Melihatkan
kelainan yang terkandung dalam album A
Thousand Suns, aku menjadi yakin yang rilisan seterusnya bakal membuat kejutan
kepada semua. Malah selepas melihat cover album dan snipet Burn It Down di
laman sesawang mereka menambahkan kepercayaanku. Akan tetapi, rasa itu kian
goyah apabila aku mendengarkan keseluruhan lagu Burn It Down itu. Tidakku
nafikan yang lagu tersebut memang menarik dan sesuai dimainkan di pentas tarian,
tetapi aku gagal mencari kelainan di situ. Idea muziknya seakan-akan sama
seperti A Thousand Suns. Kemudiannya aku dikejutkan pula dengan khabar yang
mengatakan album terbaharu ini hanya berdurasi dalam 30 minit lebih. Dan pada
waktu itu jugalah baru aku sedar yang album Hybrid Theory dan Meteora juga
punya durasi yang hampir sama.
Di laman sosial hangat memperkatakan album
terbaharu yang jangka masanya hanya mungkin 2 tahun dari album sebelumnya. Maka
tibalah tarikh keramat album berjudul Living Things dipasarkan. Aku membelinya
pada tarikh rasmi rilisnya album tersebut. Memang teruja semasa membelinya
kerana aku ingin merasai “feel” yang sama seperti pertama kali aku mendengar A
Thousand Suns. Bukan dari segi muzikal tetapi kelainan yang dibawanya. Lost In
The Echo membuka bicara. Keterujaanku hanyalah pada intronya. Apabila masuk
rapping Mike, semua rasa itu sedikit demi sedikit jatuh sama seperti gambar
cover album ini. Pada sesetengah lagu wujud juga kelainan seperti Castle Of
Glass, Victimized, Until Its Break(Brad Delson menyanyi disini) dan mungkin
Skin To Bone tetapi aku dapat merasa kehilangan, tetapi tidak tahu apakah ia.
Mungkin album sebelum ini adalah album konsep dan lagunya bersambung-sambung
manakala album baharu ini pula lebih kepada individu maka itu yang membuatkan
aku berasa janggal. Akhirnya, aku gagal
merasai pengalaman yang sama seperti mana pertama kali mendengar A Thousand
Suns.
Akan tetapi seperti biasa, sedikit demi sedikit aku hadam album ini,
tambahan pula rakan-rakan sekelasku juga menyukai album ini. Ayahku juga
memberi komen yang bunyian dalam album ini adalah recycle sahaja. Entahlah,
tetapi menurut Linkin Park sendiri mereka menyatakan yang album ini adalah
gabungan semua muzik yang berkaitan dengan Linkin Park tetapi dengan cara yang
baharu. Bertambah kecewa apabila tiada dvd pembikinan dan pakej cdnya juga
kurang menarik. Pada saat ini aku mula risau akan masa depan Linkin Park.
Di laman
sosial Facebook, You Tube, ada yang mencintai dan tidak kurang juga yang
membenci. Aku berada di tengah-tengah, antara suka dan tidak suka. Sebagai
seorang yang sudah lama mendengar muzik mereka malah sejak kecil mereka menjadi
inspirasiku menerusi muzik mereka, walau bagaimanapun muzik mereka berevolusi
aku akan tetap menyukainya walau mengambil sedikit masa. Sukar bagiku untuk
terus membenci mereka kerana lagu-lagu mereka banyak memberi inspirasi dan juga
“radiofriendly”.
Terkini Linkin Park melakukan kolaborasi dengan dj Stevie Aoki
menghasilkan single A Light That Never Comes. Seperti yang ku alami ketika
mendengar snipet Burn It Down, keterujaan itu hanyalah seketika. Apabila
mendengarkan lagu yang penuh ia bukan seperti yangku bayangkan. Single baharu
ini memang menarik, tetapi dimana kelainannya ?? Adakah menerapkan bunyian
dupstep atau beat tekno yang biasa kita dengar dalam lagu-lagu Stevie Aoki atau
David Guetta itu suatu pembaharuan ?? Bagi sesetengah peminat mungkin ya tetapi
bagiku jawapannya tidak. Sesuatu yangku takuti akhirnya berlaku. Muzik Linkin
Park menjadi semakin tepu, seakan-akan mereka mahu mengekori genre muzik
dupstep dan tekno bukannya muzik Linkin Park itu sendiri.
Akhir
sekali, berkaitan album Recharged. Walaupun masih belum mendapatkan album
tersebut, aku ada mendengar beberapa lagu remix yang ada dalam album ini.
Teruk. Itu sajalah yang dapat aku ungkapkan ketika mendengarkan beberapa lagu
di You Tube. Aku fikirkan A Light That Never Comes merupakan sesuatu yang teruk
namun ada lagi yang lebih teruk. Dj-dj dubstep telah merosakkan lagu-lagu
mereka dan menjadikan sebuah album. Adakah ini berbaloi ?? Kini tanggapanku
makin goyah dan berubah. Wujud persoalan di kotak fikiranku, mampukah Linkin
Park mencipta keajaiban sekali lagi ?? Ada aku terbaca yang album seterusnya
iaitu pada tahun hadapan tidak akan berbunyi seperti Living Things mahupun
Recharged. Sejauh manakah janji itu ?? Hanya album terbaharu itu nanti dapat
menjawab sama ada Linkin Park masih mampu mencipta kelainan ataupun terus
hanyut dengan muzik yang bersifat komersial. Sekian.
jom join http://artisarainbow.blogspot.com/2013/11/anniversary-giveaway-by-anadiera.html
ReplyDelete