Wednesday 18 April 2012

BERJAYA AKHIRNYA

Hype semua!!
Hari ini merupakan hari yang cukup berbahagia bagi diri saya.Kenapa?Kerana pada hari ini saya telah berjaya mendapatkan sesuatu yang penting bagi masa depan saya iaitu lesen memandu.Hehe.

   Dengan lulusnya saya hari ini maka pada saat ini saya sudah tidak perlu menjejakkan kaki ke sekolah memandu tersebut lagi.Dan di atas jalan raya juga akan muncul seorang pemandu separa gila yang akan memandu.2 kali kecundang bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.Pada kegagalan pertama masih boleh diterima tetapi pada kegagalan kedua maka itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya.

   Salah satu punca yang saya kenal pasti adalah saya mudah panik.Dan apabila sudah panik datanglah juga mengelabah dan kelam kabut.Dan pada pengakhirannya tentunya "bad ending".Maka mula dari situlah saya mencuba untuk memperbaiki kerosakkan dalam jiwa saya ini.Dan syukur akhirnya saya dapat melawannya dan dapat melakukan dengan baik walaupun terdapat sedikit kesalahan.Saya menarik nafas dan juga mengenggam tangan dengan kuat untuk mengurangkan kelajuan degupan jantung saya yang tidak ubah seperti beat muzik techno.Melihat rakan saya yang telah lulus juga antara dorongan untuk saya kali ini.

 p.s:Waktu balik terkandas dalam hujan.Kilat dan guruh punyalah kuat.Saya yang tumpang berteduh di gerai tepi jalan risau-risau jika terkena panah petir.

Monday 16 April 2012

EXTINCTION EXHIBITION:REFORMED[VIRUS OF LIFE II]









Diatas adalah sambungan dari Virus Of Life I.Dan ini juga adalah yang karya terakhir untuk EE:R.Semoga saya dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti kerja saya di masa yang akan datang.Harap anda terhibur.Sekian. >=D

EXTINCTION EXHIBITION:REFORMED[REBUILDED CITY]











Di atas adalah hasil karya yang berkonsepkan pembangunan yang direka semula menjadi sesuatu benda yang baharu.Harap anda terhibur.Sekian.

ADA KAU PEDULI?

Ada kau peduli?
Setiap kali tali pinggang menyentuh kulitku
Ada kau peduli?
Setiap kali ku meminta belas kasihan
Ada kau peduli?
Ku menangis setiap malam
Ada kau peduli?
Badanku dihiasi lebam dan luka
Ada kau peduli?
Kau tidak peduli dan terus memukulku
Walau pun aku anakmu

Ada kau peduli?
Segala lafaz cinta ku ini
Ada kau peduli?
Kasih sayang untukmu ku beri
Ada kau peduli?
Kesabaranku mempertahankan mahligai kita
Ada kau peduli?
Akan kesusahanku membahagiakan dirimu
Ada kau peduli?
Kau tidak peduli dan terus meninggalkanku
Walau pun aku suamimu

Ada kau peduli?
Setiap kali ku meminta
Ada kau peduli?
Aku yang lemah dan teraniaya
Ada kau peduli?
Segala janji-janji
Ada kau peduli?
Bahawa aku tegar menyokong mu dalam diam
Ada kau peduli?
Setiap keringatku agar dirimu di sanjung
Ada kau peduli?
Kau tidak peduli dan terus melupakan aku yang hina
Walau pun aku rakyatmu

Saturday 14 April 2012

EXTINCTION EXHIBITION:REFORMED[VIRUS OF LIFE I]
















Ini juga adalah sambungan dari apa yang baru saya siarkan tadi,cuma ini akan ada bahagian keduanya.Kali ini saya menggunakan teknik mencantumkan gambar supaya menjadi satu gambar yang lain.Sekali lagi saya berharap anda akan terhibur.Sekian.

HARI TERAKHIR KITA

Di hari-hari terakhir kita
Ku simpan kesakitanmu
Untuk diriku
Ku beri kegembiraanku
Untuk dirimu
Kita setia bersama
Menyinari hidup ini
Dengan cahaya kebahagiaan
Ku salurkan semangat
Dalam hati suci
Agar terus tabah
Ku curahkan kasih sayang
Hanya untukmu seorang
Moga hilang kesakitanmu
Tak akan ku lepaskan genggaman ini
Ku mahu di sisimu
Hingga pada saat terakhir kau melihat dunia
Sayangku..



EXTINCTION EXHIBITION:REFORMED[RE-LIFESTYLE]













Hype semua!!
Ini adalah sambungan hasil kerja saya yang terbaru.Tema ini adalah saya menggunakan medium seperti kasut untuk cuba menjadikan sesuatu perkara yang unik bagi saya dan mempunyai mesej yang tersendiri seperti hasil kerja yang menggunakan patung mainan.Harap anda dapat menghayati hasil kerja saya dengan mata seni anda.Sekian.

