Setelah bertapak selama 10 tahun di arena seni,mereka telah merilis 4 album studio,2 album remix dan 3 album live.Album mereka yang paling terkini sudah tentu "A Thousand Suns",iaitu titik permulaan evolusi muzik Linkin Park.Setelah mencipta kejayaan besar semasa album pertama,"Hybrid Theory",mereka terus mengegarkan industri muzik apabila lahirnya album "Meteora".Album ini masih lagi menjadikan genre 'nu-metal' sebagai asas mereka.Seterusnya,kejutan bagi semua peminat Linkin Park dengan munculnya album kontroversi mereka,"Minutes To Midnight" pada tahun 2007.Album ini merupakan album 'eksperimen' mereka apabila mereka tampil memberi kelainan dengan membuang bunyian 'nu-metal'.Ini sudah semestinya membuatkan pendengar tegar mereka terkaku seketika dan berkata"Album siapakah ini?"Tidak menetapkan sebarang genre dalam album ini,Linkin Park kedengaran seperti sudah perlahan sepertimana track "Valentine's Day","In Between" dan "Leave Out All The Rest".Namun begitu,album ini masih mempunyai kelebihannya yang tersendiri.Menggunakan khidmat penerbit Rick Rubin,album ini meninggalkan kesan dengan bunyian gitar solonya yang tidak pernah wujud dalam 2 album sebelum ini.Bagi peminat yang mahu mendengar Brad Delson mengoreng gitarnya,"Minutes To Midnight" adalah album yang amat sesuai.
Beberapa tahun tanpa album baru,pemenang anugerah Grammy ini telah mula membuat para peminat mereka tidak duduk diam pada tahun 2010.Single pertama,"The Catalyst" kedengaran di corong-corong radio.Mendengarkan single ini,saya berkata pada diri "Lagu technokah ini?"Saya sendiri tertanya-tanya dan perlu mengambil masa untuk menghadam muzik baharu Linkin Park.Menerusi single tersebut,mereka ternyata sudah lari dari konsep yang terdahulu.Pada tanggal 14 September 2010,"A Thousand Suns" dikeluarkan.Selang beberapa harinya sahaja album ini sudah menjadi milik saya.Pada hari itu saya hanya berkesempatan untuk menonton dvd di sebalik pembikinan album tersebut berjudul "Meeting of A Thousand Suns" yang disertakansekali jika anda membeli yang"deluxe version".Pada keesokkan harinya,tanpa membuang masa saya terus memasang album ini.
Mendengarkan intro yang mempunyai elemen kegelapan,membuatkan saya berasa sangat teruja.Kemudian disambung dengan track ucapan dari J.Robert Oppnheimer.Tamat track yang bernama "The Radiance" tersebut,lagu yang sebenar kini bermula.Track yang mempunyai rentak yang tenang disamping vokal Mike Shinoda yang menyanyi dengan suara yang merdu tanpa rapping,lagu ini merupakan lagu kegemaran saya.Track ini juga satu-satunya lagu yang mempunyai petikan gitar solo Brad Delson.Selepas itu,pendengar akan mendengar bunyi cengkerik dan bunyi askar berperang.Track ini adalah intro kepada track "When They Come For Me",track yang 90%nya rapping.Mike membuat kelainan apabila mengubah cara rappingnya.Track ini juga yang paling banyak perkataan mencarut.Kali ini Mike menunjukkan bakat terpendamnya dengan kebanyakkan lagu dalam album ini mempunyai suara Mike yang menyanyi,bukan rapping bersama Chester.
Senarai lagu:
The Requiem
The Radiance
Burning In The Skies
Empty Space
When They Come For Me
Robot Boy
Journada Del Muerto
Waiting For The End
Blackout
wretches And Kings
Wisdom,Justice,And Love
Iridescent
Fallout
The Catalyst
The Messenger
Markah:4/5
Jika saya bincangkan tentang lagu-lagu dalam album ini rasanya akan mengambil masa yang lama dan penulisan yang berjela panjangnya.Dikhuatiri akan membosankan anda yang membacanya.Tetapi secara ringkas,album ini banyak menampilkan kelainan pada setiap lagu-lagunya.Setiap lagu mempunyai mood yang tersendiri disamping banyak menggunakan bunyian-bunyian baharu tetapi mengurangkan bunyian paling asas,iaitu gitar.Seperti track "Robot Boy",bunyi gitar hanya kedengaran pada outronya sahaja.Ada juga track yang langsung tidak menggunakan gitar seperti "Journada Del Muerto" dan "Blackout".Album ini dilihat sebagai album yang menunjukkan evolusi dan kematangan Linkin Park dalam mencipta muzik.Mereka juga mengambil langkah berani dengan membuat perubahan-perubahan drastik yang memungkinkan mereka di keji peminat mereka sendiri.Sesuatu yang tidak pernah wujud dalam album sebelum ini tetapi ada dalam "A Thousand Suns",satu track akustik berjudul "The Messenger".Mereka turut menggunapakai track-track ucapan dari tokoh-tokoh seperti Mario Savio(Wrectches And Kings) dan Martin Luther King(Wisdom,Justice,And Love).Turut dilihat,beberapa track yang mempunyai lirik yang sama seperti "The Requiem" sama dengan "The Catalyst","Burning In The Skies" sama dengan "Fallout".Adakah ini salah satu konsep album ataupun mereka kekurangan idea untuk menulis lirik?Bagaimanapun saya amat tertarik dengan lirik-lirik mereka yang mempunyai mesej-mesej tertentu seperti lagu"Iridescent" dan "The Messenger".

Album yang menduduki tempat pertama di carta album Billboard di beberapa negara ini mempunyai banyak edisi.Antara edisi yang terawal adalah edisi peminat dimana dalam pakej tersebut diselitkan juga sebuah buku yang memaparkan konsep seni album,vynil,cd dan dvd.Cover album ini mempunyai beberapa warna yang berbeza mengikut edisinya.Jika edisi biasa,warna latar belakangnya ialah putih,jika edisi import yang berserta dvd "Meeting of A Thousand suns" pula berwarna hitam pada latar belakangnya manakala edisi yang paling terkini ialah edisi "+" yang disertakan dvd "Live In Madrid",dengan cover berwarna merah.Kesemua edisi ini boleh didapati di kedai-kedai muzik berhampiran anda dan anda tidak akan rugi untuk mendapatkannya kerana album ini bukan sahaja sesuai untuk peminat Linkin Park,bahkan sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana muzik mereka kini bukan lagi muzik yang bising semata-mata,tetapi sebuah karya seni yang mempunyai mesej yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment