Saturday, 21 September 2013

#TWTUP IPOH 2013


Salam Semua !!
Pada tanggal 14 September yang lepas, telah berlangsungnya sebuah acara yang diadakan di P.O.R.T, iaitu TWTUP IPOH 2013.  Untuk pengetahuan kome yang berada di luar Perak mahupun Ipoh, P.O.R.T adalah singkatan kepada People of Random Talents dan bangunan ini terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, memang dekat dengan rumah aku. Ini merupakan pengalaman pertama aku menghadiri acara Twtup, malah ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke P.O.R.T.




   Perihal acara ini aku ketahui melalui page FB band Popkonspirasy dan Bittersweet. Melihatkan nama Bittersweet itu telah memikat hatiku untuk mnghadiri acara ini. Maka aku bersama seorang rakan baikku yang juga pertama kali menghadiri acara seperti ini telah menjejakkan kaki ke sana pada waktu selepas zohor. Acara ini bermula seawal 10 a.m hinggalah tamat acara. Semasa kami sampai di sana pun memang dah ramai orang, kereta dan motor berderet di tepi jalan. Di sana terdapat beberapa buah khemah yang menempatkan booth-booth jualan seperti tudung, t-shirt, cd, khidmat fotografi dan lain-lain. Pertama sekali kami singgah di booth myHarapan, iaitu sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan. Di situ kami telah melibatkan diri dalam kuiz yang diadakan, yang menawarkan hadiah yang agak menarik. 6 soalan mudah berkenaan negara kita, siapa yang berjaya menjawab kesemua dengan betul dan terpantas dikira pemenang. Selepas pukul 5 diumumkan pemenang, kami masing-masing berjaya memperolehi hadiah, dimana aku di tempat ke 4 dan kawan aku ditempat kedua( tapi tak dapat hadiah tempat kedua sebab masa depa call dia tak jawab, jadi hadiah bagi orang lainlah).







   Kemudiannya kami bergerak ke booth yang lain, dan yang menarik minat aku ialah booth Abstrax Jingga dimana terdapat t-shirt Tun Dr Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz yang berharga RM 50. Kebanyakan booth yang ada disana adalah berkaitan dengan pakaian dan beberapa benda lainlah seperti booth Smoosh, Rumitojawi dan Switch Hero. Masa jalan-jalan tu adalah jugak beberapa lukisan grafiti yang bertemakan Twtup dan kemerdekaan. Juga lukisan-lukisan tangan daripada pelukis-pelukis tempatan yang aku tak kenal langsung. Tengah asyik tengok brader-brader yang sedang tekun melukis grafiti tu ternampak pulak ada satu lagi booth kat sebelah tempat grafiti tu. Rupa-rupanya booth Smoosh dan disini jugalah aku berasa sangat teruja bila nampak cd Massacre Conspiracy : The Lost Holocaust yang aku memang tengah cari gila!! Wawww!! Aku tengok-tengok dulu, pusing tempat lain kejap pastu terus beli cd tu. Memang berbaloi!!

Cd MC16 tu aku beli kat sinilah.



   Disamping booth-booth dan persembahan band juga diselitkan dengan acara demostrasi basikal BMX serta pertandingan skateboard dan game Dota + PES. Lepas puas pusing-pusing, kami pun menuju ke pentas utama dimana sedang beraksi sebuah band yang aku tak tau. Kemudian Kill My Bride mengambil tempat. Ini adalah pertama kali aku menonton aksi band yang berasal dari Batu Gajah nie. Sempat berseloroh "Kami bukan Lamb of God!!" sebelum menyampaikan beberapa buah lagu seperti Gelora dan Kill My Bride. Mereka juga sempat menyatakan kepada vip bahawa muzik seperti mereka bukan seperti yang sering dihebahkan dalam sesetengah akhbar dan majalah "M".


Suasana Panas Ketika Kill My Bride di Pentas.
Popkonspiracy Tetap Rock Walau Dalam Hujan.