Thursday 12 April 2012

BUKIT KLEDANG

12/4/12

Hype semua..
Hari ini peluh jantan saya keluar agak banyak juga dari kebiasaan kerana pada pagi ini saya telah mendaki puncak Bukit Kledang.Erm..belum sampai puncak lagi.Hanya setengah sahaja.Heheh.Saya ke sana hanya bertemankan kakak saya.

   Sebenarnya,Bukit Kledang dan keluarga saya agak sinonim juga kerana sebelum ini kami seringkali pergi ke sana.Namun sejak 2 tahun lepas jika tidak silap,kami tidak lagi ke sana berikutan kesihatan ayah saya yang tidak berapabaik.Jika dahulu,pada pagi Ahad kami sekeluarga akan ke sana kecuali adik-adik saya.Mereka hanya akan mengikuti kami sekiranya di umpan dengan membawa ke Pasar Karat Loken.




   Setelah lama tidak menjejakkan kaki di Bukit Kledang,saya menjadi sedikit 'perrak' seperti tidak pernah datang ke sana.Bukan apa,cuma saya terpegun dengan keindahan alam semula jadi yang berada di depan mata saya ini.Terdetik di hati membisik,bertuah sungguh lahir di bumi Malaysia yang aman,sekurang-kurangnya masih berpeluang melihatkeindahan dan kebesaran ciptaan Tuhan.

   Pagi ini cuaca agak mendung berikutan hujan pada malam semalamnya.Jadi tidaklah terlalu panas sewaktu mendaki nanti.Baru suku perjalanan kaki saya mula berasa nak longlai.Aduhai,inilah akibatnya jika terlalu lama meninggalkan aktiviti yang menguji kekuatan seperti ini.Walaupun penat,saya masih gagah(ayat macho) mendaki hingga ke satu stesen di atas sana.Di Bukit Klebang ada banyak jalan yang boleh kita gunakan tetapi yang selalu saya gunakan adalah jalan tar dan jalan tangga.Kedua-duanya masih memberikan kepenatan maksimum kepada yang jarang mendaki.




   Mungkin disebabkan hari bekerja,pengunjung yang datang tidak ramai.Dan kebanyakkan berbangsa Cina.Mungkin juga mereka adalah penduduk yang tinggal berdekatan bukit tersebut.Cuma ada seorang pengunjung ini yang lain dari yang lain.Ceritanya begini,semasa sedang mendaki datang seorang pak cik berbangsa India menegur saya dan kakak saya.Dia bertanya kepada kami tentang gempa bumi yang berlaku di negara jiran kita.Kami yang pelik juga dengan pertanyaan mengejut ini pun layanlah juga pak cik ini.Tamat cerita tsunami dan gempa bumi,disambung pula dengan cerita Agong kita.Ada juga dia mempersoalkan,adakah Agong itu dari keturunan diraja,darah keturunan diraja dan apa-apa entah lagi yang saya tidak pasti.Ingin juga saya berkata,ada saya kisah ke?Namun disebabkan ingin menghormati satu sama lain kami pun terpaksa melayannya.

   Kami ingatkan itu kali terakhir kami akan berjumpa dengan 'pak cik misteri' itu,tetapi semasa perjalanan turun kami bertuah kerana berpeluang berjumpa dengannya lagi.Kali ini dia mengatakan bahawa di depan ada sekumpulan 'gengster monyet' menghalang jalan.Kemudian saya dan kakak saya perlahan-lahan berjalan ke arah monyet tersebut.Tetapi tidak pula kami nampak sekumpulan monyet-monyet tersebut.Yang ada hanya seekor.Hmm..setelah melalui jalan tersebut terdengar laungan "Jalan dah clear ke??"dan"Tunggu saya ya!!"Kami pun tunggulah juga dan melalui jalan tersebut dengan selamat dan jayanya.



'Pak cik Misteri..'
    Ada suatu bahagian yang betul-betul memberi impak kepada cerita saya dimana semasa pak cik ini di atas motornya dan kami lalu di sebelah,dia berkata;
"Itu ada bunyi ka(earphone)?"
"Haa,ada bunyi",jawab saya
"Dua-dua pun ada bunyi la(earphone saya dan kakak saya)?"
Saya menjawab"Aah,dua-dua bunyi"
Kemudian pak cik bertanya lagi..
"Lu orang sudah kahwin ka belum,ha(merujuk saya dan kakak saya)?"
Segera saya jawab"Haa?Belum lagi la"
Tambah pak cik lagi"Kahwinlah ok ya..Erm,lu orang abang adik ka??"
"Ini kakak saya..(baru nak tanya kakak adik ke apa)"
"Ohh,sorry-sorry ya...Sorry",kata pak cik sambil berlalu pergi.

Hmm.Itulah yang berlaku hari ini di Bukit Kledang,bagus betul pak cik 'misteri' ini..

p.s:Sayangilah alam semula jadi..

Tuesday 10 April 2012

EXTINCTION EXHIBITION:REFORMED[RECREATED BODY]










   Gambar-gambar di atas adalah antara sebahagian dari hasil kerja terbaharu saya sepanjang bergelar penganggur ini.Perasaan bosan dan masa yang banyak menyebabkan saya mendapat ilham dan dapat menyiapkan hasil kerja lebih kurang 40 karya.Di atas adalah bahagian pertama dan yang lain akan menyusul kemudian.Saya berharap anda dapat menghayati hasil kerja saya dan dapat memberi komen tentangnya.Sekian.

p.s:Gambar-gambar yang disiarkan adalah hak cipta terpelihara.Tidak dibenarkan mengunakannya tanpa kebenaran.

Saturday 7 April 2012

MY NEXT PROJECT:EXTINCTION EXHIBITION


   Gambar di atas adalah salah satu daripada hasil karya "syok sendiri" saya yang terbaharu,yang akan di keluarkan tidak lama lagi.Mungkin dua tiga hari lagi.Kali ini saya menggunakan teknik 'tangkap dan cantum',iaitu gambar yang telah ditangkap kemudian di cantum-cantumkan.Saya berharap hasil kali ini dapat menghiburkan anda semua.Nantikannya.Sekian

Monday 2 April 2012

DANGER DAYS:THE TRUE LIVES OF THE FABULOUS KILLJOYS

   Jika di tanya kepada golongan pendengar muzik emo atau gothik,rasanya pasti akan terselit juga nama band My Chemical Romance.Band yang terkenal selepas muncul dengan lagu 'Helena' dan 'The Ghost Of You' ini dianggotai oleh Gerard Way dan adiknya,Mikey Way,Ray Toro dan Frank Lero.Di tubuhkan pada tahun 2001,mereka melancarkan album sulung pada tahun 2002 berjudul ' I Brought You My Bullet,You Brought Me You Love'.

   Bagaimana pun nama mereka benar-benar mendapat perhatian selepas muncul dengan album kedua ' Three Cheers For Sweet Revenge' pada 2003 yang menampilkan single hits ' Helena ',' The Ghost Of You ',' I'm Not Okay ' dan 'Thank You For The Venom '.Kemudiannya mereka sekali lagi tampil dengan material baharu pada tahun 2006 iaitu ' The Black Parade '.Antara single hits dari album ini adalah 'Welcome To The Black parade ',' Famous Last Words ',' I Don't Love You ' dan ' Teenagers '.

   Pada November 2010,mereka muncul semula dengan album berjudul ' Danger Days:The True Lives Of Fabulous Killjoys ' dan mempertaruhkan single 'Na Na Na Na ',' SING',' Planetary(Go!),' The Only Hope for Me Is You ' dan ' The Kids From Yesterday '.Album ini agak berlainan dari album yang sebelumnya kerana MCR telah mencipta inej baharu khusus untuk album ini.Tiada lagi gaya emo.Mereka mengelarkan diri mereka sebagai Killjoys dan mempunyai nama samaran masing-masing iaitu Gerard sebagai Party Poison,Mikey sebagai Kobra Kid,Frank sebagai Fun Ghoul dan Toro sebagai Jet Star.


   Album yang boleh dilihat sebagai sebuah cerita ini menampilkan lagu-lagu yang menarik dan bertenaga.Berbanding album ' The Black parade ",MCR membuat perubahan dengan menampilkan bunyian elektronik dalam lagu-lagu di dalam album ini.Pada Permulaan album agak bertenaga dan pada pertengahan keadaan mula tenang dan rancak semula dengan track akhirnya.Pada saya kesemua lagu dalam album ini menarik terutama ' Planetary(Go!) ',tiada lagu yang hanya "tangkap muat" sahaja.



Look Alive,Sunshine
Na Na Na Na
Bulletproof Heart
SING
Planetary (Go!)
The Only Hope For Me Is You
Jet-Star And Kobra Kid/Traffic Report
Party Poison
Save Yourself,I'll Hld Them Back
S/C/A/R/E/C/R/O/W
Summertime
Destroya
The Kid From Yesterday
Goodnite,Dr Death
Vampire Money

   Selain lirik yang banyak juga mencarutnya,perhatian kepada lagu ' Destroya ' kerana lirik pada satu bahagian berbunyi ' I don't believe in God (you don't believe in God) '.Jadi pesanan saya lebih baik kita hayati bait-bait liriknya juga agar tidak memesongkan akidah kita.

p.s:16/4/12,Linkin Park akan merilis single baharu ' Burn It Down '