Thursday, 11 July 2013
LINKIN PARK IS BACK!!
Salam Ramadan Semua!!
Bagi aku & berjuta peminat kipas-susah-mati band Linkin Park di Malaysia, tahun 2013 merupakan tahun yang paling mengembirakan bagi kami kerana akhirnya mimpi menjadi realiti.. Huhuh manakan tidak, setelah lama menanti akhirnya LP akan kembali mengegarkan Malaysia dengan mengadakan konsert sempena jelajah dunia album Living Things pada 19 Ogos ini!!
Aku mula mendapat berita hangat nie bila FB page Warner Music Malaysia mengumumkan Malaysia akan menjadi tempat persinggahan konsert LP bagi mewakili zon Asia. Juga difahamkan bahawa jiran-jiran kita akan merasa kempunan kerana LP tidak akan singgah ke Singapura, Indonesia dan Thailand seperti konsert-konsert sebelumnya kerana kekangan masa. Hahaah..sekarang baru kome tau macam mana kami rase bila tengok Lp singgah negara kome jer... Heheh
Rasanya ramai yang tau kan LP pernah melakukan konsert pada tahun 2003 masa zaman Meteora dulu & Chester juga pernah singgah ke Kuala Lumpur bagi mempromosi & melakukan sidang pra dengar album Minutes To Midnight. Kini mereka bakal kembali menghiburkan para peminatnya disini dengan lagu-lagu dari album Living Things, aku agak lagu yang mungkin ada ialah Burn It Down(konfom adenyer), Lies Greed Misery, Lost In The Echos, In My Remains, Victimized dan Castle Of Glass.
Bagi aku, yang dapat aku lakukan adalah hanya mengumpul keratan akhbar yang memaparkan berita LP sebagai kenangan. Nak pergi tengok, takyah tanya awal-awal aku dah boleh bagi jawapan yang aku takkan dapat pergi berikutan tiketnyer yang giler MAHAL!!!! Tapi berbaloila kan, Linkin Park!!...Tapi taktaulah kot-kot ada yang bermurah hati nak menyumbangkan tiket kepada aku kan Huhuhuu.....Sekian.
P.S ; LP ada merilis t shirt bersama The Bathing Ape dimana dibelakangnya tertulis nama Malaysia, jadi koleksi bagus nie...rare.. Hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment