Monday, 21 November 2011
TUMBANG SANG GARUDA
Hype semua,terutama warganegara Malaysia!!
Semalam kita semua telah pun mengetahui siapakah pemenang pingat emas bola sepak Sukan SEA antara Garuda menentang Harimau Muda.Epik.Itu sahajalah yang dapat saya ungkapkan untuk mengambarkan perlawanan malam tadi.Bagi saya dan mungkin juga anda,ini adalah perlawanan terbaik tahun 2011.
Ketinggalan 1 mata hasil tandukan Gunawan semasa sepakan sudut tidak mematahkan semangat Harimau Muda kita untuk beraksi malahan menjadi motivasi kepada mereka untuk berjuang habis-habisan.Walaupun terpaksa berdepan kesukaran akibat ketidakadaan tonggak utama,Skuad bawah 23 tampil dengan pretasi yang kurang sedikit pada masa pertama tetapi mantap di bahagian pertahanan pada separuh masa kedua.
Harimau Muda menyamakan kedudukan hasil gabungan kerjasama Baddrol dan ditanduk oleh Asraruddin menutup sekejap mulut dan ego penyokong Garuda.Pemain Garuda yang di lihat bermain sedikit kasar terutamanya Diego dan beberapa pemain lain membuatkan jurulatih Harimau Muda,Ong Kim Swee sedikit kecewa dan hampir bertikam lidah lagi dengan pengadil perlawanan.Paling jelas apabila Diego menolak pemain Harimau Muda hingga keluar padang.
Perlawanan yang cukup sengit ini berlanjutan hingga ke masa tambahan.Harimau Muda walaupun sudah kelihatan letih namun masih berjuang menahan kubu dan cuba memecah benteng Garuda.Disaat masa tambahan hampir tamat,seorang pemain Garuda,telah membuat taktik kotor dengan menjatuhkan dirinya dan berlakon kesakitan walaupun hanya melanggar tangan Muslim.Balasanya, terimalah dia sekeping kad kuning.Cubaan mendapatkan penalti ternyata tidak menjadi.
Visel ditiup menandakan perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.Inilah saat yang paling mendebarkan tetapi Harimau Muda ada sedikit kelebihan kerana penjaga gol di kendalikan oleh Khairul Fahmi.Walaupun beberapa jaringan terlepas tetapi jika dilihat mutu penjaga gol Harimau Muda dengan Garuda,Khairul Fahmi lebih hebat kerana dapat mengagak bola yang dirembat.Garuda mendahului dengan 3-2,Khairul dilihat sedikit hilang fokusnya.Tetapi Garuda tidak dapat menafikan hak Harimau Muda selaku juara apabila rembatan ketua pasukan,Baddrol hanya terkena kaki penjaga gol dan gol!!!!
Tampak kekecewaan diwajah pemain dan penyokong Garuda hingga ada yang menitiskan air mata.Begitu hebatnya usaha dan sokongan mereka.Begitu juga penyokong Harimau Muda yang walaupun tenggelam dalam lautan penyokong Garuda,dapat memyuntik sedikit semangat kepada pemain kita untuk terus berjuang hingga ke akhir..
Permainan kali ini nampak sedikit berlainan kerana kedua-dua pasukan boleh mendapat satu lagi mata tetapi malang apabila di kira offside.Begitu juga bilangan foul kedua-duanya 20 foul.Walau apapun,Harimau Muda telah pun dinobatkan sebagai juara.Tahniah kepada semua yang sudah bekerja keras untuk memastikan kejayaan menjadi milik kita.Tahniah juga untuk rakyat Malaysia.MALAYSIA BOLEH!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment