Sejak akhir-akhir ini,saya suka membeli cd muzik original.Tetapi yang saya benar-benar minat sahaja.Yang saya rasa was-was tentang sesuatu muzik itu,saya hanya membeli dari lanun sahaja.Bukan apa,membazir rasanya jika membeli cd(saya guna cd mewakili cd/vcd/dvd) yang keseluruhan albumnya tidaklah sehebat singlenya.Sudah pasti kita akan menyesal membelinya kerana harga untuk cd,vcd mahupun dvd original adalah berlipat ganda mahalnya dari harga lanun.Tetapi lihat juga pada kualitinya.Bercakap tentang kualiti,keluaran lanun kini juga hampir setaraf dengan yang asli.Malah ada yang asli tetapi lebih teruk dari lanun(tiruan mari).Tetapi kekurangan cd lanun kini berbanding cd lanun yang lama,cd lanun kini lebih cepat rosak.Sesetengah cd lama saya masih boleh dipasang dengan elok tetapi gambarnya sahaja kurangnya.
Saya menulis begini bukan ingin menggalakkan pembelian cd lanun,tetapi hanya pendapat saya sahaja.Sebenarnya saya ingin menulis tentang sesuatu yang menyakitkan mata saya apabila memandang pada cover depan cd muzik original.Benda tersebut ialah sticker yang menunjukkan "keaslian" sesuatu cd.Pada saya tindakan meletakkan sticker tersebut di cover cd adalah seperti merosakkan sebahagian dari pakej cd tersebut.Sticker yang tidak boleh ditanggalkan dan jika ditanggalkan akan merosakkan permukaan cover tersebut menyebabkan sebahagian cover cd telah tertutup dan menghilangkan sebahagian seni yang mahu dipaparkan artis tersebut.Pada sesetengah masyarakat mungkin tidak kisah tetapi bagi saya,cover cd berperanan untuk menarik minat saya selain mendengar muziknya.Dan mungkin ada yang berkata beli yang original merugikan kerana lagu-lagu tersebut boleh di'download' sahaja tetapi saya lebih suka membeli yang original agar dapat melihat seni yang terkandung di dalam pakej cd tersebut.Malahan cd original ini boleh menjadi koleksi berharga yang mungkin sukar untuk dicari lagi di masa hadapan kelak.
Hampir memenuhi cover!! |
Saya tahu peranan sticker tersebut,tetapi mungkin boleh dibuat pengubahsuaian pada sticker tersebut agar lebih kecil dan tidak mengganggu cover depan cd.Mungkin boleh dikecilkan dan dilekat di bahagian tepi ataupun sticker tersebut hanya dilekat pada bekas cd itu sahaja.Ataupun cipta sistem barkod di belakang cd.Satu lagi,sekarang jika ditelitikan cd lanun turut menggunakan sticker original.Ini menunjukkan sistem sticker ini masih belum mantap untuk memansuhkan aktiviti lanun ini malah mengkreatifkan mereka untuk mencari inisiatif untuk menjual cd mereka dengan aman.Malah saya lihat pada cd dan kaset lama tiada pula sticker sebegini cuma ada logo syarikat yang menerbitkannya sahaja.Tuntasnya,satu bentuk sistem yang baharu perlu diwujudkan untuk mengekang lanun dan menyelamatkan cover cd dari dihodohkan oleh sticker ini.Begitu juga dengan harga yang ditawarkan,mungkin boleh dikurangkan agar dapat menarik minat masyarakat membeli yang original.
Lanun punya pun ada sticker ori!! |
No comments:
Post a Comment