Pagi tadi di radio Sinar saya mendengar sedikit celoteh Kencana Devi tentang Sudirman.Pada mulanya saya berasa biasa sahaja tetapi setelah menonton tv turut disiarkan persembahan Sudirman,barulah saya tahu bahawa hari ini adalah ulang tahun pemergian arwah Sudirman Hj. Arshad.
Bercerita tentang penghibur no 1 Malaysia ini,pasti ramai yang akan teringatkan lagu-lagu seperti Pelangi Petang,Salam Terakhir,Balik Kampung atau Chow Kit Road.Saya juga tidak terkecuali.Sepanjang saya membesar,ada terselit sedikit ruangan tentang arwah.Mula mengenali arwah apabila melihat kaset-kaset lama kepunyaan ayah,antaranya Aku Penghiburmu,Nilai Cintamu dan Orang Baru.
Jika dahulu apabila dalam perjalanan ke kampung,kaset-kaset inilah yang menghilangkan kebosanan.Sesuatu yang saya kagumi adalah bibit lirik lagu yang di nyanyikan arwah.Lirik-liriknya tidak tertumpu kepada satu perkara sahaja,tetapi meliputi setiap perkara yang ada di sekeliling kita seperti lagu Kul It dan Ku Pandu Laju.Lagu cintanya juga bagus-bagus belaka seperti Maya,Nilai Cintamu dan Milik Siapakah Gadis Ini.
Pernah sekali,saya sekeluarga menumpang ke rumah jiran yang merupakan kawan ayah saya sejak bujang untuk menonton dokumentari Sudirman yang disiarkan di Astro.Heheh.Kebanyakkan lagu-lagu arwah sangat berkualiti dan tersendiri disamping vokalnya yang mantap.
Arwah pernah membintangi sebuah filem berjudul Kami,tetapi bukan Kami The Movie yang lagu temanya lagu Meet Uncle Hussien ok.Lagu Pelangi Petang menjadi lagu tema untuk filem ini.Berkisarkan Tookoo lakonan arwah yang lari ke Kuala Lumpur akibat tidak tahan dengan leteran ibu tirinya.Di Kuala Lumpur dia bekerja mengutip barangan-barangan yang boleh dijual dan membersihkan laman.Dia telah berjumpa dengan Din yang juga lari dari rumah ibu saudaranya untuk mencari ibunya.Maka bersahabatlah mereka hingga ke penamat filem.Jika hendak mengetahui dengan lebih lanjut,carilah sendiri ya.
Walaupun arwah telah tiada tetapi jejaknya masih kelihatan hingga ke hari ini.Lagu-lagunya masih lagi didengari masyarakat tanpa mengenal kaum.Lagu-lagunya yang penuh dengan makna tersendiri.Semoga arwah Sudirman Hj. Arshad aman di dunia sana.Amin.
Sebuah lagu berunsur humor.Videonya sangat menarik walaupun hanya didalam studio dan tidak memerlukan baget yang tinggi.
No comments:
Post a Comment