Saturday, 9 February 2013

PONGAL

Hype Semua!!
Uhuk-uhuk...nampaknya dah banyak habuk dan sesawang di laman blog saya ini.Lama juga telah saya tinggalkan karier sampingan saya sebagai penulis blog dan juga seperti yag dapat kalian lihat wajah blog saya sekali lagi telah mengalami transformasi yang pada kali ini agak suram dengan tema kelabunya.Hehhe

   Walaubagaimana pun,hari ini saya mahu berkongsi cerita dan juga foto-foto yang saya ambil semalam ketika menghadiri sebuah majlis perayaan kaum India iaitu Pongal.Saya bersama beberapa rakan Melayu telah dijemput oleh rakan sekelas saya,Sarawana untuk saja-saja melihat bagaimana perayaan ini disambut.Disamping itu kami dapat mempelajari serba sedikit adat resam kaum India yang tidak pernah kami tahu atau ambil tahu sebelum ini.



   Acara ini yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Tamil bermula agak awal juga kerana semasa saya tiba pada pukul 8.30 pagi,mereka semua telah pun mula bersiap-siap untuk Pongal.Saya tidak mahu bercerita tentang Ponggal dengan lebih mendalam kerana dikhuatiri berlaku kesalahan fakta,tetapi menurut salah seorang guru yang terlibat mengatakan acara ini umpama pesta menuai.




   Bagi saya yang pertama kali melihatnya pastinya berasa sedikit teruja kerana pertama kali melihatnya. Acara ini turut disertakan dengan pertandingan iaitu membuat kolam yang direka mengikut kreativiti setiap kumpulan.Kolam yang mereka buat sangat cantik dan kreatif walaupun hanya dihasilkan oleh pelajar sekolah . Selepas selesai mereka menjamu nasi Pongal yang mereka masak, ada satu lagi acara terakhir iaitu acara memecahkan bekas memasak nasi Pongal tadi.Walaubagaimana pun,bukan mudah untuk memecahkannya kerana orang yang terpilih perlu memecahkannya dengan mata tertutup.Menurut mereka,jika bekas tersebut berjaya dipecahkan menandakan orang itu berjaya untuk fokus.Selepas acara ini,tamatlah aktiviti Pongal pada hari itu.



   Banyak perkara yang diperolehi semalam walaupun tidak ada kena mengena dengan diri saya.Namun begitu,tidak salah sekiranya kita mengetahui adat kaum lain sekadar untuk merapatkan perpaduan kaum kerana apabila kita berada di bumi Malaysia,kita adalah 1Malaysia!!Heheh.Sekian.







Lebih gambar di :
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.475897325791017.106574.100001122619249&type=1

No comments:

Post a Comment