Akhir-akhir ini industri perfileman kita disajikan dengan pelbagai jenis filem-filem yang bagus dan tidak kurang juga yang teruk.Tetapi apa yang saya ingin bincangkan adalah tentang pemakaian bagi artis-artis wanita MELAYU kini yang semakin tidak cukup kain ataupun tidak salah untuk dikatakan tidak sedar diri.
Sama ada penyanyi mahupun pelakon,kedua-duanya lebih kurang sama.Bukan saya berkata bahawa SEMUA artis wanita berpakaian tidak bersesuaian,tetapi SEGELINTIRnya sahaja.Jika kita lihat baru-baru ini,kontroversi yang melanda sebuah filem kmedi seram yang disebabkan gambar seorang pelakon wanita yang mendedahkan belakangnya hingga ke pangkal punggung.Apa yang mendukacitakan disini wanita tersebut berbangsa Melayu dan beragama Islam.Saya bukanlah seorang yang warak tetapi paling kurang pun,jagalah maruah dan adab kita sebagai orang Melayu.Wanita Melayu dahulunya sinonim dengan sifat sopan santunnya dan berpakaian sopan walaupun tidak menutup aurat.Tetapi disini pelakon ini bangga untuk menunjukkan belakangnya kepada dunia tanpa segan silunya.Bukan dia sahaja yang melakukkan aksi sebegini.Malahan banyak lagi filem-filem yang bukan sekadar memaparkan wanita seksi tetapi disertakan dengan aksi ranjang.Apa ini?Kita berada di Malaysia bukannya Hollywood.
Kebanyakkan pelakon yang melakonkan aksi tersebut memberi alasan sebagai tuntutan lakonan.Munasabahkah alasan ini?Sebelum melakukan aksi ini mereka tidak berfikirkah tentang apa yang akan diperkatakan umum?Bujang ataupun sudah berkahwin,tidak malukah mereka untuk melakukan aksi
sebegini walaupun hanya lakonan.Jika yang berkahwin,apa yang anak-anak akan fikirkan jika melihat ibu atau bapa mereka melakonkan aksi ranjang dengan orang yang bukan ibunya.Begitu juga dengan pengarah.Perlukah diterapkan aksi sebegini dalam karya-karya anda?Adakah anda ketandusan idea
dan takut jika sambutannya tidak hangat?Perlukah anda?Saya ada menonton beberapa filem yang di arah oleh seorang Melayu yang diterbitkan oleh penerbit cina.Kebanyakkan filem-filem mereka pasti akan ada watak wanita yang berpakaian seksi yang berbangsa Melayu.Perlukah dalam setiap filem anda sama ada komedi atau aksi ada wanita yang berpakaian seksi dan mencolok mata penonton.Beberapa bulan lepas juga kita disajikan dengan filem yang bercorakkan aksi ranjang.Sedihnya kerana filem-filem sebegini diarah dan dilakonkan oleh orang Melayu kita dan beragama Islam.Malah ada juga pihak yang bangga dengan aksi
sebegini.Kita bukan berada di barat,sungguhpun jika kita berada di barat perlukah kita menjadi seperti mereka dan melupakan adab-adab sebagai orang Melayu dan umat Islam?
Tidak hairanlah kini ramai anak muda kita sudah pandai tentang hal-hal ranjang.Mungkin jika hal ini masih berterusan,akan wujud pula pelakon lucah dari Malaysia.Apa yang nak dihairankan,inikan hanya tuntutan lakonan sahaja.Artis wanita juga sekarang walaupun berwang masih tidak cukup duit untuk menutup badan mereka secukupnya.Gelandangan di tepi jalan lebih sopan pakaiannya.Bagaikan mahu menunjukkan apa yang dimiliki hingga pakaiannya sesendat,sesingkat dan seseksi boleh.Cukuplah sampai disini saja saya berbicara.Saya amat berharap industri kita terus maju tanpa mengadaikan maruah anak seni terutama orang Melayu.
No comments:
Post a Comment