Wednesday 26 December 2012

VOLIMINAL:INSIDE THE NINE

Hype Semua!!
Pada pagi yang cerah ini hati saya tergerak pula mahu menulis tentang dvd sebuah kugiran Metal bertopeng yang lebih dikenali sebagai Slipknot.


   Dalam koleksi di rumah saya ada beberapa dvd dan cd keluaran lanun (dvd mereka yang asli sukar untuk ditemui dipasaran tempatan).Antaranya ialah Voliminal:Inside The Nine(yang pertama sekali saya beli di Yik Foong),Disasterpiece(adik beli),Slipknot:Live in Germany(saya beli di KL) dan (Sic)nesses(juga adik beli).Album studio pula kesemuanya kami ada namun semakin tidak berfungsi(jangan beli cetak rompak!!).Namun hari ini saya mahu bercerita tentang dvd mereka yang pertama sekali saya beli,Voliminal.

   Dvd yang telah dilancarkan pada 5 Disember 2006 dengan Shawn "Clown" Crahan dibangku pengarah saya anggap sebagai salah satu bahan promosi untuk album studio ketiga mereka, Vol 3:The Subliminal Verses.Menawarkan 2 dvd dimana pada disc 1 adalah filem Voliminal tersebut manakala disc 2 adalah bonus temuramah dengan kesemua anggota Slipknot,persembahan live,dan juga muzik video.(rujuk gambar)


   Saya yang baru mula mengenali Slipknot pada masa itu tersangatlah teruja untuk menonton filem ini,walaubagaimana pun untuk disc pertama amat mendukacitakan.Pada mulanya saya fikir dvd ini mungkin akan jadi seperti dvd Linkin Park:Frat Party namun apa yang dipaparkan oleh Clown seperti tiada hala tujunya yang pasti.Memaparkan perjalanan mereka semasa tour,diselitkan juga adegan-adegan mereka diluar waktu persembahan.Tetapi sesuatu yang menjengkelkan apabila Clown menyelitkan babak yang saya rasa tidak perlu seperti orang muntah, dan juga didalam tandas!! >=O

   Perjalanan disc 1 bagi saya ada masanya menarik dan sebaliknya.Kepada yang tidak jelas dengan 'seni' Clown ini pasti merasa rugi membeli dvd ini.Namun mereka masih boleh tersenyum kerana pada disc 2 yang memaparkan bahan bonus yang menarik dan tidak membosankan.Sekian.


Tuesday 25 December 2012

NT | 1ST END YEAR GA


                                http://aztiqah0216.blogspot.com/2012/11/nt-1st-end-year-ga.html

=D.Makin rajin pula mengikut segmen-segmen yang dianjurkan oleh para bloggers Malaya ini.Hee.

Join Ainkalam's Rm30 Top Up Give Away



p.s:Sejak kebelakangan ini selalu saja masuk pertandingan anjuran rakan blogger yang lain.Hehhe.=D

Monday 24 December 2012

KELANTAN:THE UNEXPECTED JOURNEY

Hype Semua!!
Pada hari ini,sesudah subuh,saya dan keluarga menuju ke bandar Kota Bharu Kelantan untuk bercuti di sana.Cuaca yang mendung pada paginya,walaubagaimana pun Allah telah menurunkan rahmatnya dari pukul 11 pagi berterusan hinggalah ke petangnya.

   Disebabkan hujan yang lebat,telah menbantutkan program-program kami.Namun hati kami tetap reda dengan ketentuannya.Sejujurnya,saya tidak tahu sebenarnya dimana tarikan negeri Kelantan ini.Tetapi bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta,jadi disebabkan kegagalan program menyebabkan saya tidak dapat mengenali negeri bernama Kelantan ini.

   Sekilas pandangan,ada beberapa perkara yang seharusnya dititik beratkan oleh pemerintah semasa negeri Kelantan.Jalan rayanya yang di sesetengah tempat amat mendukacitakan dan juga mengikut ulasan ayah saya,sistem perparitannya juga kurang sistematik.Walaubagaimana pun,tahniah juga kepada pemerintah semasa Kelantan kerana gagah memartabatkan tulisan jawi dimana jika dilihat dihampir kesemua papan tanda,akan ada tulisan jawi.

   Sampai disini sahaja laporan untuk hari ini.Akhir sekali,kebanyakan tempat di sini telah dinaiki air lantaran hujan yang berterusan.Sekian.

Saturday 22 December 2012

WAJAH BAHARU

Hype Semua!!
Bagaimana pendapat kalian tentang wajah terbaharu blog saya ini yang kini tampil lebih berwarna-warni??Saya harap wajah baharu ini dapat menambat hati kalian ya.Lebih elok lagi jika kalian dapat memberikan pendapat,kritikan mahupun cadangan kepada saya.Sekian.=D.


