Monday 26 December 2011

FINAL DESTINATION 5

   Baru-baru ini saya telah menonton filem Final Destination 5.Pada mulanya saya kurang berminat dengan filem ini tetapi setelah menonton trailernya nampak seperti filem Saw,kejam dan brutal.Rakan kakak saya juga menyarankan agar saya menonton filem ini kerana dia mendakwa filem ini lebih bagus dari filem Saw.Setelah menontonnya,apa yang saya dapat rasakan adalah kehampaan dan penyesalan sahaja.

   Mengapa saya berkata begitu?Biar saya jelaskan sebab-sebabnya:
1.Jalan cerita yang lemah.
  Sudah banyak filem yang mengetengahkan watak sekumpulan remaja sebagai watak utama,seperti filem
  yang sebelumnya,cuma kelainan disini mereka sudah bekerja.Lagi satu,banyak juga babak yang tidak
  perlu atau penting diselitkan,mungkin mahu memanjangkan filem.Tiada unsur aksi di sini kerana watak
  hanya menjalani kehidupan harian sambil menunggu maut menjemput mereka dengan cara yang kejam.
2.CGI yang "kantoi" di sesetengah babak.
  Saya mengagak jika sudah 4 filem di keluarkan sebelum ini mungkin yang ke 5 akan menampilkan kesan
  khas yang lebih baik tetapi itu semua hanya angan-angan.Beberapa babak terutama yang melibatkan
  kecederaan jelas sangat CGI nya,sekali gus merosakkan mood saya untuk menontonnya.saya menganggap
  mungkin kesan khas filem ini sama hebat seperti filem Saw.Antara babak yang jelas sekali semasa
  babak jambatan runtuh pada awal filem.
3.Jalan cerita terlalu mendatar,penonton boleh menjangka apa yang akan terjadi.
  Sesiapa yang menonton filem ini tentu tahu apa yang bakal terjadi kepada watak-watak dalam filem ini
  bukan?Mati mengikut giliran.Walaupun ada juga sesetengah babak yang saya suka tetapi tidak cukup
  untuk memberi kejutan kepada para penonton,terutama yang fanatik dengan filem-filem brutal.Mungkin
  jika yang baru mula menjinakkan diri sahaja akan berasa ngeri menontonnya.Tiada babak yang bagi saya
  di luar jangka.
4.Durasi filem yang singkat.
  Filem ini terlalu singkat bagi saya kerana sedang asyik menonton hingga klimaks yang suam-suam kuku,
  tahu-tahu sudah tamat.Dapat di rasa kesingkatan filem ini.
5.Tiada motif dan pengajaran.
  Saya pun tidak tahu apakah motif filem ini sebenarnya,filem ini hanya "tunggu giliran untuk mati".
  Entahlah,saya pun pening untuk menrungkainya dengan kata-kata.Dimanakah nilai murni dan pengajaran
  dalam filem ini?Adakah filem ini hanya hiburan kosong tanpa mesej yang mendalam untuk para penonton.
  Mungkin pengajarannya adalah kita perlu bersedia menemui mati?Mungkin juga.
 
   Jadi konklusinya disini saya berpendapat bahawa filem ini bukanlah filem yang dapat memberi kesan yang
mendalam kepada penontonnya.Saya juga tidak menyangka filem yang sudah di terbitkan 4 kali sebelum ini
memberi efek kesan khas yang hanya begini.Tiada apa yang boleh diharapkan melalui filem ini.Saya menjangkakan yang lebih dari filem ini tetapi hanya indah khabar dari rupa.Jadi lupakan saja untuk menjadi sebahagian dari koleksi filem-filem saya.Rugi rasanya membelinya walaupun keluaran lanun(nasib baik beli yang lanun).

No comments:

Post a Comment