sebelum nie aku tak pernah dengar langsung tentang band nie sehinggalah kedatangan mereka yang menjadi supporting band bersama-sama Dichi Michi, Heart A-Tack, Popkonspiracy dan Bittersweet sewaktu tour Bunk Not Dead! di Ipoh beberapa bulan yang lepas. Dianggotai oleh 5 orang anak muda iaitu Daryl selaku vokalis utama, Jah diposisi gitar rhythm, Shymi si pengendali gitar utama, P.J sebagai bassist dan juga screamer dan akhir sekali Bizee di posisi drum. Berdasarkan diskripsi di laman FB mereka : ScarletHeroes, menyatakan muzik mereka sebagai 'Pop dan Punk yang bertemu dengan Rock 'n' Roll'.

   Okaylah, aku nak citer pasal EP depa nie pulak ok. Dari segi reka bentuk dan pakej pembungkusan, aku boleh katakan pakej nie nampak mahal. Tak kena langsung dengan harganya yang cuma RM10(di gig) dan RM15(online). Serius masa mula-mula tengok cdnya tak sangka pakej-ingnya sebegini cantik, dengan tema warna merah, diselitkan dengan beberapa kartun (di dalam terdapat karikatur ahli band ini), walaupun ringkas dan tanpa lirik. Menampilkan 5 buah lagu buatan sendiri, dengan satu lagu Melayu. Masa gig aritu penyanyinya senang berkomunikasi dengan bahasa Inggeris hingga masa sembang dengan adik aku kejap pun cakap inggeris, jadi aku tak aspect akan ada lagu Melayu.


   Aku suka vokal si Daryl nie sebab dia boleh tarik panjang. Masa gig aritu pun selamba jer tarik tanpa ada kesemputan yang berlebihan. Permainan ahli yang lain juga tidak mengecewakan sebab penuh energi, terutama P.J dan Jah. P.J dari mula sampai abis perform asyik melompat jer, "Mosh!Mosh!", jerit si pemain bass nie. Jah pulak aku tengok dah macam Mick Thompson (Slipknot) jer. Hahha kangkang style!! Bizee pun agresif manakala Shymi lebih selesa berdiri sambil meneliti permainan dan solo gitarnya. Masa di Lost World aritu depa sempat mendendangkan 4 buah lagu yang dipetik dari EP terbaharu nie jugak iaitu Risk It All, Gadis-gadis, Fallback dan Rock 'n' Roll Juliet. Tak lupa juga masa starting depa mula dengan intro Power Rangers, tapi ditukar kepada 'Go Go Scarlet Heroes!!'. Manakala 1 lagu yang tak dimainkan aritu ialah The Cure.

   Muzik depa(dari pandangan aku yang kurang arif tentang muzik) masa mula-mula dengar macam dengar Simple Plan pun ade(ade kaitan ker??), tambahan lirik mereka secara kasar berkisarkan cinta. Tetapi selepas beberapa kali sesi terapi dengan EP nie aku pun mula dapat melihat kelainan yang mereka tampilkan. Antaranya ialah lagu depa nie boleh kata panjang-panjang jugalah. Tapi bukan macam Metallica yang sampai 10 minit tuh!! Adalah 3-6 minit.. Ada solo gitar, masih boleh layan solo si Shymi. Vokal tak payah sembang lagi laa kan. Secara kasarnya aku dengarkan EP depa nie seperti rilisan dari band yang dah lama dalam industri. Tak nampak kecacatannya. Nampaknya depa nie serius dengan hala tuju yang dipilih dan ada harapan untuk sukses!!

   Owhkay aku nak sembang sikit pengalaman aku dengan drummer Scarlet Heroes, saudara Bizee semasa gig Bunkface di Tambun. Bizee nie Melayu okay, malah ramah orangnya. Masa temankan adik aku nak beli EP nie, selepas sesi autograf dan fotografi tak formal, dia nie sempat juga menyapa aku dan adikku nie. Adalah dia tanya datang dari mana, naik apa, sekolah macam mana, disertakan dengan kata-kata nasihat dimana waktu sekolah adalah waktu paling menyeronokkan. Tak sangka pulak dia pun ambik tingkatan 6 macam aku. Menyesal jugak tak tanya banyak soalan aritu. Haa...nasib baik teringat, masa mula-mula nak mintak autograf tu, si Jah(gitaris) sempat menegur aku selepas ternampak t-shirt Slipknot yang aku pakai haritu. " I like your shirt man, that fucking awesome!! ", sambil nenunjukkan gambar Mick dan bercakap kepada Shymi tentang Slipknot. Heheh...

   Terbaharu depa sekarang sedang giat melakukan persembahan di Indonesia. Dan telah melancarkan 2 buah videoklip iaitu Rock 'n' Roll Juliet dan Risk It All!! Aku sarankan kepada kome yang meminati muzik indie, marilah kita menyokong barangan buatan tempatan. Aku berpuas hati dengan "The Heroes Are Coming EP", aku berpuas hati dengan Scarlet Heroes!! Tekan LIKE!! =D





UPDATE !! (3/9/13)
Sebelum nie aku ade letak blog post nie kat page Scarlet Heroes dan tanpa disangka-sangka si Jah kemudiannya diikuti oleh Bizee telah memberikan komen dan ucapan terima kasih kepada aku atas penulisan aku nie. Waw!! Tak sangka giler dohh!! Haha sememangnya ahli-ahli band nie ramah dan mesra dengan para peminat mereka( list lagu masa gig tu pon depa yang bagi), sesuatu yang bagus bagi sebuah band yang sedang meningkat naik. Tapi harap-harapnya sikap ini akan terus berkekalan sehingga mereka berada di tahap tertinggi. Malah bukan itu saja, depa pon ada post satu wallpost bagitau pasal blogpost aku nie... Waaa terharunya, macam nak nangis jaa...huuuu You are the true hero!!, itulah apa yang tertulis dalam wallpost tersebut...anyway tanks Scarlet Heroes, you guys also made my day!! =D





No comments:

Post a Comment