Pada hari yang sama dengan hari lahir saya baru-baru ini iaitu 4/11 telah berlangsungnya majlis yang julung-julung kalinya di adakan di sekolah saya,Majlis Graduasi Tamat T5.Majlis pada tahun ini adalah yang kali ke 2 di anjurkan oleh pihak sekolah.Saya sebagai seorang pelajar T5 yang semakin hampir dengan penamat zaman persekolahan pastinya berasa bangga & terharu dengan majlis ini.Majlis ini bertujuan untuk memberi perhargaan & kenangan kepada para pelajar yang bakal meninggalkan sekolah & menghadapi SPM pada 14/11 ini.Oleh itu,terima kasih kepada pihak sekolah & guru-guru yang telah mengerah tenaga untuk kelangsungan majlis ini.Semoga dapat di teruskan pada masa akan datang.Amin.
Majlis sepatutnya bermula pada pukul 8.30 tetapi terpaksa ditangguh lewat sedikit apabila tetamu VIP lambat sampai.Setelah selesai bacaan doa,semua hadirin di minta untuk menyanyikan lagu Negaraku & Perak Di Puncak Kecemerlangan.Nyanyian pada pagi itu boleh di katakan antara nyanyian terbaik & paling bersemangat sepanjang tahun 2011.Seterusnya ucapan dari tetamu & pengetua.Semua pelajar dapat memberi kerjasama yang baik apabila tampil senyap sepanjang ucapan berlangsung.
Acara seterusnya adalah persembahan.Persembahan pertama adalah daripada kumpulan nasyid sekolah yang saya tidak ingat namanya.Lontaran vokal ke 2-2 pelajar di bahagian solo amat merdu & mantap di samping suara latar rakan lain dan permainan alat muzik yang cukup konsisten.Terima kasih kepada Ustaz Azhar yang melatih mereka.Mungkin boleh rakam album selepas ini.Persembahan sajak daripada 2 rakan kelas saya, Alisa & Afiqah menjadi intro kepada persembahan koir kelas saya dengan lagu yang di sampaikan iaitu Kenangan Terindah.Berbekalkan latihan yang hanya 2 hari,kami dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik & membanggakan guru kelas kami,Cikgu Azza.Terima kasih kepada Cikgu Fatimah Aini yang berusaha melatih kami.Persembahan seterusnya juga koir daripada pelajar T2-T4.Mereka menyampaikan 3 buah lagu,1 dari Bruno Mars,Pokok(MUH) & Jangan Diucap Selamat Tinggal.Dengan latihan daripada Cikgu Norafidah & Cikgu Rabiatul Adawiyah,mereka telah menyampaikan lagu-lagu ini dengan baik.Berbaloi dengan usaha mereka.Terima kasih kepada anda & tahniah kepada cikgu-cikgu yang telah melatih mereka.
Tamatnya persembahan menjadi tanda kepada acara penyampaian hadiah kepada pelajar.Semua pelajar T5 mendapat fail & terselit juga buku kecil di mana dalamnya terdapat foto guru-guru & pelajar T5.Saya pada hari itu mendapat 2 sijil untuk jawatan Pengawas PSS & Kehadiran Penuh.Selepas itu,pelajar dijamu dengan makan tengah hari.Di akhir waktu persekolahan,kelas saya telah mengadakan sesi fotografi dengan guru kelas kami,Cikgu Azza.Pulangnya kami dengan 1 kenangan indah yang tidak dapat di lupakan.
|
Pentas |
|
Roshdan bangga!! |
|
Nasyid |
|
Sajak |
|
Koir 2-4 |
|
Kenangan Terindah |
|
1-1nya cikgu yang ucap epybiRday,Cikgu Vicknace |
|
Nadzirul bangga!! |
|
Divya bangga!! |
|
Saya gementar di sebelah pengetua |
Gambar kredit kepada Hareez Fakhkri,The PhotoGrapher.
No comments:
Post a Comment