Segmen Pendek : Saya Blogger Bertuah By Nurul

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMRlZrSNYKOgUkjkk3Bzpi9l4PA_sNfSxDU-oWSJ-fTS1XIzOGY8neFmzLU61ALg_clmL7A90A58R6RCXfWAb2bWX9IYdbG2CxlOsqKkkiHVNaQXdMX0GMyyBEN_5NG9c0bXivpeh7moFW/s1600/index.jpg


=D

Tuesday 18 December 2012

KING ME


" KING ME IS KILLING ME!!! "

Hype Semua!!
Diatas adalah salah satu lagu yang terkandung dalam album paling terkini Lamb Of God/LOG yang telah dirilis pada awal tahun 2012.Menampilkan Ghost Walking sebagai single sulung album ini dan 14 buah lagu yang pada sayalah,yang baru mendengar beberapa kali sahaja agak lebih kurang seperti album sebelum ini,Wrath.Walaubagaimana pun,album ini mendapat kritikan yang positif juga. Tetapi melalui pendengaran saya,album ini gagal memikat hati saya sepenuhnya buat pertama kali mendengar seperti mana semasa saya mendengar album Wrath. Sesetengah lagu-lagu yang terkandung seakan-akan menyerupai lagu yang ada dalam album Wrath.

   Namun ada sebuah lagu yang berjaya memikat selera saya iaitu King Me.Lagu ini ternyata berbeza juga dari apa yang pernah dipersembahkan LOG kerana dimasukkan elemen keyboard dan  nyanyian soprano ala Nightwish saya rasa.Tidak tahu saya bagaimana saya mahu menjelaskan,senang cerita kalian dengarlah sendiri lagu ini dan juga single Ghost Walking.Sekian.


p.s : Diatas adalah ulasan berbentuk peribadi daripada saya.Komen yang diberikan mungkin berbeza dengan individu yang lain.=D

Saturday 15 December 2012

MEMBACA

Hype Semua!!
Beberapa jam tadi saya baru habis membaca bab 1 buku Doktor Umum:Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri Malaysia yang ke 4.

   Buku ini telah lama dibeli namun disebabkan saya bukanlah pengemar bahan bacaan yang panjang lebar seperti novel,membuatkan saya meminggirkan buku ini buat seketika.Entah mengapa selepas mak saudara saya meminjamnya baru tergerak pula hati saya ini untuk membacanya.

   Mungkin disebabkan faktor sejarah dan berdasarkan kisah sebenar yang membuatkan saya tertarik untuk membaca buku tulisan Dr. Mahathir ini mungkin.Pada saya berbanding novel-novel cinta yang berlambak dipasaran,lebih berbaloi jika membaca buku seperti ini(walaupun saya sendiri lebih gemar membaca komik dan majalah ringan) kerana apa yang diceritakan lebih berbentuk realiti namun ini hanyalah pandangan peribadi saya.Harap-harapnya dapatlah saya menghabiskan pembacaan saya dan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.Sekian.


Wednesday 12 December 2012

DUA DUNIA

Hype Semua!!
Semalam saya baru menonton filem animasi Paranorman.Komen saya??Agak berbealah bahagi kerana walaupun animasi 'stop-motion'nya menarik tetapi bagi saya jalan ceritanya agak membosankan.Tetapi semalam saya tidak menonton secara fokus,namun filem ini membuatkan saya agak letih jugalah berbanding filem Rise Of The Guardians dan Wreck-It Ralph.

   Saya tertanya-tanya pada diri,mengapa filem animasi terkini sudah kurang memberi impak kepada diri saya ,yang boleh membuatkani saya mengingatinya bagi jangka masa panjang.Malah filem animasi klasik seperti Tarzan  pula mampu saya ingat hampir kesemua babaknya apabila mendengar album soundtracknya.Tidak dinafikan kebanyakkan filem animasi sekarang memaparkan visual yang mengagumkan,tetapi dari sudut jalan cerita pula agak lemah dan kurang menarik.

   Begitu juga dengan muzik latar yang digunakan.Tempoh hari saya telah memuat turun album soundtrack filem animasi Tarzan.Ada sedikit info yang mungkin generasi kini tidak mengetahui bahawa filem ini pernah dialih bahasa secara rasmi(bukan alih bahasa seperti di tv) ke bahasa Melayu yang menampilkan Amir Yussof,Ramona Rahman dan Zaibo.Begitu juga dengan lagu temanya dan yang paling terkenal iaitu 'Kau Di Hatiku'.


   Filem ini bagi saya walaupun bukan animasi 3D seperti sekarang tetapi mempunyai kekuatan dari sudut jalan cerita dan juga muzik latarnya.Pertama,saya amat-amat-amat mengagumi gambar latar belakang filem ini iaitu hutan belantara yang ditonjolkan dengan baik sekali.Kedua,perjalanan cerita yang tidak membosankan.

