Hype semua..
Hari ini saya mahu bercerita tentang haiwan peliharaan baharu saya...erm,sebenarnya kepunyaan adik saya iaitu kura-kura.Tetapi disebabkan saya juga yang memberinya makan,jadi saya menjadi sebahagian pemilik kura-kura ini.
Pada mulanya saya tidak begitu berkenan tentang cadangan membela kura-kura ini,tetapi setelah beberapa hari mereka dibilik saya timbul pula rasa sayang kepada mereka.Biar saya ceritakan mengapa saya kurang berkenan pada mulanya.Ada seorang kawan yang lagi tua dari saya pernah memberitahu bahawa membela kura-kura di rumah akan membawa malang atau tidak tuah jika tidak silap saya.Pada mulanya timbul juga rasa percaya,tetapi apabila difikirkan balik tidak pula pernah saya mendengar hadis atau ayat al-Quran
yang mengatakan hal tersebut.Tetapi saya pun tidak pasti tentang hal ini jadi jika ada sesiapa yang mempunyai jawapan untuk persoalan ini,diminta untuk dikongsikan bersama.
Sambung semula tentang kura2 saya,sepatutnya ada 2 ekor dari generasi pertama(g1) tetapi seekor telah mati dan diganti dengan yang baru agar kura-kura g1 tadi tidak keseorangan.Saya memanggil kura-kura g1 tersebut dengan nama Mickey kerana sifatnya yang sedikit buas seperti watak Michaelangelo dalam Teenage Mutant Ninja Turtle.Yang seekor lagi masih lagi saya memikirkan untuk nama yang sesuai,
mungkin Tak seperti dalam Wonder Pets?Siapa tahukan....
Membela kura-kura ini sebenarnya tidaklah membawa sial kepada saya fizikalnya,kehidupan saya bergerak seperti biasa.Tetapi saya tahu apa yang tuahnya membela kura2 ini.Melihat telatah mereka di dalam aquarium terutama Mickey amat menenangkan dan mengelikan hati saya.Mickey contohnya,dia akan menjengguk keluar aquarium apabila dia mahu makan.Makannya bukan sedikit,sekejap sahaja laparnya datang.Apabila saya tidak aktiviti untuk dilakukan,saya akan melihat tingkah laku mereka.Hal ini sekali dapat memberi kita kelebihan walaupun tidak banyak seperti dapat menghilangkan stress,mengkaji tingkah laku haiwan,memupuk sifat kasih sayang dan memikirkan kebesaran ciptaan Allah S.W.T
Semasa memikirkan tentang kura-kura ini,terlintas kembali diminda saya tentang kura-kura yang pernah dibela oleh kakak saya.Sudah lama pun cerita ini,mungkin kura-kura tersebut pun sudah mati.Seingat saya ada 3-4 ekor kura-kura,jenis yang mempunyai jalur kuning di mukanya dan seekor seperti yang
sekarang saya bela.Memang lama kakak saya membelanya,hingga besar kura-kuranya.Tetapi saya tidak ingat bagaimana kami kehilangannya.Kemudian teringat pula tentang seekor kura-kura yang berdarah cengkerangnya di tengah jalan.Selepas itu dialihkan ke tepi jalan oleh ibu saya.Oh ya,sekarang saya teingat kembali,kura-kura kakak saya itu kami berikan kepada opah saya.
Memikirkan tentang kura-kura membuatkan saya teringat kembali pada masa silam.Kenangan silam yang indah sangat berharga dan wajar untuk diingati kerana mungkin dapat memberi sesuatu kepada diri kita.Mungkin apabila kita sudah tua dan beranak cucu,cerita-cerita ini dapat kita ceritakan
kepada mereka.Sama ada yang baik atau yang buruk,kedua-duanya boleh memberi impak yang positif jika disampaikan dengan cara yang positif.Dan mungkin apabila kita sedang duduk keseorangan,kenangan-kenangan inilah yang menemani kita.Yang membuat kita tersenyum dan menangis.Terima kasih Kura-kura ku kerana mengingatkan saya pada kenangan silam.
No comments:
Post a Comment