Saturday 23 March 2013

EMINEM RECOVERY'S VIDEO COLLECTION

Hype Semua!!
Sejak kebelakangan ini selera muzik saya lebih tertumpu kepada muzik hip-hop seperti  Fort Minor dan Eminem. Dan ketika menghayati lagu-lagu hip-hap ini pastilah kepala akan turut terhangguk-hangguk mengikuti irama muzik itu.Tetapi disini saya mahu berkongsi dengan kalian koleksi muzik video Eminem dari album "Recovery", yang pada saya album paling matang daripada The Real Slim Shady ini.Di antara lagu-lagu yang ada saya paling menyukai lagu "No Love" , yang menampilkan Lil Wayne.

No Love


Not Afraid


Love The Way You Lie


Space Bound

Friday 22 March 2013

IPOH GRAFFITI


























Hype Semua!!
Gambar yang di ambil di dinding bangunan berdekatan Padang Ipoh.Bagi sesetengah pihak mungkin menganggap graffiti sebagai vandalisme.Walaubagaimana pun,jika kena pada gayanya boleh menjadi suatu tarikan pelancong seperti di Kuala Lumpur bukan??

                                          

Friday 1 March 2013

TAK SEPERTI DAHULU

Hype Semua!!
Minggu ini merupakan minggu yang paling perit bagi tingkatan 6 di sekolah saya,terutama di dalam kelas saya. Pelbagai konflik tercetus diantara guru dan pelajar yang pada asasnya hanya berpunca dari perkara kecil. Perselisihan faham dan ketidaksepakatan diantara guru dan pelajar telah menyebabkan banyak pertumpahan air mata, mengiringi hujan yang sering turun pada minggu ini.

   Minggu yang bermula dengan kecerahan mentari beransur suram apabila ada yang kurang senang tentang pemakaian baju uniform pelajar tingkatan enam pada hari Rabu.Mudah saja bukan konfliknya?? Tetapi yang membuatkan semua perkara menjadi buruk apabila cara masalah ini dikendalikan.Perpaduan di antara ahli organisasi yang lemah juga menjadikan luka kecil menjadi besar.

   Konflik ini boleh diatasi segera sekiranya ada tolak ansur dari pihak tertentu yang sudi memberikan kelonggaran kepada pelajar tingkatan enam atau juga dikenali sebagai Pra-U.Namun belum sempat satu masalah selesai muncul pula lagi satu masalah,iaitu perselisihan antara guru dan pelajar. Perkara ini sebenarnya agak sensitif dan peribadi,jadi saya tidak akan menceritakan segalanya secara terperinci untuk menjaga aib orang lain.

   Jika pada mulanya konflik lebih menjerumus ke arah umum,kemudiannya berubah pula ke arah yang lebih personal.Disebabkan tersepit di dalam situasi yang melibatkan persahabatan,hubungan dengan guru dan keluarga menyebabkan mereka ini tertekan hingga akhirnya melakukan perkara yang mereka sendiri tidak jangka akan berakhir seperti ini.Jika saya berada di situasi mereka juga saya akan berasa tertekan yang amat sangat.Kesudahannya dari ingin menjaga hati semua pihak,hati sendiri pula terasa sakit.

   Apa yang saya tidak jangka akhirnya berlaku juga.Orang yang secara peribadinya saya kagum dengan gaya pemikirannya akhirnya berubah sekelip mata.Tiada lagi gelak ketawa,dia menjadi seperti apa yang dikatakannya, sebuah robot.Ini sememangnya memberi impak bukan sahaja pada mereka yang berkenaan tetapi kepada semua yang ada di dalam kelas.Saya juga tidak terkecuali,walaupun hubungan saya dengan dia di luar masih baik tetapi dengan gaya baharunya itu memberi saya dan juga rakan-rakan tekanan ketika belajar.Tambahan pula dia mengajar subjek kegemaran saya.

   Saya tertanya-tanya,bila agaknya konflik ini akan selesai??Sampai bilakah drama ini akan berterusan??
Saya secara  peribadi agak terganggu dengan permasalahan yang timbul, ini kerana saya tidak boleh melihat perkara-perkara seperti ini berlaku di depan mata saya yang melibatkan orang yang rapat dan saya kenal dan saya hanya duduk seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.Namun saya tidak mahu masuk campur terlalu banyak kerana tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak,cukuplah sekadar saya menolong dengan hati saya.

   Seperti apa yang sering dia,iaitu guru saya katakan bahawa kita perlu bersatu padu,harapnya hubungan kami dengan dia akan kembali pulih seperti dahulu.Juga ingatlah apa yang berlaku hari ini adalah sebagai satu pengalaman yang mengajar erti kehidupan yang sebenar.Buat kawan-kawanku,tabahkan hati dan semangatmu.Doakanlah perkara ini akan segera berakhir.Amin.

Yang berkenaan saja tahu maknanya..

p.s : Jika dulu saya hormat dia kerana saya kagum dengan gaya pemikirannya tetapi kini saya hormat dia kerana tidak mahu dimarahinya. =(