Sejak bermulanya cuti persekolahan disamping peperiksaan yang hanya tinggal satu kertas sahaja untuk dilangsaikan,masa yang terluang banyak saya gunakan dengan menonton dvd.Filem-filem yang saya tonton bukanlah yang baharu dan yang sedang hangat di tayangkan,tetapi lebih kepada filem-filem english klasik.Sejujurnya,saya berpendapat pengarah barat kini seperti ketandusan idea kerana trend filem sekarang lebih kepada fantasi dan adaptasi komik.Lihat saja pada filem-filem superhero.Jika dahulu yang ada mungkin hanya Superman,Batman dan Spiderman kini muncul pula Ironman,Thor dan banyak lagi.
Filem klasik yang saya maksudkan diatas bukanlah filem hitam putih seperti 3 Stoogers ataupun Charlie Chaplin,tetapi filem-filem selepas era tersebut.Mungkin 70 ke 80an.Antaranya filem seperti The Godfather,Scarface,The Killing Field dan The Deer Hunter.Saya pasti jika ditanya pada generasi kini yang dihidangkan dengan aksi fantasi tidak mengetahui tentang filem-filem ini kecuali yang benar-benar meminatinya.Apa yang saya lihat pada keempat-empat filem ini yang merupakan kegemaran saya terutama The Godfather dan Scarface,banyak mesej yang terkandung dalam naskah seni ini.Dengan jelas
dapat saya lihat mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah filem-filem ini.Kebanyakkan mesej yang disampaikan adalah berkenaan keluarga(The Godfather),persahabatan(The Deer Hunter) dan kemanusiaan(The Killing Field).
Jarang untuk kita lihat terutamanya pada masa kini filem bercorak aksi ganas yang dapat menerapkan unsur positif dengan berkesan.Misalnya filem Scarface arahan Brian DePlama.Watak utama,Tony Montana lakonan Al Pacino seorang pelarian dari Cuba masuk ke Miami bersama rakan baiknya,Manny Ribera untuk mengubah nasib hidupnya.Dia dan kawan baiknya bekerja untuk Frank Lopez dalam perniagaan kokain.Pengaruh buruk bukan?Tunggu dahulu,biar saya ceritakan dahulu sipnosisnya.
Bermula dari bawah,kesungguhannya membawa kepada kejayaannya berada di atas.Tony berjaya dalam industri kokain selepas menyingkirkan Frank dan berjaya memikat teman wanita Frank,Elvira Hancock.Disebalik kelebihannya terselit juga kelemahannya dimana sikap tamak dan kekayaannya membuatkan ramai yang iri hati.Penamat cerita membawa kepada kematiannya setelah rumahnya diserang hendap.
Lakonan berkesan Al Pacino sebagai Tony Montana. |
Pada satu babak,Tony pulang ke rumah ibunya.Dia disambut baik oleh adiknya,Gina tetapi sebaliknya pula oleh ibunya.Dia pulang dengan harapan ibunya akan bangga dengannya yang sudah berjaya tetapi ibunya mempertikai pekerjaannya.Ibunya juga marah dengan sikapnya yang memberi imej buruk kepada negara asalnya.Tony amat menyayangi adiknya hinggakan kawan baiknya,Manny mati ditangannya apabila mengetahui hubungan mereka.Sampai begitu sekali Tony menjaga adiknya.Dia tidak mahu adiknya sama
sepertinya.Tetapi sesetengah lelaki sekarang lebih banyak yang merosakkan dari melindungi mereka.Akibat terlalu mengikutkan nafsu,terjadilah kes haruan makan anak.
Bersama Manny. |
Babak akhir filem ini adalah babak kegemaran saya walaupun terlalu singkat.Semasa baru "terbunuh" kawan baiknya,Tony pulang ke banglonya.Dia menyesali perbuatannya yang terlalu mengikut perasaan dan tidak berfikir panjang.Pada masa yang sama,musuhnya telah menyelinap masuk ke rumahnya untuk menyerang hendap.Melihat adiknya yang telah mati ditembak,Tony mula berang.Dan mulalah babak tembak menembak di samping pelbagai kata-kata kesat yang keluar dari mulutnya.Menjadi watak utama tidak bermakna dia sahajalah yang akan menang apabila dia telah ditembak bertubi-tubi.Tetapi Tony masih berdiri dan lantang mencabar musuhnya dengan bercakap "I take your f.cking bullets!".Tetapi akhirnya Tony kecundang juga setelah ditembak dari belakang menggunakan shotgun.
Semangat juangnya hingga ke nafas terakhir amat saya kagumi walaupun Tony hanyalah watak rekaan semata-mata.Banyak juga nilai-nilai positif yang boleh diperolehi dari seorang penjenayah ini jika diteliti dengan baik.Tetapi nama pun penjenayah,pasti mempunyai nilai-nilai negatif.Jarang bagi saya untuk menonton filem yang sarat dengan mesej dari mula hingga akhir.Sesetengah pengarah filem Malaysia saya lihat mesejnya hanya disampaikan diakhir filem terutama filem seram dimana watak ustaz menolong melawan hantu sahaja. Filem yang diklasifikasikan 18 tahun keatas ini merupakan sebuah filem yang baik dari segi jalan cerita,lakonan,dan mesejnya.Kepada sesiapa yang menyukai filem bercorak aksi,filem Scarface sepatutnya menjadi koleksi anda.
Ayatnya yang menjadi kegemaran saya. |
No comments:
Post a Comment