Tuesday, 20 December 2011

TARIKH LUPUT

Dari Mu kami datang,dan kepada Mu kami kembali..
   Beberapa malam yang lepas saya telah diberitahu tentang kematian seorang anak bekas guru saya akibat kemalangan jalan raya.Pada petangnya kakak saya memberitahu bahawa satu kejadan kemalangan telah berlaku.Mendengarkan berita ini membuatkan badan saya tiba-tiba mengeletar.Timbul juga perasaan sedih di samping rasa terkejut yang amat sangat.Bukan apa,walaupun kami tidak mengenali satu sama lain,hanya bertemu sepintas lalu di sekolah,saya tidak menjangka perkara ini akan berlaku disaat usianya yang masih muda.

   Mengetahui berita orang yang kita tidak kenal mungkin tidak memberi kesan tetapi lain
pula jika berlaku kepada orang yang kita kenal walaupun tidak rapat.Mendengar pula kemalangan jalan raya,tragedi ini memberi pengajaran kepada kita agar lebih berhati-hati sewaktu di jalan raya terutama yang bermotosikal.Kita tidak akan tahu apa yang akan dan boleh terjadi sewaktu di jalan raya nanti.
  
   Ajal maut di tangan Tuhan,kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.Kematian bukanlah perkara yang boleh kita jangka bila sampai waktunya.Selepas mendengarkan berita ini,secara tidak langsung fikiran saya memikirkan bagaimanakah keadaannya nanti di alam Barzakh.Sudah semestinya perkara ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main.Berbagai perkara bermain di fikiran saya pada waktu itu.Terfikir juga bagaimana pula nanti waktu saya pergi mengadapNya?Adakah cukup nanti amalan saya?Timbul sedikit rasa keinsafan dalam diri.

   Kehidupan setiap makhluk yang bernyawa tidak akan lari dari menghadapi mati.Cuma caranya sahaja yang mungkin berbeza.Semua orang termasuklah saya mahukan kehidupan yang baik selepas mati nanti.Dan amalan sahaja tiket untuk kita berbahagia menemui Pencipta kita nanti.Marilah kita bersama-sama berdoa agar tergolong bersama orang-orang yang beriman dan tidak pergi dalam keadaan yang hina.

p.s:Al-Fatihah kepada sahabat kita ini yang telah meninggalkan kita untuk selama-lamanya.Semoga rohnya berada bersama orang-orang yang beriman.Amin.

No comments:

Post a Comment