Thursday, 8 December 2011

DILEMAKU

Hype semua....
Sejak akhir-akhir ini,terutama apabila peperiksaan yang kian berada dipenghujungnya saya sering terfikirkan kehidupan saya selepas tamat persekolahan.Jika ditanya kepada lepasan SPM,sebahagian besar sudah tentu mahu melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.Begitu juga saya.Tetapi saya sekarang berada dalam dilema.

   Dilema yang saya maksudkan di sini,saya tidak tahu bidang apa yang patut saya pilih jika berpeluang melanjutkan pelajaran.Perlukah saya memilih bidang sains seperti mana kelas saya sekarang ataupun memilih bidang yang saya gemari,berkaitan seni.Saya juga keliru dengan apa yang saya ingin jadi dewasa kelak.

   Dilema dan kekeliruan ini semuanya berpunca dari hari saya melihat beberapa risalah kemasukan ke universiti untuk kakak saya.Ketika sedang leka membaca,saya terpandang ke sehelai risalah yang menunjukkan kelayakan untuk memasuki universiti tersebut.Di risalah tersebut tertulis,jika ingin mengambil bidang seni reka dan seni lukis perlu lulus matapelajaran seni atau lulus dalam satu ujian yang saya pun tidak tahu apakah dia.Masalahnya,saya berada di kelas sains.Semestinya matapelajaran seni tidak berada dalam pakej kelas saya itu.

   Sekarang saya berasa menyesal kerana memilih kelas kerana kawan dan bukan kerana apa yang saya mahu jadi dewasa nanti.Satu lagi,kadang kala saya berasa tidak yakin untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni lukis jika boleh kerana saya berpendapat yang saya tidak cukup berbakat dan layak untuk belajar dalam bidang tersebut.Tetapi jika saya ingin menukar bidang yang saya mahu pilih,bidang apa lagi yang saya boleh pun?

   Pening sepeningnya.Inilah akibatnya jika sering bermain tanpa memikirkan masa depan.Ada saya terfikir untuk menjadi pelukis atau jurugambar profesional ataupun penyajak(?).Konklusinya,rancanglah masa depan anda dan sedarlah dari awal lagi,jangan apabila semuanya sudah terlambat bak kata"terlajak perahu boleh diundur,terlajak perbuatan,anda fikirkanlah sendiri"
Oh Nooo!!

No comments:

Post a Comment