Assalam Semua !!
Wow...dah lama jugak rupanya aku tinggalkan halaman luahan perasaan aku nie, hal maklumlah sibuk katakan. Heheh Tapi takpalah tanpa membuang masa hari nie aku nak berkongsi dengan kome tentang cd yang paling baru dalam koleksi 2013 aku. Pernah dengar band SevenCollar T-Shirt ?? Band yang dibarisi oleh Saiful Ridzuan(vokal+gitar), Muhammad(gitar), Adil Ali(dram) dan Keng Lee di posisi bass. Telah menerbitkan 3 album selama lebih 10 tahun mungkin dalam industri, iaitu Freeway, Dreaming & Broke, Drones dan yang paling terkini iaitu The Great Battle. Nak kata baru pun taklah sangat sebab album nie dah rilis pada 5 November 2009, sehari selepas hari jadi aku. Aku mula dengar lagu depa dari filem KIL, dimana dalam satu babak ada guna lagu Lights sebagai muzik latar.
Aku beli cd nie secara online dari laman web Laguna Music dimana depa ada buat promosi sempena 10 tahun syarikat nie ditubuhkan. Jangan terkejut sebab cd nie aku beli dengan harga hanya RM10, iaitu kurang sebanyak RM19.90 berbanding harga sebenarnya iaitu RM29.90. Cuma tambah RM5 untuk caj penghantaran. Aku dengan terujanya pun orderlah sebab album nie memang aku cari sejak kali pertama dengar lagu Lights dalam filem KIL. Selepas 9 hari menunggu penuh sabar, akhirnya cd The Great Battle berada dalam genggaman aku.
Secara keseluruhannya, pakej album ini amat berbaloi dengan nilai yang ditawarkan. Dari cover luar hingga ke inlay dalam memang lengkap jugaklah sebab disertakan dengan lirik. Bagus sangat depa sertakan lirik sebab bolehlah aku kaji dan memahami apa yang diungkapkan oleh Duan nie kan. Mengambil tema hitam+putih+biru sebagai warna tema, kualiti pakej bungkusan cd nie memang baguslah sebab walaupun label indie tapi tetap mampu hasilkan suatu pakej yang menyedapkan hati tika menatapnya.
Kemudian kita beralih pula kepada muziknya. Menurut pembacaan aku dalam majalah ROTTW, muzik depa nie sukar diterima umum sebab terlalu tinggi nilai seninya, senang kata muzik depa nie bukan jenis yang simple dan easy listening, dan mungkin bukan radio friendly bagi sesetengah individu. Tema album ini banyak berkisar tentang kemarahan, kesedihan, suasana kelam atau yang sewaktu dengannya. Bunyi alat muzik yang kedengaran dalam album nie hanyalah 2 gitar, bass, dram dan mungkin sedikit sentuhan synth/keyboard. Rentak keseluruhan album nie boleh aku simpulkan sebagai naik-turun-naik-turun. Sebab pada track TET Offensive, Lucky You, Wild Child, December dan Exiled rentak permainan depa mampu membuatkan kita menganggukkan kepala, menghentakkan kaki mengikuti irama muzik. Manakala bagi track seperti Fibres, The Foreigner, A Dissappearing Act, Lights dan track berhantu Fragile akan membawa kita menuju ke suatu lembah berbelah bahagi jiwanya, sedih, marah dan juga damai. Kekaguman aku terletak pada suara Duan yang tidak statik ataupun ada kelainan berdasarkan setiap lagu-lagu yang dinyanyikan, mungkin disebabkan penghayatannya. Gitar Ham memang terkenal dengan efek-efek menariknya, walaupun takda solo-solo maut. Permainan dram Adil yang kemas dan bunyi bass Keng menglengkapkan melodi yang wujud dalam album nie.
Satu yang aku suka dengan muzik depa ialah lirik depa yang sangat mendalam dan tersirat maksudnya. Bukan macam sesetengah pemuzik masa kini yang lebih gemar membuat lirik kisah cinta yang sangat umum maksudnya, sekali baca dah faham. Satu cabaran bagi pendengar yang suka meneliti kontent lirik yang diungkapkan dalam setiap lagu-lagu dalam album nie. Dan aku sangat sukakannya kerna ini akan memberi suatu pengalaman yang menarik untuk mendalami maksud yang tersirat dalam setiap lagu. Jadi perhatian kepada pendengar yang sukakan lagu-lagu easy listening sebab album nie mungkin kurang sesuai untuk kome.
Pada aku, kesemua lagu aku suka cuma yang paling suka adalah Lucky You, Fragile, The Foreigner, Wild Child, December dan Lights, manakala yang paling kurang minat adalah Exiled. Walau bagaimanapun, aku tetap mampu menghayati keseluruhan album nie sebab pengalaman mendengar seluruh album itu lebih menyeronokkan berbanding hanya mendengar single-singlenya bukan ?? Walaupun agak lambat aku mendapatkan album ini tetapi rasanya masih belum terlambat untuk aku sarankan kepada kome untuk mendapatkan album ini sebagai koleksi dan tanda sokongan terhadap industri muzik tempatan, terutama yang bergerak secara indiependent. Believe me, The Great Battle is The Great Album. Sekian.
Single Pertama : Wild Child (Here For You)
Single Kedua : Fragile
No comments:
Post a Comment