   Babak permulaan ditunjukkan 2 keluarga berlainan spesis,manusia dan gorila yang mengalami kehilangan insan yang tersayang.Kemudian bagaimana kehidupannya semasa masih kecil secara ringkas tetapi lucu hinggalah apabila dia dewasa,konflik mula timbul apabila Tarzan pertama kali berjumpa spesisnya,kemudian dia mahu mengikut Jean ke England meninggalkan hutan dan akhirnya dia kembali apabila Clayton bertindak memburu keluarga gorilanya hingga mengorbankan bapanya Kerchak.Mesej yang disampaikan seperti kasih sayang sesama keluarga,persahabatan, dan juga cinta akan alam sekitar disampaikan dengan baik.


   Jalan ceritanya yang padat denga jenaka,aksi dan juga emosi dibantu pula dengan skor muzik dari Mark Mancina yang sangat merdu dan menyentuh jiwa,kena pada setiap babak yang dipaparkan.Berbanding versi asal,saya lebih suka versi bahasa Melayu bukan sahaja kerana mudah difahami,malah lagu-lagu yang dinyanyikan semula oleh Zainal Abidin,satu pilihan yang tepat dan mantap.Sejujurnya saya lebih mengagumi suara Zainal yang saya rasa lebih merdu berbanding Phil Collins.Sekian.



STRAY HEART


Hype Semua!!
Sejak kebelakangan ini telinga saya asyik mendengar material terbaharu dari band Green Day yang sedang hangat sekarang dengan 3 album yang berkesinambungan,iUNO!,iDOS!, dan iTRE!.2 album telah dilancarkan dan adik saya yang juga yang telah menjadi peminat rasmi mereka sejak album 21st Century Breakdown telah pun mendapatkan kedua-duanya.iTRE! seperti yang ditulis di laman rasmi Green Day bakal dilancarkan pada bulan ini.

   Muzik video diatas adalah single yang di petik daripada album iDOS!.Berkisarkan tentang seorang lelaki 'playboy'.Hatinya yang telah tiada dari jasadnya memberi gambaran bahawa walau jasadnya pada seorang wanita tetapi hatinya masih berada pada wanita lain.Sepanjang perjalanan video menunjukkan dia cuba mencari semula hatinya dan berjumpa dengan semua skandal-skandalnya.Pada permulaan video lelaki itu dilihat membeli beberapa album piring hitam Green Day.Sekian.

Friday 7 December 2012

HANCUR

Hype semua!!
Adakah kalian kenal akan filem-filem seperti Blok 404,Kem 505 dan Laman Maut??Berikut adalah naskah-naskah filem arahan pengarah Silver yang telah lama menghilangkan diri dalam industri perfileman kini.Saya sendiri tidak tahu sangat tentang filem arahannya selain yang di senaraikan tadi seperti Igau,Satria Maya dan juga sebuah filem komedi bertajuk Hancur.

   Sebuah filem yang mengisahkan perjalanan 3 anak muda di ibu kota iaitu Saidun(Raja Azery) seorang pelakon kelas bawahan,Remy(Wan Suhaimi) seorang jurujual insuran dan juga Steven(Chye Chee Keong) seorang pemandu van mayat.Saidun telah mencuba minuman 'tonik pendalaman' yang kononnya boleh memberi perubahan dalam hidup yang diperolehi Remy dari seorang pawang.Konflik muncul apabila Remy telah merampas 'kekasih tidak rasmi' Saidun menyebabkan berlaku pertelingkahan.

   Filem bergenre komedi yang dilihat sebagai filem bajet murah yang menerapkan unsur-unsur persahabatan sebagai fokus utamanya.3 sahabat yang datang dari ibu kota yang bermusuhan apabila berebutkan wanita idaman.Selain itu,usaha yang berterusan untuk berjaya dan bukan bergantung kepada sesuatu juga menjadi elemen pengajaran filem ini.Diselitkan juga permasalahan cetak rompak yang berleluasa hingga ke hari ini.

   Pada saya,filem ini lebih bagus jika dibandingkan dengan filem-filem Senario era David Teoh dari sudut komidinya.Walaupun ada beberapa babak yang agak keterlaluan seperti babak buang air besar dan juga tidak logik tetapi lawaknya bukanlah dibuat-buat dan bukan mimik muka yang kononnya lucu.

   Bukan mahu menbandingkan sesiapa,tetapi Senario selepas tinggal bertiga sekarang jelas sudah ketandusan idea lawak dan semakin lemas dengan kemunculan pelawak-pelawak baharu.Lihat sahaja pada poster Senario Beach Boy dan Ops Pocot,mimik muka yang menjengkelkan menjadi taruhan mereka. Lawaknya juga berulang-ulang kadang-kala seperti Azlee dengan mimik muka yang membuatkan tangan ini terasa mahu menampar,Mazlan dengan tomoinya dan Wahid dengan kelam kabutnya.

   Berbeza dengan 3 tunjak utama filem Hancur,yang bukannya pelawak mampu membuatkan saya ketawa terbahak-bahak jugalah,yang semakin jarang saya perolehi apabila menonton filem Senario yang baharu. Pada saya pembawaan watak yang tidak melebih-lebih cukup untuk membuatkan penonton ketawa dan inilah yang saya perolehi daripada filem Hancur.