Adakah kalian kenal akan filem-filem seperti Blok 404,Kem 505 dan Laman Maut??Berikut adalah naskah-naskah filem arahan pengarah Silver yang telah lama menghilangkan diri dalam industri perfileman kini.Saya sendiri tidak tahu sangat tentang filem arahannya selain yang di senaraikan tadi seperti Igau,Satria Maya dan juga sebuah filem komedi bertajuk Hancur.
Sebuah filem yang mengisahkan perjalanan 3 anak muda di ibu kota iaitu Saidun(Raja Azery) seorang pelakon kelas bawahan,Remy(Wan Suhaimi) seorang jurujual insuran dan juga Steven(Chye Chee Keong) seorang pemandu van mayat.Saidun telah mencuba minuman 'tonik pendalaman' yang kononnya boleh memberi perubahan dalam hidup yang diperolehi Remy dari seorang pawang.Konflik muncul apabila Remy telah merampas 'kekasih tidak rasmi' Saidun menyebabkan berlaku pertelingkahan.
Filem bergenre komedi yang dilihat sebagai filem bajet murah yang menerapkan unsur-unsur persahabatan sebagai fokus utamanya.3 sahabat yang datang dari ibu kota yang bermusuhan apabila berebutkan wanita idaman.Selain itu,usaha yang berterusan untuk berjaya dan bukan bergantung kepada sesuatu juga menjadi elemen pengajaran filem ini.Diselitkan juga permasalahan cetak rompak yang berleluasa hingga ke hari ini.
Pada saya,filem ini lebih bagus jika dibandingkan dengan filem-filem Senario era David Teoh dari sudut komidinya.Walaupun ada beberapa babak yang agak keterlaluan seperti babak buang air besar dan juga tidak logik tetapi lawaknya bukanlah dibuat-buat dan bukan mimik muka yang kononnya lucu.
Bukan mahu menbandingkan sesiapa,tetapi Senario selepas tinggal bertiga sekarang jelas sudah ketandusan idea lawak dan semakin lemas dengan kemunculan pelawak-pelawak baharu.Lihat sahaja pada poster Senario Beach Boy dan Ops Pocot,mimik muka yang menjengkelkan menjadi taruhan mereka. Lawaknya juga berulang-ulang kadang-kala seperti Azlee dengan mimik muka yang membuatkan tangan ini terasa mahu menampar,Mazlan dengan tomoinya dan Wahid dengan kelam kabutnya.
Berbeza dengan 3 tunjak utama filem Hancur,yang bukannya pelawak mampu membuatkan saya ketawa terbahak-bahak jugalah,yang semakin jarang saya perolehi apabila menonton filem Senario yang baharu. Pada saya pembawaan watak yang tidak melebih-lebih cukup untuk membuatkan penonton ketawa dan inilah yang saya perolehi daripada filem Hancur.
saya bersetuju . rindukan mereka
ReplyDeletehehe rindukan siapa ?? =D
ReplyDelete