Thursday, 1 December 2011

CHUCKY

   Watak Chucky dari siri francais filem Child's Play merupakan antara watak seram yang
saya minati pada suatu masa ketika dahulu.
 
   Rasanya pasti ramai yang mengenali watak ini yang sebenarnya bernama Charles Lee Ray,seorang pembunuh bersiri.Sewaktu melarikan diri dari polis,dia terkena tembakan dan sedang nyawa-nyawa ikan.Lalu dia meluru masuk ke sebuah kedai permainan kanak-kanak.Mengetahui ajalnya kian hampir,dia menggunakan ilmu voodoo yang dipelajarinya untuk memindahkan rohnya ke sebuah anak patung bernama Good Guys.Patung ini kemudiannya dibeli oleh ibu kepada Andy,kanak-kanak pertama yang mengetahui rahsianya.Tinggal di dalam patung tersebut nyata memberi risiko apabila jika rohnya terlalu lama dalam patung itu,dia akan kekal menjadi anak patung tersebut.Untuk menjayakan hasratnya,dia perlu memindahkan rohnya ke dalam jasad orang pertama yang mengetahui rahsianya iaitu Andy.Maka bermulalah misinya untuk memburu Andy yang akhirnya membawa kepada kematiannya.

   Kematiannya tidak lama apabila dalam filem keduanya,Child's Play 2 jasad patungnya dibina
semula oleh syarikat pengeluar mainan tersebut.Kini Andy tinggal bersama keluarga angkatnya kerana
ibunya dituduh gila  apabila keluar cerita tentang Chucky.Chucky berjaya menemui Andy apabila menyamar
sebagai patung Good Guys yang sebenar di rumah keluarga angkat Andy.Klimaks filem ini membawa penonton ke tempat Chucky dihasilkan,di kilang Play Play Dolls.Disinilah tempat Chucky mati setelah tewas
kepada gandingan Andy dan kakak angkatnya.
  
   Filem ketiganya,Child's Play 3 menyaksikan pemburuan terakhir Chucky terhadap Andy yang kini sudah
dewasa dan dimasukkan ke kem tentera.Chucky telah dihidupkan secara tidak sengaja apabila darahnya
telah bercampur dengan acuan membuat patung Good Guys.Pada filem ketiga ini Chucky dilihat seperti
tidak lagi menakutkan disebabkan beberapa aksinya yang tidak masuk akal.Antaranya,Chucky mengirim
pakej dirinya kepada Andy di kem tersebut.Chucky juga ada bercakap "Sayonara" kepada mangsanya.
Filem ini merupakan titik permulaan kejatuhan krebiliti Chucky sebagai pembunuh kelas A.
  
   Krebiliti Chucky dijatuhkan lagi dengan filem keempatnya,Bride Of Chucky.Lihat sajalah pada tajuknya
sudah menunjukkan kemerapuan filem ini.Chucky dihidupkan semula oleh kekasihnya yang juga psiko sepertinya,Tiffany menggunakan teknik voodoo.Tiffany yang marah dengan Chucky apabila tidak menghargai cintanya telah membuli Chucky.Marah dengan tindakan Tiffany,Chucky pula memindahkan roh Tiffany ke dalam sebuah patung selepas membunuhnya.Lantas,wujudlah pasangan patung pembunuh.Misinya kali ini untuk pergi ke kuburnya untuk mendapatkan loket yang boleh memindahkan roh mereka ke jasad manusia.Mereka menumpang secara senyap van pasangan remaja yang ingin kahwin lari.Filem ini juga memaparkan babak-babak yang lebih lucu dari menakutkan.Tetapi saya pernah terbaca di internet bahawa genre filem ini adalah komedi seram.Nampaknya Chucky sudah bosan dengan kehidupan kejam agaknya.
 
   Filem kelima Chucky,Seed Of Chucky rasanya antara yang paling dikenali berbanding pada zaman Child's Play.Kebanyakkan rakan-rakan saya mengenali watak Chucky menerus filem ini.Perubahan genre filem Chucky jelas pada filem ini.Lebih banyak babak lucu yang terdapat dalam filem ini.Chucky dan Tiffany telah menjadi pelakon filem di Hollywood dalam filem ini.Filem ini juga memperkenalkan watak baharu iaitu anak Chucky dan Tiffany.Jika anda tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh terjadi,filem keempat adalah jawapannya.Anak mereka,Shitface ataupun Glen jika dipanggil Chucky dan Glenda jika dipanggil Tiffany.Mereka menghadapi krisis apabila anak mereka tidak mempunyai jantina.Kelebihan pada filem ini terletak pada temanya yang ada unsur kekeluargaan dan harga diri.Filem ini terus merapu dengan memaparkan kegatalan Chucky pula.Bagaimana gayanya anda tontonlah sendiri tetapi filem ini lebih menarik dari Bride Of Chucky.

Masa zaman muda-muda.

   Pada saya,Chucky antara ikon seram pada zaman Child's Play tetapi sedikit demi sedikit nilai seram itu jatuh pada setiap filemnya.Sejujurnya,keseraman Chucky dahulu membawa saya ketakutan hingga ke dunia realiti.Tetapi kini,saya tertawa menonton filem-filemnya.Tetapi filem keduanya antara yang terbaik dari segi jalan cerita dan kesan khasnya.Kebanyakan filem akan menjadi kurang menarik apabila mempunyai siri yang terlampau panjang seperti trilogi Chucky ini.Tetapi ada juga yang berjaya seperti trilogi Saw.Penulis skrip perlu bijak mengarang skrip filem trilogi agar tidak menjadi semakin membosankan.
Keluarga Bahagia.

2 comments:

  1. hahaha ada cd citer ni. dulu lah suke gak tgk. seram tu mmg seram. dh la muke chucky berjahit sana sini. huduh benor. hahaa tp bini dia lawa but kejam macam dia ! haahaha anak dia x comel !!!

    ReplyDelete
  2. Cuber ae cri yg lame2 nyer,prefer yg kedua nyer..best

    ReplyDelete