Semalam saya baru menonton filem animasi Paranorman.Komen saya??Agak berbealah bahagi kerana walaupun animasi 'stop-motion'nya menarik tetapi bagi saya jalan ceritanya agak membosankan.Tetapi semalam saya tidak menonton secara fokus,namun filem ini membuatkan saya agak letih jugalah berbanding filem Rise Of The Guardians dan Wreck-It Ralph.
Saya tertanya-tanya pada diri,mengapa filem animasi terkini sudah kurang memberi impak kepada diri saya ,yang boleh membuatkani saya mengingatinya bagi jangka masa panjang.Malah filem animasi klasik seperti Tarzan pula mampu saya ingat hampir kesemua babaknya apabila mendengar album soundtracknya.Tidak dinafikan kebanyakkan filem animasi sekarang memaparkan visual yang mengagumkan,tetapi dari sudut jalan cerita pula agak lemah dan kurang menarik.
Begitu juga dengan muzik latar yang digunakan.Tempoh hari saya telah memuat turun album soundtrack filem animasi Tarzan.Ada sedikit info yang mungkin generasi kini tidak mengetahui bahawa filem ini pernah dialih bahasa secara rasmi(bukan alih bahasa seperti di tv) ke bahasa Melayu yang menampilkan Amir Yussof,Ramona Rahman dan Zaibo.Begitu juga dengan lagu temanya dan yang paling terkenal iaitu 'Kau Di Hatiku'.
Filem ini bagi saya walaupun bukan animasi 3D seperti sekarang tetapi mempunyai kekuatan dari sudut jalan cerita dan juga muzik latarnya.Pertama,saya amat-amat-amat mengagumi gambar latar belakang filem ini iaitu hutan belantara yang ditonjolkan dengan baik sekali.Kedua,perjalanan cerita yang tidak membosankan.
Babak permulaan ditunjukkan 2 keluarga berlainan spesis,manusia dan gorila yang mengalami kehilangan insan yang tersayang.Kemudian bagaimana kehidupannya semasa masih kecil secara ringkas tetapi lucu hinggalah apabila dia dewasa,konflik mula timbul apabila Tarzan pertama kali berjumpa spesisnya,kemudian dia mahu mengikut Jean ke England meninggalkan hutan dan akhirnya dia kembali apabila Clayton bertindak memburu keluarga gorilanya hingga mengorbankan bapanya Kerchak.Mesej yang disampaikan seperti kasih sayang sesama keluarga,persahabatan, dan juga cinta akan alam sekitar disampaikan dengan baik.
Jalan ceritanya yang padat denga jenaka,aksi dan juga emosi dibantu pula dengan skor muzik dari Mark Mancina yang sangat merdu dan menyentuh jiwa,kena pada setiap babak yang dipaparkan.Berbanding versi asal,saya lebih suka versi bahasa Melayu bukan sahaja kerana mudah difahami,malah lagu-lagu yang dinyanyikan semula oleh Zainal Abidin,satu pilihan yang tepat dan mantap.Sejujurnya saya lebih mengagumi suara Zainal yang saya rasa lebih merdu berbanding Phil Collins.Sekian.
No comments:
Post a Comment