Salam Lebaran Semua!!
Hari nie aku takmau sembang pasal Raya sebab aku nak sembang pasal cd yang baru aku beli, masih lagi berbau kedai Speedy AEON Station 18. Cd yang aku nak sembangkan nie sebenarnya dah lama juga ada kat kedai Speedy tu, dan ada 1 tu je pun. Takda pun orang yang nak beli dan kebetulan sebelum nie fulus aku tidak mengizinkan aku untuk membelinya. Akhirnya pabila tibanya syawal dimana fulusku naik sedikit, dapatlah aku membeli cd Love Lust Faith + Dreams, iaitu album terkini band 30 Seconds To Mars (30STM).
Sebenar-benarnya aku berada dalam dilema semasa nak membeli cd nie sebab masa tu aku berkira-kira sama ada nak beli cd Pop Shuvit 'Cherry Blossom Love Affair' ataupun 30STM. Selepas 2-3 kali tanya adik aku,last-last aku pun mengambil keputusan untuk membeli album 30STM. Pengalaman pertama mendengarkan album ini, dapat aku simpulkan hanya track kedua dan ketiga sahaja yang betul-betul rancak. Selebihnya 30STM lebih menitikberatkan soal kecantikan melodi dengan track yang lebih menenangkan. Oleh sebab itu, kedengaran agak membosankan dan meletihkan apabila mendengarkan album ini pada pertama kali bagi seorang yang bukan peminat tegar band ini.
Mengandungi 12 track dimana 2 track instrumental, intro dan outro. Melihatkan pada cover dan tema album ini yang lebih warna-warni berbanding album 'This is War', tanggapan pertama aku mereka akan sertakan lirik untuk setiap lagu akan tetapi tanggapan aku salah. Depa takda bagi lirik, cuma beberapa gambar yang berkaitan dengan konsep album. Pada aku, walaupun kebanyakan lagu yang terkandung dalam album ini bersifat sederhana dan kurang energenik, tetapi dari sudut melodinya boleh dipuji kerana depa pandai membuat melodi yang cun dan memikat hatiku ini, seperti dalam track kegemaran aku, Northern Lights dan Up In The Air. Pengamatan aku mendapati terdapat beberapa bunyian yang bukan dari Amerika seperti track Pyres Of Varanasi yang mempunyai elemen dari India pada pertengahan track instrumental ini. Akan tetapi aku agak keliru dengan outro album ini iaitu Depuis Le Debut yang pada mulanya kedengaran seperti sebuah track akustik, namun itu hanya seketika apabila dengan tiba-tiba masuk bunyian elektronik yang simple dan diakhiri dengan bunyi dari kotak muzik.
Aku suka gaya nyanyian Jared Leto dalam track ke 6, End of The Days. Aku tak dapat nak gambarkan camna jadi kome dengar-dengarkanlah sendiri ok. Gaya nyanyian dia pada aku agak berlainan dari biasa dan emosional. Conquistador, sebuah track yang mana bahagian suara latarnya kedengaran seperti lagu Queen 'We Will Rock You', aku mati-mati ingat betul depa ambil korus lagu tu, rupa-rupanya selepas merujuk lirik yang sebetulnya depa sebut 'we will, we will rise again'. Haishh..
Di intro dan outro beberapa lagu ada kedengaran suara yang menyebut perkataan yang menjadi tajuk bagi album mereka kali ini. Birth kedengaran agak kelakar bagi aku pada mulanya, sebelum sedikit demi sedikit impaknya memuncak. tapi sejujurnya aku lagi suka intro Escape dalam This is War. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan lagu-lagu depa akan ada suara koir dan tradisi ini masih diteruskan dalam album ini. Single utama, Up In The Air memang kegemaran aku, dan disebabkan kekuatan lagu ini juga aku tergerak untuk membeli album ini.
Pada aku bahagian covernya tiada apa yang menarik perhatian sangat, This is War lagi cantik rasanya, cuma aku suka corak di atas cdnya, yang sangat colourful. Konklusinya, aku rasa berbaloi jugalah duit yang dilaburkan untuk album ini. Walaupun tak dapat nak headbanging, tapi bagi pendengar yang macam aku nie yang agak teliti dan cerewet le jugakkan, masih boleh diterima. Aku bagi 4/5 untuk Love Lust Faith + Dreams. Sekian.

No comments:
Post a Comment