Pada hari ini,aktiviti kami lebih tertumpu kepada sesi beli-belah di pusat beli-belah
Dataran Pahlawan.Sebelum itu,kami bergerak mencari tempat makan dan akhirnya kami sepakat untuk makan tengah hari di sebuah restoran asam pedas Melayu.Seperti yang saya jangka,makan di restoran Mamak lebih berpuas hati kerana restoran ini bukan sahaja memberi nasi yang lebih sedikit dari nasi di kantin sekolah saya,malahan harga yang dikenakan juga agak mahal.Tetapi biarlah,asalkan perut saya telah di beri "kasih sayang" yang diperlukannya(yang kini menjadi terlebih "kasih sayang"nya).Kemudiannya kami singgah dahulu di tepi laut Selat Melaka mungkin.Ada pula seorang pak cik yang sedang menangkap belangkas untuk santapannya.
Selepas itu,kami beralih pula ke sebuah tapak yang menjual pelbagai barangan dari pakaian,cenderahati hingga ke makanan.Di sini tiada apa-apa yang dapat menarik perhatian saya tetapi ahli keluarga saya yang lain ada juga yang membeli sedikit makanan di sini.Seterusnya,kami meneruskan perjalanan ke Dataran Pahlawan yang terletak tidak jauh dari tempat tadi,hanya seberang jalan sahaja.Pusat beli-belah ini lebih kurang sama juga dengan Jusco atau Parade di Ipoh,cuma di sini dvd lanun bebas di jual.Lama juga kami berada di Dataran Pahlawan ini.Setelah penat mengelilingi pusat beli-belah ini,saya pun mengambil keputusan untuk menyambar sehelai kemeja yang sedang ditawarkan promosi.Tercapai juga hasrat saya untuk membeli kemeja ini.
Setelah puas di Dataran Pahlawan,kami bergerak pula ke kubu A Famosa yang terletak hanya di belakang Dataran Pahlawan.Berjaya sampai di kubu ini memberi satu kepuasan di hati saya.Masakan tidak,kubu ini adalah tempat wajib untuk dilawati sekiranya melancong ke Melaka.Kali terakhir saya menjejakkan kaki di sini pada beberapa tahun yang lalu yang saya telah lupa bila tahunnya(inilah akibatnya jika banyak minum jus semut).Saat-saat di kubu ini saya gunakan untuk menghayati keindahan disebalik kerosakkan kubu ini.DI sini juga menjadi tapak untuk para peniaga hinggakan ada yang berniaga di dalam kubu tersebut.Sesuatu yang mencuit perhatian disini adalah kehadiran seorang busker yang asyik mendendangkan lagu-lagu Inggeris tanpa rasa segan dan silu.Berbekalkan gitar akustik dan sebuah buku lirik dihadapannya,busker ini menyanyi dengan sungguhnya dengan harapan para pengunjung akan terhibur dan akan menghulurkan sedikit wang untuknya.
Pada awalnya kami bercadang untuk melawat sahabat kakak saya di Muar,tetapi disebabkan "jadual" yang padat kami terpaksa membatalkan hasrat kami itu.Lantas masa yang ada selepas mengunjungi A Famosa,kami gunakan untuk menaiki tarikan terkini Melaka,Menara Taming Sari.Dengan bayaran RM10(harga promosi,harga sebenar dewasa RM20),sesiapa yang menaikinya dapat melihat bandar Melaka dari pandangan udara.Pada mulanya gayat juga,tetapi selepas itu terasa seperti mahu menaikinya sekali lagi.
Akhirnya kami pulang ke hotel setelah penat berjalan sehari suntuk.Kaki terasa seperti mahu tercabut sahaja,mujur kaki saya tidak berskru.Satu perbezaan antara Melaka dengan Kedah adalah,di Kedah lebih mudah untuk mencari tempat untuk makan(melantak lagi).Tambahan pula,kaum Melayu di lihat seperti kurang di sini kerana saya berjalan di tengah pekan,saya menjumpai Little India dan Chinatown,tetapi tiada pula kawasan Melayu.
Malam ini adalah malam terakhir saya di Melaka.Malam ini kami hanya berehat di bilik hotel kerana esok kami akan ke Kuala Lumpur pula.Mudah-mudahan tidaklah berlaku banjir di sana nanti.Keseluruhan hari ini saya amat berpuas hati dan dari kata lainnya "enjoy"!Tetapi ada rasa sedikit ralat semasa di A Famosa kerana di bahagian dalam dinding kubu tersebut ada kesan contengan dari tangan-tangan yang mahukan perhatian.Golongan inilah yang memburukkan imej negara dan tidak tahu menghargai sesuatu yang bernilai.Malam ini saya masih lagi tidur lewat kerana adik saya masih ber"Wi-Fi" di lobi dan saya perlu menunggu mereka agar mereka tidak akan tidur di luar nanti.
Pesanan Penaja:Sayangilah Warisan Kita.Hentikan Vandalisme. |
hulamak ! tak gayat ke kat atas tuh ? haha overall memang BEST kat melaka. macam-macam ada. tapi KEDAH yang pling best. cina gan india boleh la. sedang sedang. taklah ramai macam kat perak ni . hahaaha.. kesian kan. kne tgu adk. ish2. pi tdo laa. biar je adk tdo kat lobi :P. hehe
ReplyDeletegayat masa nak naik je..haha perak da best!
ReplyDelete