Sunday 21 July 2013

EVIL DEAD 2013


Salam Ramadan Semua!!
Semalam aku telah berjaya menonton filem yang aku tunggu-tunggu bagi tahun 2013, yang tak ditayangkan di pawagam tempatan barangkali. Sebuah remake, filem yang aku perkatakan di sini ialah filem EVIL DEAD. Jangan keliru ok, yang aku nak reviewkan disini yang 2013 punya, bukan yang 1981. Lagipun yang lama punya aku tak pernah tengok lagi sebab tak jumpa dvdnya, kat You Tube pun takda. Ok-ok tak nak buang karan kita teruskan kepada pendapat aku pasal filem nie ok.

   Filem ini berkisarkan tentang 5 individu yang terdiri daripada Mia, iaitu adik kepada David, beserta Natalie iaitu awek kepada David dan Eric dan Olivia yakni kawan kepada David. Depa nie sedang dalam usaha nak pulihkan si Mia nie yang mengalami ketagihan dadah. Kekecohan mula berlaku apabila Eric telah membaca satu mantera dalam 'Book of  the Dead' dan menyebabkan Mia dirasuk puaka yang menghuni kabin tempat depa lepak. Merujuk kepada sumber internet, jalan cerita versi 2013 agak berbeza sedikit dengan versi 1981. Nak tau betul ke tak kome yang pernah tengok filem lama dia bolehlah bandingkan.


   Keseluruhan filem ini pada aku boleh tahan, tak terlalu hampeh dan tak terlalu bagus. Tapi aku suka jugalah sebab ada beberapa perkara dalam filem nie tak dijangka antaranya penamatnya yang mana pada aku boleh kelaskan terdapat 3 peringkat penamatnya(kalau kome faham maksud akulah). Jalan ceritanya agak perlahan pada mulanya tapi tak lama sangat dan takda babak yang mengarut+lucah(bagus pengarahnya sebab tak mengharapkan tubuh badan wanita untuk melariskan filemnya.Salute please!) Begitu juga dengan tema kekeluargaan yang diterapkan, hubungan diantara Mia dan abangnya David, adalah kelainan sikitkan takdalah asyik-asyik pakwe selamatkan awek ja macam sesetengah filem tempatan. Muak aku tau tak!!


   Dari segi efek kesan khas aku boleh bagi A+ sebab kebanyakan kesan khas dalam filem nie tampak sangat real. Mujur filem nie takda dalam format 3D, kalau tak mesti nampak sangat CGInya dan ini akan merosakkan mood seram aku.  Penggunaan muzik latar juga tidak mengecewakan, tepat dengan babaknya(ada sesetengah babak depa guna bunyi macam siren). Ohh terlupa pula bahawa filem nie lebih kurang filem Saw je meter keganasannya, jadi yang mabuk darah kirim salam jela nak tengok ok. Heheh.


   Di sini terdapat beberapa babak yang meralatkan kerana pada aku nampak seperti dicetak dari filem-filem lain antaranya babak pedang ditusuk ke dinding dan di mana Mia berada di belakang dinding tersebut. Boleh agak tak dalam filem mana babak nie ade?? =P The Raid:Redemption!! Hahah dan beberapa lagi filem yang babaknya seolah-olah serupa ialah Child's Play 2 dan Saw 2. Tapi benda nie pendapat akulah, pada kome taktau la kan, ada aku kesah?? =P Konklusinya, filem Evil Dead 2013 kini menjadi antara filem kegemaran aku walaupun hanya dibikin semula. Pengarahnya juga tidak mengharapkan bintang-bintang besar untuk berlakon dalam filem nie. Aku suka watak Eric sebab penampilannya yang agak geek(mungkin??), dengan spek mata besar dan jambangnya, simple jer. Baiklah harap kome puas hati dengan review aku kali ini, bersedialah untuk memasuki dunia Evil Dead yang ganas, kejam, kotor, menjijikkan, mengejutkan dan yang sama waktu dengannya. Sekian.


No comments:

Post a Comment