Salam Lebaran Semua!!
Dalam beberapa jam nak menuju kepada sehari sebelum raya, aku dan ayah aku terlebih dahulu ada projek tersendiri di kampung. Pada jam 1.00 pagi, kami berdua keluar mengharungi kegelapan malam yang sunyi menuju ke kampung.....
Setelah sampai ke destinasi pada jam 2.00 pagi, kami terus bergegas ke tempat kejadian. Beberapa orang kampung yang bersubahat dengan kami sedang bersiap sedia menumbangkan si mangsa. Kakinya diikat rapi, agar tidak berlalu pergi. Mungkin dia tahu akan nasib yang menimpanya, si mangsa menjadi buas dan ganas!! Meronta-ronta meminta dilepaskan. Aku yang berada di tempat kejadian tidak sekadar menjadi pak pacak. Aku memberi sedikit sumbangan tenaga dengan menarik tali yang mengikat kaki si mangsa hingga hampir melecet tapak tanganku.
Pabila si mangsa berjaya ditumbangkan, kami semua menahan agar dia tidak meronta lagi. Kemudian, datanglah seorang pak cik selaku si tukang sembelih membawa pisau yang tajam. Dia meletakkan pisau tersebut dileher mangsa sebelum menyembelihnya. Darah merah pekat memancut keluar dari kerongkong si mangsa. Darah yang memancut itu telah membasahi kaki kananku hingga terkena juga seluar aku. Akhirnya, selepas beberapa minit terkulai kaku si mangsa. Orang-orang kampung yang terlibat dengan kejadian ini kemudiannya melapahi tubuh badan si mangsa menjadi bahagian-bahagian yang kecil dan sederhana. Durasi kejadian ini mengambil masa hingga ke jam 6.00 pagi.
Selepas mandi dan solat subuh di rumah opahku, kami bergegas ke pekan untuk membuka gerai di pasar pagi. Ingatkan kami antara yang terawal rupa-rupanya ada yang lagi awal daripada kami. Daripada pemerhatian aku, terdapat beberapa lagi gerai yang menjual mangsa seperti kami. Namun tidak menjadi masalah kerana masing-masing telah memperolehi rezeki masing-masing. Selain tempahan awal, orang ramai yang datang ke pasar datang membeli daging mangsa daripada kami. Syukur kerana sambutan yang mengalakkan daripada orang kampung. Setelah hari menghampiri tengah hari, kami pun menamatkan operasi kami berikutan daging yang tingga sedikit dan orang pun dah tak nak beli. Syukur sekali lagi kerana hasil pada hari tersebut telah mencecah RMtuuutttt. Dengan badan yang kepenatan, kami pulang semula ke Ipoh. Sekian.
No comments:
Post a Comment