Sunday, 6 October 2013

KL GANGSTER 2


WARNING : SPOILER MAYBE !!
Assalam Semua !!
Akhirnya.. detik yang ditunggu-tunggu datang juga. 3/10/13..detik bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia yang belum menonton filem KL Gangster 2 termasuklah aku. Gempar 1 Malaysia dek kontroversi tersebarnya bahagian filem ini yang masih belum diedit sepenuhnya. Aku dan sahabatku mengambil cabaran untuk tidak menonton filem ini dalam bentuk digital sehinggalah waktu tayangannya di pawagam. Disaat rakan-rakan sekelas sedang galak menonton dalam netbuk mereka, kami terus utuh menahan diri daripada menontonnya. Hehehe...

   Maka pada hari kedua tayangan filem ini yang bersamaan dengan hari Jumaat, aku dan sahabatku serta seorang lagi rakan yang telah menonton terlebih dahulu versi digital filem ini namun masih mahu merasai pengalaman menonton dalam versi terakhir. Nak bayar duit Syamsul katanya. Hehe. Secara keseluruhan, aku amat teramat amat berpuas hati dengan hasil buah tangan anak teruna Dato' Yusof Haslam nie. Tak mahu bercerita panjang tentang sinopsis kerana pasti ramai yang dah tau kan jalan ceritanya macam mana. Aku disini berani mengatakan KL Gangster 2 adalah filem terbaik 2013 selepas filem KIL. Sebab apa ?? Meh sini aku jelaskan....


   Perkara yang pasti menarik anak mata kita para penonton untuk terpaku dihadapan skrin adalah aksi-aksi yang ditawarkan, dari sudut pergaduhan, dialog, watak dan juga kemusnahan yang berlaku. Kali ini Syamsul menambah durasi filem ini kepada 1 jam 50 minit bagi memastikan setiap babak berjalan dengan flow yang tenang dan tak tergesa-gesa. Boleh dikatakan hampir setiap babak adalah pergaduhan, hanya beberapa babak je diselangi dengan jenaka, emosi dan babak-babak penting yang mengerakkan filem ini. Syamsul bijak dalam mengolah cerita asal pembabitan Malik dalam kancah gangsterism.


   Aku nak menyentuh tentang tema kekeluargaan yang diketengahkan Syamsul iaitu konflik dalam keluarga Malik yang mana bapanya meninggalkan mereka sekeluarga akibat hutang. Pemilihan pelakon sampingan juga bersesuaian kerana tidak melebih-lebih menangisnya. Sejujurnya aku tersentuh dengan kisah hidup Jai yang menanggung beban hutang bapanya seorangan tanpa pengetahuan Malik dan ibunya sendiri. Babak yang aku rasa sayu melibatkan Jai adalah babak pertama sekali ibunya dimasukkan ke hospital dimana Jai dimarahi Malik hingga Malik mengelarkan Jai anak yang menyusahkan ibunya sahaja. Satu lagi masa Jai cuba nak jelaskan kat ibu dia apa yang dia buat. " Biar Jai je yang jahat. " Dialog Jai kepada ibunya. Sesungguhnya watak Jai kali ini banyak melibatkan emosi dan bukan aksi semata-mata.


   Penyeri filem ini sudah tentulah watak Fadil a.k.a Abang Long Fadil. Kali nie lawaknya banyak dan ada jugaklah satu babak si Fadil nie berlawan...erm boleh kira lawan ker ?? Dari pengamatan aku, kebanyakan dialog para gangsters dalam filem ini seakan-akan berpantun pun ada, sebab bait kata-kata depa nie berirama. Ini sekali gus menyuntik elemen humor secara tak langsung pada akulah. Nak tau camne tengok sendiri kat wayang.

   Watak Tailong sebagai evillion dalam filem nie amat mengagumkan. Tak sangka Rosyam Nor dalam usia yang semakin menghampiri usia otai masih punya kuderat untuk membawakan watak yang sangat jahat, ganas, keji untuk filem nie. Tak sia-sia Syamsul ambik Rosyam Nor yang memang menghayati wataknya. Penangan orang lama katakan.Sanggup tuu jilat muka orang untuk watak nie. Hehe. Aku suka intro Tailong masa nak pancung orang tu.


   Kali nie watak Shark berambut panjang dan lagi ohwsem dari KL Gangster 1. Taktau kenapa tapi aku suka watak dia nie. Mungkin sebab aku suka watak-watak jahat nie kot, lagi-lagi rambut dia tu. Tapi geram dengan kejahatan dia nie yang mendajalkan si Malik. Malik pulak nampak macam takda perubahan pun dalam KL Gangster 1 dengan KL Gangster 2, cuma aku seronok tengok babak dia mengamuk sebab ada ketua geng lain taknak ikut geng dia. Pastu babak mase Jai bawak ibu depa tengok Malik tengah belasah budak-budak Tailong, dan masa tu pulak si Shark tiba-tiba pergi tembak salah seorang dari depa. Terkejut ibu depa tu...

   Jom sembang jap pasal kemusnahan yang berlaku dalam filem nie lak. Yang paling banyak mestilah kereta-keretanya, tapi takdalah Hummer tu pon diletupkan. Kali ini, banyak jugalah aksi yang tak dijangka boleh dilakukan di Malaysia seperti kereta jatuh bangunan, kontena jatuh (sambil Syamsul lari dari ke timpa lagi) dan kereta polis dipecah dan diterbalikkan. Wow...agak kontroversi jugak babak tu, nasib baik takdalak isu kata menghina polis pulak. Heheh...

   Kesimpulannya adalah, aku tersangat-sangat bangga dengan Syamsul Yusof kerana berani melaburkan kos yang tinggi bagi menghasilkan filem yang sangat-sangat mantap. Rasa-rasanya dapat juga balik modal dan menang anugerah. Aku jugak suka dengan idea kekeluargaan yang dipaparkan, mengingatkan aku filem Scarface lakonan Al Pacino dimana apa persamaan watak Tony Montana yang walau gengster pailang tapi masih ada sifat kemanusiaan dan sayang akan adiknya, sama seperti watak Malik. Begitu juga dalam babak Zeti dirogol Tailong dihadapan Jai, sejahat-jahat Jai masih ingatkan Tuhan hingga dia menyebut kalimah "Allah" kerana terlalu sedih dan marah.


   Inilah kali pertama aku rasa puas hati dan berbaloi tengok wayang filem Melayu. Aku juga berharap legasi KL Gangster tidak akan mati sehingga sini sahaja. Aku juga berharap Syamsul Yusof tabah dan kembali bersemangat semula untuk menghasilkan karya-karya hebat yang dapat menyaingi filem antarabangsa. Bersemangatlah kembali. Serius cakap, bukan bodek tapi aku rasa KL Gangster 2 lagi best jalan cerita dan aksi berbanding Expandables 2 walaupun dari segi prop Hollywood boleh celen kita. Akhir sekali, sokonglah barangan buatan Malaysia. =D



 

 

1 comment: