Assalam Semua !!
Semalam aku bersama beberapa kawan form 6 aku baru melakukan sesuatu yang agak baik jugaklah, iaitu menderma darah. Buat pengetahuan kome ini adalah kali kedua aku menderma darah. Pengalaman pertama aku adalah pada tahun lepas yang diadakan di sekolah.
Bagi kali ini aktiviti ini telah diadakan di ruang legar AEON Station 18. Bermula pada pukul 10.30 a.m hingga 3.00 p.m, aktiviti ini turut disertai oleh beberapa kawan form 6 aku yang lain yang secara sukarela membantu. Aku pun sebenornye nak jugak ikut tolong tapi sebab takda pengalaman jadi terpaksalah membatalkan hasrat aku tu. Aku bersama 3 orang kawan datang ke AEON pada pukul 10.30 a.m. Tapi sebelum menderma kami pergi jalan-jalan kejap.
Masa kami sampai pun dah ramai orang beratur, jadi tanpa membuang masa kami terus mendaftarkan diri. Disebabkan ramai jugak orang yang beratur nak derma darah jadi aku ambil keputusan untuk check mata dulu. Lepas check mata terus pergi check tekanan darah kemudian check darah boleh ke tak nak derma aritu dan ambil barang-barang kelengkapan menderma darah. Lama juga aku berdiri, dan ada jugak berlaku sedikit kekecohan tapi masih boleh dikawal. Kemudian sampailah waktu aku mendermakan sedikit darah aku untuk digunakan oleh mereka yang memerlukan.
Berdasarkan jumlah penderma pada waktu aku sampai semalam, kebanyakannya adalah berbangsa Cina. India pun okay la jugak..Melayu?? Bukan nak kata takda langsung sebab aku dengan kawan-kawan aku nie pun Melayu kan tapi macam tak banyak sambutan jer. Ada pun dok langut je masa naik turun ekskolator. Teringat aku kata-kata seorang akak yang bertugas semalam dimana dia berpesan pada aku agar terus menderma darah walaupun selepas sambung belajar nanti. Sepatutnya masyarakat kita perlu ada kesedaran untuk menjalankan tanggungjawab yang tidaklah sesusah mana. Aku faham ada yang nak derma tapi mungkin ada kesulitan macam seorang kawan aku nie, dah beriya-iya dah nak derma tapi tak dapat derma sebab darah takmau keluar katanya.
Azam aku adalah untuk terus menderma darah untuk kegunaan masyarakat Malaysia yang sangat memerlukan. Lagipun banyak kelebihan jika kita menderma darah nie. Kome yang nak tau perkembangan event-event seperti ini boleh merujuk kepada laman FB : Ipoh Blood Donation. Menderma darah amat menyeronokkan!! =D
No comments:
Post a Comment