   Antara persembahan yang aku tunggu adalah dari band Popkonspiracy. Malangnya masa depa mula hujan dah mula turun. Lebat jugalah. Beberapa kali Putu Ceri selaku vokalis memanggil penonton agar tidak menghiraukan hujan dan datang ke depan pentas. Namun hanya beberapa orang yang berhati kental saja yang datang. Seterusnya aku mengajak kawanku ke booth yang menempatkan dj-dj Malaya. Ipoh Dubstep. Aku kurang pasti terma ini merujuk kepada satu band atau angkatan dj-dj Ipoh seperti Ipoh Metal Militant. Semasa sampai Abducted Mind sedang menghangatkan suasana bersama beberapa orang dj dan seorang beatboxer Malaya yang terkenal jugalah, tapi aku taktau namanya.(trademark dia selalu pakai sarung tangan kanan warna hitam putih petak-petak). Masyuk jugak layan lagu-lagu yang depa mainkan, dah macam Skrillex pun ada.






   Menjelang malam, hujan masih renyai-renyai. Lebih kurang jam 8.30 3 Swagger naik ke pentas ditemani seorang jelita. Set malam itu kelihatan seperti The Fabolous Cats. Mendendangkan lagu berentak dance, ketika lagu Apa Celop, depa ubah tagline korus jadi Apa Celop Yob!! Layan jugaklah walaupun macam tak masuk pulak persembahan depa pada aku. Depa jugak ada melemparkan beberapa t-shirt Suara Generasi dan aku pun dapat masa Cat campak. Malam tu Cat melemparkan 2 topi dia kepada penonton. Untungler sapa yang dapat. Selepas 3 Swagger Da Vagabonds mengambil tempat. Diketuai Noh Hujan, ini adalah persembahan pertama bagi band yang juga disertai oleh Henry Bittersweet. Apa yang menarik perhatian aku adalah gitar bass yang dikendalikan oleh seorang wanita. Antara lagu yang dimainkan yang sempat aku dengar tajuknya ialah Galatica dan Disko. Aku dah makin letih.











   Pada saat tenaga aku semakin pudar, Harmacy mengambil alih pentas. Layan jugalah sebab gitarisnya suka buat efek dan aksi last-last vokalisnya nampak "superstar". Akhirnya...saat yang ditunggu-tunggu, Bittersweet muncul dipentas. Lengkap dengan pakaian serba hitam, dengan spek mata depa mula dengan into instrumental tanpa Fizan di posisi vokal. Masa masuk lagu Midnight Tripping barulah dia naik pentas dengan gaya secara personal pada aku seperti Gerard Way (My Chemical Romance). Kebanyakan lagu yang dimainkan adalah dari album Empire Transition seperti Khight of Round Table, 1234, Secrets, Shiver, Burn It Down(Burn Berlin Down?) dan juga beberapa lagu lama seperti A Perfect Match dan lagu wajib, Kucing Hitam. Masa lagu Kucing Hitam aku layan habis giler. Lompat hanguk kepala nyanyi sekalilah, dalam masa tu jugak aku dapat godies Puma yang dilontarkan depa. Masa tu aku dengan terkejut terus tunjuk kat orang sebelah aku, yang memandang aku. Haha terbangga kejap aku. Saat yang agak emosi semasa lagu Secret dimana sebelum depa main lagu nie, Fizan mewakili band ini mengucapkan terima kasih kepada para peminat mereka kerana tanpa peminat mereka tidak akan berada disitu hari itu. Persembahan mereka diakhiri dengan A Perfect Match yang sangat sesuai dengan mood lagu tersebut. Persembahan bunga api yang sepatutnya ada terpaksa dibatalkan sebab cuaca macam nak hujan je. Malam tu aku puas hati giler dengan persembahan Bittersweet, dengan set lagu yang banyak jugalah dibandingkan masa Bunkface Tour dulu. Aku pun dengan gembira pulang ke rumah dengan kepala mendap+sejuk sebab topi keledar dah banjir dek air hujan.. Sekian. =)

No comments:

Post a Comment