Monday, 26 December 2011

JOURNEY TO THE MALACCA:DAY 1

   Perjalanan pada hari pertama agar malang juga bagi saya kerana berhadapan dengan beberapa situasi yang tidak bernasib baik antaranya sakit perut.Saya amat benci jika melancong dengan keadaan begini.Amat menganggu konsentrasi untuk berseronok.Perjalanan dari rumah bermula pada pukul 7 lebih.Kemudiannya kami singgah bersarapan di warung Wi-FI mamak di Gopeng.Kemudian perjalanan diteruskan hingga ke Tanjung Malim.

   Selepas Tanjung Malim,ayah saya mengambil jalan highway.Berada di dalam van nostagik yang sempit selama beberapa jam amat memenatkan kami sekeluarga terutamanya ayahlah selaku pemandunya.Kalaulah saya sudah berlesen,tentunya saya sebagai pemandu kedua.Semasa di highway Negeri Sembilan,angin halilintang boleh tahan kuatnya.Mujurlah tiada antara kami yang melayang ke angkasa.Selepas beberapa jam kami akhirnya sampai ke bandar bersejarah Melaka.

   Keadaan trafik di sepanjang jalan agak sesak mungkin kerana cuti Krismas jadi ramai keluarga yang datang ke sini.Selepas menghadapi beberapa dugaan di sebalik kesesakan,akhirnya kami sampai juga ke tempat penginapan kami iaitu di Hotel Accordian.Selepas selesai mengangkat barang ke bilik,kami terus bergegas mencari tempat makan.Semasa mencari-cari tempat makan kami sempat juga singgah di kawasan lepak untuk geng beca iaitu di  Stadthuys.Ramai juga orang di sana.Suasana riuh dengan muzik disco yang dipasang oleh penarik-penarik beca ini.Tidak faham saya mengapa segelintir dari mereka memasang lagu-lagu sebegini,bukankah lebih baik jika mereka memasang lagu-lagu yang lebih berjiwa rakyat agar dapat sedikit sebanyak memaparkan budaya kita.Kami berjalan kaki ke Mahkota Parade untuk makan tengah hari.Selesai menjamu selera di KFC,kami pun pulang semula ke hotel untuk berehat dan kaki saya juga telah melecet.







   Pada malamnya kami pergi ke Jonker Street.Masih berjalan kaki,kami melalui jalan yang bersebelahan sungai sambil melambai kepada bot yang masih berjalan menyelusuri Sungai Melaka sehingga pukul 11 malam.Tidak banyak juga yang boleh dilihat disini tetapi dapatlah juga saya membawa pulang dua helai
t-shirt.Kemudiannya kami pulang ke hotel dan dalam perjalanan pulang ke hotel kami telah terserempak dengan seorang India yang entah mungkin sedang mabuk agaknya,berkelakuan aneh dan melucukan.Akhirnya kami sampai ke bilik dengan selamat dan yang lain sedang nyenyak dibuai mimpi disamping saya yang masih segar menulis blog sehingga hampir pukul 2 pagi.







Iklan Penaja:Sayangilah Sungai Kita. =D

No comments:

Post a Comment